Jom Kita Kawan!!

18 November 2011

~ Korang Ada Kenal Tak??? ~

Salam Jumaat Semua rakan2 blogger......
Semoga Jumaat ni membawa keberkatan kepada kita semua....

Hari ni, rasa sakit2 kat belakang badan... terutama kat bahagian punggung/. Due lambat lagi tapi badan ni dah sakit2.... kemungkinan sebab dah anak ke 4 ker? or sebab banyak buat kerja berat yer...

acctually, bersalin dulu ke 3 org anak aku tak betul2 berpantang...makan berpantang jugalah tapi bab berurut tu x sekerap yang sepatutnya.... menyesal pulak tak ikut betul2... tapi apakan daya, sapa nak jaga anak2 kalau aku berpantang betul2? jangan tak tahu, oleh kerana aku tak ada ibu, maka berpantang semua aku lalui sendiri.... org kata lepas bersalin kene rehat secukupnya... aku tak boleh macam tu.... nanti menyusahkan orang yang berdekatan...nak berpantang di kampung suami tak bagi sebab tak nak berjauhan dengan anak-anak... maka, terlepas lah peluang nak bertungku bagai..... untuk sesiapa yang dapat berpantang 100%.... :)

kali ni, nak ambil maid...hopefully maid ni boleh diharapkan lah ye... agar dapat tengok anak2 aku kejap time aku berurut, bertungku, barut dan sebagainya... jangan maid buat hal pulak sudah...

Esok kalau aku ada menantu, aku akan tolong jaga kalau menantu dah tak ada sesiapa nak tolong... yer lah, hidup tak boleh berkira sangat... nanti susah senang menantu juga yang boleh kita minta tolong... (ehh....aku bercakap pasal diri sendiri ke ni????).... malas nak cakap lebih-lebih nanti kontroversi pula.... haha...no komen, no komen...

Tapi, itu lah kan, dunia... tak boleh nak mengharapkan org semata2...

Kali ni, dah duduk rumah sendiri, insyaAllah aku nak cover balik hari2 berpantang yang sebelum ni terlepas... kalau boleh 44 hari aku nak berurut jer...kuikuikui... masak la nak bayar tukang urut yer... tapi kalau ada sesiapa yang kenal tukang urut yang boleh menolong urut dan jaga bb sekali dalam tempoh pantang, sila lah inform aku...yang boleh tinggal sekali pun ok... bayaran akan di bincangkan...tak ada masalah....makan minum aku tanggung, pasal org berpantang still boleh memasak... :D so kalau ada sesiapa yang kenal tolong lah inform aku yer.....


6 comments:

Hanis Azla said...

takde pula akak kenal sesiapa yg boleh membantu zura.. tp akak doakan zura dapat berjumpa dgn org yg sesuai dan dapat berpantang sepenuhnya nnt.. take care yer zura..

Anonymous said...

Ada kenal sorang duduk sekali jaga baby jaga mummy sekali pantang mandi herba tungku uru sekali. Masakkan mandikan baby dan emak semua makcik ni buat dulu nurse skrg dah pencen dulu fia jaga saya. Pantang sebulan bsyaran rm3ribu

Zura said...

salam, cik anonymous, minta bagi contact dekat saya... rm3k ok dah tu.... tq

Anonymous said...

Boleh nanti saya cari no hp dia ye. Saya mskcik ni yg jaga t tahun lepas memang dia jaga org pantang dgn baby makcik ni sampai pagi naik motor sebelum 9 pagi balik petang. Senang siap masak semua brg2 dapur kena sediakan. ;-) skrg anak pun dah sekolah:-)

Anonymous said...

4 tahun lepas heee org tua yee luper nak beritahu umur 50+c

Anonymous said...

Nama kakak tu kak yati ni hp no dia 0192554300. Zura call dia maybe dia boleh tinggal sekali dulu kakak dtg pergi hari bayar rm 3ribu 4 tahun lepas. Sebab rumah memand ada maid. ;-)

Jejak Jari