Jom Kita Kawan!!

25 March 2010

kali ni betul2 nekad!!

Tengah buat kerja ni, sesambil tu belek gambar-gambar lama...tengok diriku sekarang ni terasa macam dah terlebih saiz sesangat...sedangkan awal tahun ari tu memang berazam nak kuruskan badan tahun 2010 ni..yer lah tahun ni umur pun dah meningkat...rasa dah lama sangat dalam kelompok Plus Size ni...mungkin dah sampai masa untuk kecikkan apa yang patut...

sebenarnya dah lama dah tak timbang berat badan ni...tapi rasa-rasanya berat dah melampau dah ni.. bile tanya suami, dia kata "tak gemuklah, cuma montel je" aahahahaha...atas jawapan menyedapkan hati tu lah aku jadi hangat2 tahi ayam untuk start diet ni...

Tapi rasanya kali ni memang betul2 nekad lah nak kuruskan badan...antara nak dan xnak je..dan antara malas n rajin je...org kata disiplin nak kene kuat...kene rajin buat research makanan apa yang patut makan n elakkan... Research?? huuuu~~~ malasnya nak buat research pasal ni semua... Rasanya nk ikut menu masa berpantang lah.. cuma maybe kene kurangkan makan nasi...

Moga2 dapatlah kurus tahun ni... Aminnnn..........

16 March 2010

lamanya x menulis.....

lama betul tak update blog ni... gambar2 anak2 pun dah lama tak letak kat sini... asyik sibuk update facebook... hero2 saya sekarang dah makin membesar...dah macam2 kerenah...si abang manja lebih dari adik...si adik selalu mengalah jer... tapi dua2 mummy sayang sama rata.... x ada sikit pun berbeza... opss, lupa pulak hero no 1 dalam hati mummy... daddy pun mummy sayang juga...ahahaha...nanti lupa tulis daddy merajuk pulak... Salam Sayang, Zura

Daddy

Hazeeq

Hariz

Ini lah gambar 3 hero dalam hidup ku...hehehe..lain2 hero ni lain2 ragam...letih tapi menghiburkan....

19 February 2010

luahan hati

bila aku nak kurus ni... kenapa selalu sangat diet sekerat jalan... tension umur dah meningkat tapi badan masih tembam lagi...banyak kekurangan kalau badan besar ni...paling aku takut kalau suami sendiri satu hari nanti dah x suka... Ya Allah...

banyak baca tip2 untuk kurus tapi x boleh nak follow 100%... macam mana nak buat ni...
any idea?

jus mate 5 tu ok ker? story sikit..... nak kurus cepat ni...

help me!! help me!!.....

11 February 2010

Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Telefon Bimbit


Assalamualaikum wrbth...salam sejahtera semuaJumpa lagi dengan anda semua..kali ni x kurang menariknya info yang saya nak kongsi kan ngan anda..mungkin sesetengah dari anda semua dah ada yang tahu pasal info ni..tapi saya tetap nak kongsikan juga dengan anda yang belum tahu..Saya rasa info ni penting juga disaat kita dalam kecemasan..mana la tahu kadang2 kita kena kejer luar daerah kemudian x der line pulak..ini lah pentingnya info ni..mei la sama2 kita baca n fahami kemudian kita try buat..betul ker x info ni..info ni saya dapat dari salah satu kiriman emel yang masuk ke inbox saya..jom try..PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN...
(Yang ni saya dah cuba..ok)- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
(Yang ni dah cuba..tapi mcm x berkesan..mybe utk satu2 jenis kereta yang berbeza kot)..- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah menc mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
(Yang ni pun dh cuba juga..tapi x berkesan..mybe tgok jenama hp kot..hehe)- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
(Yang ini memang berkesan..dh cuba dh)- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

WALLAHUALAM..

p/s: saya dapat info ni dari blog seorang blogger ni..Rasa terpanggil nak kongsi info kat sini...


10 February 2010

Hazeeq jeles

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

harap semua sihat yer...hari ni busy betul..kene naik turun nak scan documents. dah la scanner lambat macam siput..sambil2 scan ni jenguk blog kejap...

