Jom Kita Kawan!!

18 November 2013

TAUFAN DI Philippine terjadi kerana ROBOHKAN MASJID



Dikatakan taufan yang terkuat didunia yang menyerang philippine adalah balasan dari Allah kerana mereka merobohkan masjid... di katakan juga ada yang terkorban semasa mereka merobohkan masjid...

Semoga tidak terjadi seperti ini di Malaysia... Amin...

14 November 2013

MEMANCING SELERA ANAK - MENU SANGAT SIMPLE

Dah 1 bulan cuti memasak...
gara-gara dapur rosak..
maka kelmarin bermula lah tugas memasak...lepas beli dapo kecik...

tanya anak-anak nak makan lauk apa....
masing-masing order nak makan lauk "AYAM SAYUR"
hihi... menu ni sangat simple...

asalnya masak untuk buat sayur campur... sudahnya anak-anak request nak makan ayam tu sahaja...
sebenarnya memang sedap tambah-tambah bila makan dengan nasi panas dan kicap... suap baby makan dengan bubur nasi pun sedap... memang tambah 2 3 pinggan budak-budak ni makan...Alhamdulillah,,,,

simple je resepinya,.
.
bahan-bahan:-
1 paket ayam kisar - saya guna brand ramli
sos tiram - 2 sudu
kicap manis - 2 sudu
garam - sikit
1 cubit lada hitam (serbuk)
bawang putih - 1 ulas
minyak sayur / minyak masak - 3 sudu

caranya:
1. tumis bawang,
2. masukkan ayam kisar...goreng api sederhana...sampai berketul2 kecik2...
3. masukkan sos tiram, garam dan lada hitam - goreng sikit lagi dalam 2 minit...
4. lastly masukkan kicap....

xada sayur pun tapi budak2 ni dah lekat nama ayam sayur sampai ke hari ni... jadi kalau ada menu ayam sayur tu memang laju lah depa makan nasi....

BANGLO WITH PRIVATE POOL - BIG FAMILY VACATION




Selalu kalau plan cuti bersama keluarga ni memang akan cari tempat yang boleh duduk ramai2 satu rumah...dan kalau dapat yang pool tertutup macam ni lagi syukur Alhamdulillah....

Banglo ni kami dapat secara walk-in sahaja...nasib baik ada 1 ni yang available at that time.... 1st banglo kami booked direct from the owner, dalam website sangat cantik...kerana teruja kami bayar online...tapi masa sampai di sana memang condition sangat tidak memuaskan.... kolam kotor... dalam rumah juga ada kekurangan.... Jadi lepas ni memang tak akan ambil dari direct owner dan buat bayaran sebelum pergi tengok...Nasib baik owner willing to return duit...walaupun half....

yang dalam gambar kat atas ni adalah yang kami dapat lepas call a famosa...mahal sikit tapi condition ok...
cuma kat sini x boleh lah nak masak2..tapi kalau pandai cover, siap boleh bbq lagi...hihi..kalau kantoi kene bayar denda lah...berbanding yang direct owner tu siap boleh masak...

tapi yang ini puas hati sebab bilik ada 4, 3 bilik air, dan kolam pulak ada pagar... ada setengah nya kolam tak ada pagar... jadi org boleh nampak korang mandi...

17 July 2013

MENU NI SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP

Start bulan puasa ni, macam-macam menu kita lihat...
mula lah berangan nak masak masakan yang sama...hakikatnya tak pandai... walaupun resepi ada tapi still macam tak jadi...

seperti biasa, setiap kali bulan puasa, hubby request 1 masakan sejenis sambal yang aku selalu buat tiap kali bulan puasa... bukan apa, sambal ni senang dan sedap untuk makan untuk apa2 lauk bersama nasi...

org panggil sambal tokok.. macam2 resepi kalau google... tapi resepi aku simple je...

bahan-bahan:
ikan bilis (tumbuk bagi hancur sikit)
belacan (bakar dulu)
bawang besar (tumbuk)
cili padi (tumbuk) sikit je sebab anak2 x boleh makan pedas sangat
garam
gula
minyak sikit

cara selalu buat:
tumbuk bawang, belacan, cili padi sampai lumat, lepas tu masukkan ikan bilis, tumbuk sampai hancur sikit
lepas tu panaskan minyak dan goreng semua bahan tumbuk dan masukkan garam + gula...

siap...

selalu kat umah ni buat banyak sebab boleh makan dengan roti atau buat perencah nasi goreng...makan dengan bubur pun sedap...

rasanya ramai yang suka sambal ni kut??

10 July 2013

LAPARNYA PERUT

Laparnya perut - rungutan anak sulung... tengah train slowly untuk berpuasa... sampai tengah hari dia cakap, hazeeq nak puasa tapi nak minum susu je.. sambil merungut laparnya perut... bila ku kata barang dapur tak ada nak masak (alasan untuk mintak dia puasa) maka dia bukak peti ais dan kata "tu dalam tu ada ayam, daging, ikan, udang" huhuhu~~ maka kene masak lah juga... Adik-adik dia ok je.. makan bubur nasi ayam + carot.

