Assalamualaikum semua, salam hari khamis......
Korang pernah hilang anak sekejap di pusat membeli belah tak? alkisahnya, tajuk kat atas tu bukan lah terjadi pada aku. Tapi pengunjung di Giant Shah Alam pada isnin lepas. Cuai betul ibunya sampai boleh terlepas pegang dan pandangan pada anak lelakinya yang lebih kurang berusia 3 tahun.
Nasib baik Giant Shah Alam tu tak besar mana. Kebetulan aku sekeluarga nak ke kereta kami, parking agak hujung dekat pintu keluar. Tiba-tiba nampak seorang budak lelaki kecil dalam 3 tahun berlari-lari tak tentu arah di kawasan parking. Ingatkan ada ibu atau ayahnya follow dari belakang. Tapi lepas tengok budak tu melilau macam mencari sesuatu, aku tengok tak ada sesiapa yang follow budak tu dari belakang. Kereta masa tu agak banyak nak keluar.. nyaris jugak budak tu nak kene langgar. Aku terjerit jugak lah... nak panggil budak tu, dia dah lari semula ke arah Giant...Laju dan agak melilau.
Budak cina tu dalam lingkungan 3 tahun. Tak tahu nasib dia macam mana. kemungkinan jumpa ibu bapa atau penjaga dalam Giant... Wallahualam.. Tapi bagi aku ibu bapa dia memang tak bertanggungjawap langsung. Walaupun budak tu nampak hyperactive, tapi selaku ibu bapa kene pandai kontrol. Misalnya letak di dalam stroller. Sampai rumah juga aku terfikir pasal budak tu. Niat nak tolong tapi dia tak endahkan orang ramai dan tak mahu dekati sesiapa. Hanya lari tak berhenti...
apa-apapun, harap-harap dia selamat dan ok...
6 comments:
harap sgt budak tu selamat...huhu...
tu pasal dulu saya pakaikan anak saya tali restrain tu, cute, ada beg yg mereka akan pakai (bentuk bear), dan ekor bear tu jadi tali yg kita pegang..
wahida~ tu la...harap sangat dia selamat... nyaris nak kene langgar dengan keta kancil plak tu...
Daddy Ziyyad, tu la...penah nampak beg tu..sesuai untuk anak2...tapi x ramai parents nak guna..kalau kat giant tu ari pun ramainya bebudak kecik yang berlarian tanpa parents....
seram mendengarnya.. kejadian anak-anak hilang ni sellau buatkan akak rasa kecut perut.. harap2 tak apa2..
wallahualam kak...
saya ngan hubby dok tercegat lama gak kat tmpt parking tu..nak pg kejar budak tu, xmuat tangan pasal bawak 3 anak2 masa tu... tp dalam 20 minit tu x ada pun parents dia muncul or dengar org jerit2 cari...
Post a Comment