Hari ni rasa pening2 jer...macam nak pitam pun ader...rasanya kurang darah kut...orang kata kalau kurang darah merah leh pitam kan..huhu~~ so tadi lunch makan la paru sebab orang kata paru boleh tambah darah...betul ke ek...asyik ikut org kata jer kan...kaakaka..

ni dah nak balik ni...tak sabar nak jumper anak2... hazeeq sekarang dah makin garang dia...kuat jeles ngan adik dia.. pantang kalau balik kerja x layan dia dulu...nanti mesti dia buat perangai...huhu~~ adik pulak isnin hari tu pg cucuk 4 bulan ( ikut carta lama), berat badan dia naik sikit jer...tapi tak la sampai masuk level tak cukup zat tu...hehe... maybe minum susu soya dia x berapa nak naik kut... ingat nak tukar susu lembu tapi doc kata baik jangan sebab dia alah dengan susu lembu... berat dia kategori slim sekarang ni..abang nya dulu kategori obesiti...ahahahahaha... takpe lah janji sihat kan...

09 February 2010

Assalamualaikum semua

Assalamualaikum... lama betul tak menulis kat blog ni... busy gile dengan kerja.. al maklum lah..nak main internet kene naik tingkat lagi satu - my desk yang ada internet. kat bilik kerja ni khas untuk kerja tak ada internet service...tu yang malas nak update tu... selalu jenjalan kat blog orang jer... hehehe
apa khabar semua? masih tak lewat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010...hehe semoga tahun ini membawa kemurahan rezeki untuk kita semua...amin...
Today happy sebab boss tak masuk..jadi boleh lah main internet kejap..haha... Minggu depan dah busy gila nak kene siapkan ISO. Bulan 3 ni ada external audit...aduiii pening betul... azam tahun lepas nak buat KPI tiap2 bulan...tapi tak boleh jugak...now kene buat KPI untuk 8 bulan lepas punyer... alamak..pening..pening... (pitam jap)
lama jugak tak letak gambar anak2 kat sini..nanti lah..dah snap banyak tapi belum sempat nak upload... ader ke org nak tengok..hahaha...

Anyway, tahun ni tahun berusaha untuk cari extra income. Kalau ada blogger yang nak cari Corporate gift atau door gift boleh lah hubungi saya... kat bawah ni ada flyers... harga boleh dirunding ok... So far alhamdulillah income boleh tahan...yang penting kene rajin berusaha kan.. Kalau ada yang berminat tu boleh la email saya ok..nanti baru boleh bagi contact no...

Sekian dulu untuk hari ni...nak pg makan ni..lapar sangat tadi breakfast sikit...hehehe

bye2 all..jumpa lagi...






28 October 2009

Ahli Baru - Daddy's team again

Lama betul tak update blog...sejak ada facebook ni, blog ni dah jarang jenguk... Well, info terbaru ahli keluarga baru kami selamat dilahirkan pada 07-10-2009. Boy jugak...Nama nya Syed Edhan Hariz...









InsyaAllah ada kesempatan nanti, aku uploadkan gambar raya dan gambr terbaru anakku...

Salam semua...


09 July 2009

MENYEPI

agak lama jugak tak menulis kat blog ni... semenja dua menjak ni hati ni rasa malas pulak nak jenguk blog ni... kadang2 just melawat blog kawan2 yang jadik follower je la... Maybe dah bosan kot ngan blog agaknya...hehehe

Hujung bulan depan dah puasa, puasa yang tinggal tahun lepas masih berbaki yang belum ganti... kene ganti jugak la maybe dekat2 nak puasa...

baju raya tak tempah lah tahun ni... nak tempah pun dah x sempat agaknya...tak pun kene cari tukang jahit bukan melayu la maybe diaorg still terima tempahan..

Keje kat office ni berlambak gila...dekat nak ISO plak lagi lah melambak-lambak... malas tol nak siapkan...tapi kang makan gaji buta plak...ingat lepas bersalin nak resign kot..cari tempat yang baru..tukar angin..timba pengalaman baru...