Mak nya pun sama lah... terlepas bangun sahur... boleh tahan lapar...Maklum lah org gedebab ni perut tangki nya besar... hahaha...

sidai baju tadi, jiran sebelah masak wanginya hai... sambil sidai baju sambil teka masakan apa.. makhruh2...
Tapi x boleh nak elak sebab dapur dia kat belakang sebelah laman sidai baju umah aku... Sabar separuh dari iman...

P/S: rasanya jiran masak Ayam Masak Hitam tu.... aiyooo...

05 July 2013

Makanan Paling Sedap Katanya

Cuba tanya anak-anak makanan apa paling sedap...

Adalah tanya anak sulungku Hazeeq (on the way ke kaunter Pizza Hut)

hazeeq nak makan apa? (sambil tengok menu)
hazeeq nak makan kat umah, mummy masak lagi sedap.. semua-semua ni bukan sedap pon (mulut muncung)

kelakar betul...

sama lah kalau nak makan kat luar time malam (kadang-kadang).. bila dengar daddy nak keluar beli makanan mula la dia cakap jangan order untuk dia sebab dia nak makan makanan mummy masak...

menu selalu yang dia request, ayam goreng kunyit (siap pesan masin sikit).... mungkin sedap sebab perap ayam tu lama agaknya...

kadang2 nenu simple, telur dadar campur kicap makan dengan nasi panas... bila buat sayur dia tak mau pulak... bila la nak start makan sayur agaknya....

04 July 2013

Bukan Nursery tau!!!









Ini bukan Nursery tapi umah saya yang dipenuhi oleh anak-anak yang sedang membesar...5 orang kanak-kanak girang & sihat (Alhamdulillah)... Semua belum sekolah.. maka dari pagi hingga malam memang riuh rendah...

21 June 2013

Ramadhan Gift


Assalamualaikum...

Hendak buat promosi untuk ramadhan gift dan hamper untuk hari raya...
Penghantaran dibuat oleh saya, hanya untuk kawasan KL dan Selangor sahaja...

Semoga ada rezeki tahun ini... amin...


13 June 2013

PROJEK: HAMPER






Hamper Raya untuk tahun 2013 ni...still same macam previous year (belum penah update sini)

So this year decide to put in this blog. Anyone interested?  Also available corporate gift 40pcs of handmade chocolate.


04 June 2013

Popcorn: Mudah rupanya nak buat


Oleh kerana teringin nak makan popcorn, nak beli kena masuk shopping mall... maka kami buat sendiri popcorn ni atas permintaan en suami...

rupanya senang saja...rasa pun sedap...

Bahan-bahan:
-Minyak sayuran
-Butter
-Gula
-Perisa Vanila

Cara-cara:

step 1: 
- panaskan 1 sudu minyak, masukkan 1 genggam popcorn dan tutup periuk.
- tunggu hingga bunyi "pop" berenti
- asingkan popcorn dalam bekas lain

step 2:
- masukkan butter (2 sudu)
- bila butter dah cair, then masukkan gula (4 sudu)
- kacau sampai gula dengan butter serasi, masukkan 1 titik esen vanila (tak nak letak pun x pe, kalau letak
  bau wangi dan sedap) - saya kacau tanpa henti sampai jadi warna perang
- tutup api dan masukkan popcorn tadi dan gaulkan
- siap!!!!





Grand Lexis Lagi: Ada gift kalau booking Online!!!

Pening memikirkan tempat nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu... Untuk kebaikan bersama lebih baik tanya anak-anak...

Kami sekeluarga kalau pergi bercuti, memang jarang keluar bilik jalan-jalan... jadi kali ni kami ke Grand Lexis pd. Tempat kesukaan anak-anak kerana ada pool... total price including tax RM1400.25 (3 hari 2 malam).. Siap dapat kupon makan (bukan breakfast) sebanyak RM120, maknanya satu malam dapat RM60. Sebelum ni tak ada promosi macam ni...Jadi kalau sesiapa nak pergi berbaloi jugalah kalau dapat kupon ni... tapi syaratnya kena stay 3 hari 2 malam... booking dan bayar online - melalui laman web Grand Lexis PD sahaja... Makanan kat sana agak mahal.. jadi agak ok bila terima gift RM60 sehari... Kan??

Kali ini, kami ambil bilik : Sky Pool Villa (Sea View) ..Kalau Deluxe Room lebih murah tetapi x nampak permandangan laut.. Kali ni dapat tingkat 7... sesuai la bawak anak-anak sebab mereka boleh tinggal di bilik hotel tanpa banyak komen "bosan" duduk dalam bilik hotel...






King size




 Maghrib



Permandangan masa subuh

23 March 2013

KHASIAT GARAM SELAIN UNTUK MASAK - Info Menarik

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah

21 March 2013

Bila Anak Jatuh.......

Pengalaman pertama anak jatuh sampai luka besar... sambil sedang berehat lepas makan, dikejutkan dengan tangisan anak sulung, Hazeeq.. jatuh semasa lari2 di tangga... maka luka lah sudah kaki dia....ingatkan tak ada apa-apa sebab dia senyap je...

 lepas husband tengok terus dia menjerit "YA ALLAH LUKA"... aku pun memang terkejut amat... rasa berdebar je dada... sebenarnya luka tak dalam mana... tapi sebab 1st time dia luka teruk sampai darah macam tu... 

