Jom Kita Kawan!!

07 June 2012

HOLIDAY @ A FAMOSA RESORT, MELAKA

assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis... sejak pindah rumah sendiri memang tak menang tangan... tambahan pula belum ada pembantu rumah... 

cuti sekolah dah nak habis... tentu ramai yang bercuti habis-habisan... aku pun sama... ambil kesempatan ni pergi bercuti... tapi di tempat yang berdekatan jer...

minggu pertama kami ke A FAMOSA RESORT di Melaka... gambar tak banyak kerana agak kurang suka dengan tempat ni... tak ada aktiviti yang menarik... kami ambil Luxury Villa sebab pergi 2 keluarga... ada 4 bilik dan 3 bilik air... ada pool sendiri...

harga villa ni mahal untuk 1 malam. dalam RM1300++ aircond kurang sejuk...nyamuk banyak...kalau sesiapa nak pergi dinasihatkan bawa ubat nyamuk... kami duduk 1 malam sahaja kat sini... room services ada tapi makanan kurang sedap...


kami tak masuk cowboy town, zoo atau water world sebab tidak menarik perhatian... 

Jejak Jari