Jom Kita Kawan!!

24 April 2012

Pengarang Jantung Hati





buah hati pengarang jantung... sekejap je kalian membesar.... Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada anak-anak kesayangan ku... Panjangkan lah umur mereka, dan berilah kesenangan dalam setiap langkah hidup mereka.. Kurniakan hidayahmu... pelihara anak-anakku dari perkara yang tidak baik...Panjangkan umurku dan suami serta insan-insan terpenting dalam hidup anak-anak ku, supaya mereka dapat membesar disamping kami yang sangat menyayangi mereka... Amin...

11 April 2012

HILANG? LESAP?

Assalamualaikum,

Lamanya berjauhan dari blog. Sejak bekerja sendiri masa memang tidak mencukupi. tugas sebagai ibu, isteri dan boss memang memenatkan... bukan 100% kudrat diperlukan, lebih dari 200% rasanya.

Nyaris lupa diri sendiri ada blog. Mujur ada kenalan jauh yang menjadi silent reader blog aku ni yang bertanya khabar diri aku dan blog...

Cuaca mendung hari ni, maka sambil melayan kerenah anak-anak yang tak mahu tidur petang ni, sempatlah meluangkan masa di sini...selalu surf internet untuk tengok menu masakan sahaja... maklumlah sekarang hari-hari masak sendiri... berlainan dengan dulu, hari-hari beli...

oh ya, maid aku belum dapat.. Kerajaan malaysia masih bekukan kemasukan maid kan.. lambatnya... tak larat buat sorang2 ni... tapi yang hairan, buat kerja seharian memang keletihan sangat, tapi badan tak jugak kurus... pelik betul... mungkin sebab aku cover balik time makan kah? susahnya nak control... lagipulak bila  kita masak sendiri, lauk pauk tu rasa sedapnya.. hahahaha... (perasan sedikit)....

lama x aktif kat dunia maya ni.. dulu rajin juga jenguk2 blog kawan2... maka sekarang dalam alam maya pun dah kurang kawan- kawanku...haaaaaaaa

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!