Jom Kita Kawan!!

30 January 2012

Tersentuh Hati

Masa berjalan ke Mydin petang tadi, aku ternampak seorang makcik tua tengah berjalan sambil membawa bungkusan keropok ikan untuk dijual. Muka makcik tu nampak keletihan, agaknya dah seharian dia cuba menjual keropok tersebut..Oleh kerana aku nak cepat membeli barang, maka aku jalan agak laju melintasi makcik tu...

Masa keluar dari Mydin, nampak makcik tu masih ada kat sana.. sambil meminta org untuk membeli. Aku sambil lalu disapa oleh makcik tu, agak tersentuh dengan ayat nya "tolong lah dik, beli satu pun jadi lah" tapi aku time tu hanya senyum kat makcik tu... sebab tengah bawak barang di kanan kiri, tengah dukung Alesya ditangan kanan. Maka memang tak berhenti bila disapa makcik tu... tapi sempat lihat mukanya semasa senyum tu...muka keletihan. Bila masuk kereta baru rasa bersalah amat, berapa lah sangat harga keropok tu kalau nak dibeli, berbanding tiap2 petang aku beli ayam uncle bob yang beharga RM5.50 setiap satu...

Masalahnya, aku dah banyak kali beli keropok-keropok tersebut...semuanya belum tergoreng... penuh dalam kainet dapur...Tapi masa menceritakan pada hubby, hubby pesan, tak salah kalau beli satu...anggap satu sedekah... erm... insyaAllah aku beli klau jumpa dia lagi...

Sekurangnya makcik tu gigih mencari rezeki, walaupun dengan cara payah macam tu, sekurang2 nya dia tak meminta sedekah tanpa berusaha terlebih dahulu...maka kita kena bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang kan... tak perlu merungut kalau income sedikit sebaliknya terus berusaha memperbaiki keadaan.

4 comments:

Dr K said...

respect makcik macam tu yg kuat bekerja mencari rezeki, dari org muda yg pemalas nak harap subsidi aja

Zura said...

daddy ziyyad~ tu lah pasal... at least dia berusaha...

ct rahani said...

betul tu zura.. yg penting usaha utk dapatkan rezeki..

Zura said...

ct~ kalau usaha tentu dapat hasilnya kan...

Jejak Jari