Kalut kami anak beranak bersiap nak bawak dia pergi klinik... dalam masa tu lagi teruk dia nangis bila dengar kami nak bawa dia ke klinik... terus cakap tak sakit... aku dulu-dulu masa kecik memang kalau luka macam tu tak ada pergi klinik... biar lah baik sendiri jer...maklumlah masa kecil-kecik dulu terabai dek kerana tak ada ibu kandung... huhuhu~~~

Macam tu lah bila dah jadi ibu bapa ni kan... memang gelabah sangat bila sesuatu jadi kat anak-anak... walaupun jatuh sikit...Tapi hazeeq petang hari yang sama dia terus lari-lari join adik Hariz dia... ada lah duduk diam kejap dalam 1 jam. Tapi bila adiknya umpan, terus dia join lari-lari walaupun terjengket-jengket...

semoga Allah sentiasa melindungi anak-anakku... Amin...

10 March 2013

MANIK LAGI...









sapa nak tempah boleh email saya yer.. adik saya yang jahit ni.. tapi kene cepat sebab bulan 5 dah x ambik tempahan... tq

06 March 2013

TUDUNG MANIK UNTUK DIJUAL

Limited - saya tolong adik jual



kalau berminat email saya: zura@snzss.com.my 
atau sms 0123274636

Tq

21 February 2013

MASALAH RAHIM NGERI!!

Setelah sekarang ni anak dah 5, rasa risau pulak tentang masalah kesihatan diri.. Lagi pulak bila berpantang "ala-kadar" je...

Masa di hospital ada juga dngar nurse bercakap... kalau kelahiran kerap (setiap tahun) nanti boleh mendatangkan masalah. salah satunya rahim terkeluar dari kedudukan yg sepatutnya...

maka aku dah habis pantang ni, merajinkan diri untuk buat "research" tentang penyakit ni...dan nak share juga kat sini..

Info dari Dr. Hamid Arshat (pakar sakit puan)


KEKENDURAN RAHIM


 Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.      

 Gangguan perkencingan.






Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.  
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.  
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang. 
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya. 

p/s: maka lepas ni kene buat research cara untuk elakkan masalah kekenduran rahim ni...

KHASIAT LEMON PADA WANITA



"Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan airlemon bolih bunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan dan tumbuhan2 tersebut."

Sumber rujukan: Dr. Hamid Arshat

Maka lepas ni kene lah selalu beli lemon.. Sesetengah org mengamalkan makan epal hijau. Tetapi nampaknya lemon ni lagi bagus. 

rasanya juga sesuai untuk suami yang merupakan perokok kurang tegar.. 


13 February 2013

KUCING BIRU & POPCORN

Assalamualaikum.

Mood kepeningan gara-gara melayan cerita kucing biru sepanjang hari... Oggy & The Cockroaches...
Anak-anak suka betul tengok cerita ni.. sampai kacau daku nak tengok tv... baru nak melayan rancangan masakan...nasib baik la ada rakam episod-episod sebelum ni... kalau tak maka sehari suntuk la dengar rengekan anak-anak nak tengok oggy...

kadang-kadang sampai kita pun dah terikut layan cerita oggy ni...baby tv pun dah tak boleh lawan... penangan oggy ni memang dasyat...walhal kartun tu tak ada suara pun...tak apa lah...mengalah sekejap sambil jenguk-jenguk blog...lama dah tak masuk sini membebel... (membebel ni ada ke yg baca)... Kadang-kadang nak buat kerja pun senang juga, bukak oggy, buat susu maka menapak lah semua depan tv..sempat la kita nak basuh kain, sidai kain, memasak n kemas rumah... :) cuma time berita jam 8 nak kena berebut pulak.. mummy & daddy nak tengok berita, anak-anak nak tengok oggy... sudahnya, beralih pulak tengok oggy kat laptop... barulah boleh ambil alih hak nak tengok tv... hahaha

Niat dihati nak buat popcorn hari ni... tapi cari bahan utamanya tak jumpa di sekitar Bukit Jelutong ni..sampai ke TTDI Jaya pun masih tak ada yang jual...Sebenarnya popcorn ni hubby yang request dari kelmarin... kesian dia bila kedai-kedai sekitar sini x jual bahan utamanya...


06 February 2013

RECOVER GAMBAR YANG TER DELETE

Salam,

Ada satu petang saya terima panggilan dari seorang adik ni bertanyakan  tentang software yang boleh recover balik gambar yang dah terpadam.

Ayoyoh.. so sorry ye adik, akak baru sempat jenguk blog ni.. almaklumlah busy bertambah pula tengah cuti bersalin... ampun ye dik, lambat tolong...

ni link yang ada nama software yang akak guna dulu tu... http://www.myluvprince.blogspot.com/2011/09/dah-berhaya-recover-gambar-raya.html

good luck ya... nak call tapi no aritu akak x save...


Jejak Jari