Gambar hazeeq banyak nak upload...tapi nanti lah..maybe lepas dah free sikit... Sekarang dia dah pandai ejek org cakap... time aku panggil daddynye dengan gelaran "abang" dia pun ejek "abbang"... montel still mcm dulu la... makin bulat anak lelaki aku tu sekarang...

ok lah, nak kene sambung buat keje balik ni... kang boss bising...

Salam all

16 June 2009

My luv Prince







Ni antara gambar terbaru buah hati ku... macam2 ragam sekarang ni...letih melayan kerenah dia...letih tapi gembira...

Majlis Sanding Mak Lang Hazeeq

Ni gambar masa kenduri adik aku kat umah abah dulu... baru sempat nak upload dalam ni... masa ni pun mintak org lain yang tolong snap guner camera aku...sebab hazeeq x nak berenggang langsung plak...geram tol...


Ni pengantin bergambar dengan anak buah pengantin lelaki... lebih kurang hazeeq je umur dia tapi x memerap mcm anakku itue...huhuhu~~

Ni pulak gambar aku ngan pengantin pempuan, adik aku ler...sorry yer alang, gambor ni mata pengantin x buka elok plak...hehehehe...dah ini jer kita sempat nak snap... hehehe...

pengantin bersama pihak pengantin perempuan... adik beradik pengantin perempuan x sempat nak masuk gambar, ader yang tengah wat keje ader yang kene jaga anak (aku la tu)

Ni plak gambar pengantin dengan pihak pengantin lelaki...

to Alang and suaminyer, semoga berbahagia selalu... semoga cepat dapat anak yang cumel2...heheheh... nanti hazeeq balik kg ada la geng... leh dia buli2 sepupu dia...haha

hari busy sedunia...

Assalamualaikum semua...

agak lama x menulis kat blog ni... beberapa minggu ni busy update file ISO...minggu depan ada audit.. Bila dah buat sorang-sorang ni memang pening sikit, maklumlah dari awal tahun baru nak update sekarang...tahun depan serik la...kalau boleh every month nak update... malas dah pening-pening macam ni... office ni belum cari lagi sorang staff... aku ni dah nak bersalin lepas raya.. cuak gak kalau bersalin time raya ker abis sapa nak buat keje kat sini..mana la tau bersallin awal kan...makan rendang, ketupat, laksa sure x ingat nyer raya ni...pening-pening...

Lama gak x jalan-jalan kat blog member2 yang lain nih... tapi now dah ader utang tag dari fiza 2 tag ni...kekeke... jenuh makcik nak menjawapnyer... insyaAllah lepas audit la baru jawap...leh ye fiza... :)

lama jugak x updated pasal buah hati ku yang sorang tu... sapa lagi anak lelaki aku la.. yang manja-manja nakal tu...huhuhu~~ sekarang ni pening sikit jaga dia...maklum lah budak dah dapat kaki...asyik nak berlari jer.. dah berapa kali terhantuk, jatuh... huhu~~ yang x leh nak elakkan lah, jaga mcm mana pun jatuh gak dia...sian dia...ada sekali tu sampai berdarah bibir dia... mulut tersembam kat lantai... darah kejap jer la... tapi aku tau sure sakit tu...sedih betul time tu...fes time la tgk dia darah2... mujur sikit jer...lepas letak susu ibu kat luka bibir dia terus elok...sayang anak mummy... rindu plak kat dia.. ingat today nak upload gambar dia...lama dah x letak gambar dia kat blog ni...

tak lama bulan puasa, ingat nak start gamti puasa la...huhu~~ 2 kali dah pregnen time bulan puasa...tahun ni nak try puasa penuh la.. kalau tak, jenuh nak mengganti...

okey lah nak lunch dulu...nanti jumpa lagi...

05 June 2009

hari yang bosan

Beberapa hari ni aku rasa malas pulak nak menulis kat blog... maybe sebab banyak sangat kerja nak disiapkan... jadi mood nak menulis kurang sikit...
Esok cuti, tak plan lagi nak pergi mana-mana...maybe jalan-jalan window shopping lah kot...paling tak pun cari tempat makan yang best-best sekitar PJ ni...

