Jom Kita Kawan!!

25 January 2012

Cabaran Baru, Kuatkan Azamku

Assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis kat sini. Kesibukan melampau sejak bersalin. Ditambah pula berebut lappy dengan putera-putera gara-gara mereka nak tengok upin dan ipin...

Macam mana cuti baru2 ni? Mesti banyak aktiviti best2 kan. Aku macam biasa melakukan aktiviti bersama anak2 tersayang. Sejak dapat anak ke 4 ni, bertambah waktu berjaga... kurang sudah waktu tidur... hehehe...

Balik kampung baru-baru ni memang mencabar... dengan anak2 yang masih kecik dengan kerenah masing2... hujur anak sulung agak matang sikit... lagipun dia duduk didepan dengan daddy... kuranglah meragam...kami kat belakang macam ikan sardin...hehe.. nasib baik time tido diaorg tak meragam... lama gak la memasing tido... tapi time jaga sekali gus... memang pening...bukan merungut dengan anak2..mungkin mereka xselesa... kereta persona kami tu kecik aje... maka aku dah pasang angan2... tahun ni nak tukar kereta... mohon pada Allah rezeki kami ada...

Cabaran bila kembali ke rumah... macam biasa oleh kerana kami tak jadi pindah lagi, maka anak2 banyak kene abiskan masa berkurung di dalam bilik...atau erti kata lain tingkat atas sahaja...kalau turun ke tingkat bawah, nanti abis bersepah dan mengganggu org nak berehat... maka aku "terpaksa" mengurung mereka sementara nak pindah ke rumah baru.... sekali lagi aku mohon pada Allah semoga kami dapat rumah yang dicari secepat mungkin... amin...


No comments:

Jejak Jari