Okey lah...nanti menulis lagi.. pada kawan2 yang selalu singgah sini, selamat bercuti di hujung minggu... :)



01 June 2009

SMALL BUSINESS UNTUK RAYA

Tak lama lagi dah nak raya, macam biasa la... aku sure sibuk menjual kuih... Tahun ni plan ambil tempahan untuk kuih tart sahaja... maklum lah, time tu dah sarat mengandung... Disamping tu nak mencari side income jugak untuk sambut orand baru ni...

Kalau ada kawan2 blogger nak order boleh la tempah yer... RM20 untuk 50pcs... x mahal pun sebab sedap...hehehehe...

Takut tol bila fikir balik... raya tahun ni sarat mengandung....hehehe...


28 May 2009

Hari ni rasa malas jer dalam diri ni...tak baik betul datang kerja n rasa malas...macam makan gaji buta pulak...pinggang rasa lenguh jer.. sekarang ni buah hati kat umah tu asyik nak dukung jer...pantang nampak aku balik, sure nak dukung...hehehe...dah boleh berjalan nak berdukung pulak, dulu belum boleh berjalan asyik nak jalan jer x nak dukung.. macam-macam kerenah buah hati ku sorang tu...

hari ni makan mcm biasa la, x ada selera langsung... nasi separuh, ayam goreng dengan kuah taucu...sebut pasal taucu ni, dulu dari kecik ku x pernah makan taucu ni...sebab memang x suka nak makan...tapi sejak 2nd pregnen ni, suka plak kuah taucu tu...macam-macam ragam kan...mungkin pembawakan kot... badan pun surut sikit sebab kurang selera makan...now banyak makan buah2 jer laa...takut juga baby tak cukup zat nanti...

malam ni suami balik lambat pulak...dia main badminton dengan budak2 office dia...mau dekat pukul 11 baru balik ni...

26 May 2009

Hari ni kepala pening sangat rasa... macam nak mintak mc jer...tak tahu kenapa ek...tiba2 jer pening kepala...atau mungkin aku mood malas nak keje kot nyer ni...ISO belum siap lagi..tensionnya...

hari ni makan simple jer, ikan pari masak asam pedas dengan potato goreng cili... pastu beli ABC (manis giler)...Kepala tengah weng lagi...

Kalau ikutkan minggu ni kene daftar untuk kursus asuhan kanak-kanak, sebab plan nak bukak taska... tapi cancel plak...suami kata amik kursus lepas bersalin nanti...takut aku letih kelas part time ni... dah suami ku kata macam tu kene la ikut... x baik plak nak membantah...hehehe...

Sekarang ni hati tak sabar2 nak bukak taska...lagi cepat lagi boleh ku tenang...

So, buat masa ni, ku just buat bisnes online je laa...terbaru maybe nak jual baju baby... dah submit order kat supplier maybe bulan 6 barang masuk...

22 May 2009

emosi hazeeq







Gambar ni snap semalam masa balik kerja...macam2 emosi hazeeq buat... marah, geram, main cak-cak ngan nak duduk dalam drawer barang mainan dia.. hehehe...syok juga melayan kerenah dia...macam2 boleh nampak...letih kerja pun hilang macam tu jer..
Hari ni atok nya nak datang melawat..mintak2 la dia tak menangis atau buat perangai...kesian atok dia...jauh2 datang nak jumpa dia... risau kalau dia buat jual mahal n nangis2..
Insya Allah, dia ok kot...semalam sebelum masuk tido pesan banyak kali kat dia, "atok datang esok hazeeq jangan nangis ye sayang" dia senyum2 jer..macam faham...hehe


20 May 2009

rancangan sebelum 2010

Semalam berbincang panjang dengan hubby, lepas banyak bisnes plan yang kitaorg rancang nak bukak, at last aku mintak kebenaran hubby untuk buka taska. Disamping tu boleh la aku fokus kat anak-anak yang dah nak masuk 2 orang ni...

Tapi masalahnyer, nak bukak taska ni kene pergi kursus yang selama 20hari beturut-turut, dan kalau untuk part time, jadualnya sampai 3 bulan...lama sangat n time tu aku pun dah sarat..Hubby suruh ambil kursus masa bulan ke 2 cuti bersalin tu(selalunyer aku dah segar bugar bulan ke 2 pantang ni). Now tengah fikir mana satu nak follow...kalau ambil yang part time tu kelasnya 3 jam jer pukul 6 sampai pukul 9 mlm...Selalu time tu time bermain dengan hazeeq tu..

Lokasi pulak mungkin nak buka di area PJ atau Subang...Tengah survey juga tempat yang sesuai ni...

19 May 2009

19/05/09

Semalam hazeeq ader berak lagi lepas makan but x kerap mcm 1st dia kene cirit birit...
Lega juga hati ni...but still risau selagi dia x betul2 sihat...

emosi kat office hari ni x menentu... kerja banyak sangat nak disiapkan sorang-sorang...dengar kata ada ex-staff nak join sini balik, satu dept ngan aku...x tahu la perasaan happy or tak..pasal rasanya x serasi kot ngan dia.. tgk la mcm mana boss nyer penilaian... kalau dah boss nak ambil dia jugak aku kene la accept...dalam masa sama aku nak try cari kerja lain...nak berhenti kerja kalau betul ex staff tu join balik...better mcm tu daripada kang aku datang office x ikhlas jer nak buat kerja...kalau dept lain2 x kisah sangat, tapi ni satu department dengan aku plak...tu yang susah sikit tu...

Aku dapat offer keje last week tapi x leh nak pergi sebab tengah pregnen... maner diaorg nak terima kan...tengok la macam mana..............

15 May 2009

Emosi tak Stabil

Hari ni emosi x stabil sikit...hazeeq kene cirit birit... hari ni jer dah 4 kali berak...semalam plak ader la dalam 6 kali berak...Risau sangat hati ni...just now call MIL n dia kata dah stop berak...Ni 1st time anak aku kene cirit birit...betul2 risau hati ni sebab badan dia mcm panas sikit...tido pun bangun awal hari ni...pukul 6.30pagi dah bangun sebab dia dah berak...Ya Allah, betul-betul risau aku kali ni..Aku semalam memang x cukup tido sebab xboleh nak lena bila dia sakit mcm tu..memang dia aktif n tak meragam, tapi hati ni rasa x senang jer bila tau dia kene cirit birit...Petang ni bawak dia pg jumpa pakar... kene tunggu lepas kerja jugak sebab cuti kat opis ni dah x ada dah..abis dah cutiku...Lagi pulak running department sorang-sorang...

Ya Allah, sembuhkan lah sakit anakku...Pindahkan la sakit anakku kepada aku...Amin...

13 May 2009

TAG KEDUA DARI VENDER

huhu~~ selamat tengahari kepada semua yang mengunjungi blog saya ni... dah makan ke semua... hari ni makan lauk daging masak merah dengan sayur serta milo ais jer...kurang selera pulak...

ni nak jawap tag ke dua dari member zura Vender:



Ni Jawapannyer:

1. copy award di atas untuk diletakkan di blog anda
Thanks vender sebab teringat kat zura nak buat tag ni...panjang plak tu...adoii...
2. nyatakan 5 jenis fakta menarik tentang pemberi award ini.
-. Lemah Lembut
-. Baik Hati
-. Jenis yang x lupa kawan vender ni.
-. Mata besor
-. Suker berniaga dia ni...
3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
** banyak nyer sampai sepuluh...huhu~~
- Pendiam sikit kalau baru kenal.
- Suka jalan jalan tgk lampu kat putrajaya...nape ntah...
- Bersolek tapi ikut mood...kalau rajin bersolek sakan, kalau malas pakai bedak jer
- x suka bau perfume yang kuat-kuat, ske bau lembut ajer
- takut naik roller coaster, x suker naik benda2 nih.
- Suka dengar lagu instrumental time boring
- suka nak beli kasut tumit tinggi tapi selalu x ada saiz
- suka warna biru & merah jambu.
- x suka minum air gas
- Suka makan laksa dan Nasi Kerabu. x jemu makan 2 menu ni...
4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang merekak.
- ramai sangat la 10 tu...hehehe...saya pilih 2 je ya
*kak atty - yang rajin menjenguk blog ku ini. kak kalau sudi jawap yer
*abby - my friend from Sabah

Sekian dulu...

Jejak Jari