Jom Kita Kawan!!

29 December 2011

~ My Newborn - Princess Aresya~




SHARIFAH ZARA NUR ARESYA
D.O.B: 25/12/2011 @ 00:51am


Alhamdulillah, aku dah bersalin anak ke 4, seperti gerak hati berkata sebelum ni, baby kali ni, baby girl...

sakit pukul 11 malam, pukul 11:35 malam sampai kat hospital. tepat pukul  00:51am bersalin secara normal... tak sempat minum air selusuh pun sebab due kalau ikutkan pada bulan januari 2012. 

kini dalam tempoh berpantang...disamping suami dan anak-anak. berpantang sendiri jer...

belum sempat buat sesi photoshot untuk baby ni...lagi pun masih awal kan... nanti lepas seminggu baru ambil gambar lagi... gambar kat atas guna HP biasa...



22 December 2011

~Masih Ada Lagi~

Assalamualaikum....

lamanya tak menulis kat sini...
kesibukan yang agak tinggi bulan ini...
aku masih sarat... belum ada tanda hendak bersalin... tanda-tanda akhir nak bersalin...
cuma baru-baru ini terkena sakit buasir... dek kerana kerap menangguh "hajat" pelaburan...

bulan ini menguji ketahanan mental dan kekuatan diri..
disaat tengah sarat ini juga aku gigih mencari client untuk company yang baru aku dan suami tubuhkan...
ya, aku baru rasmi membuka syarikat yang menguruskan pekerja asing, permohonan permit pekerja dan sebagainya...susahnya hendak mendapat client sebab banyak syarikat yang menjalankan bisnes yang sama...tapi tak boleh putus asa.. dah banyak yang di laburkan untuk memulakan syarikat ini...

Ya Allah, murahkan lah rezeki kami....Amin...

12 December 2011

~Pelan Kecemasan~

Susulan daripada kerisauan aku sekiranya ada kecemasan di saat husband tidak berada di rumah.

komen daripada entry lepas amat dihargai..

Jadi susulan daripada itu aku dah buat pelan kecemasan sendiri. Antaranya:-

1. Cari bidan bertauliah yang tinggal berdekatan - incase tak boleh nak tunggu ambulan sampai.. kemungkinan untuk bersalin di rumah. Jadi jika ada bidan bertauliah / bekas bidan insyaAllah membantu.

2. untuk kawasan bukit jelutong ni, aku ada cuba search perkhidmatan sewa ambulan, malangnya tak ada. Jadi, aku akan ke klinik hujung minggu depan untuk cuba tanya doktor sekiranya beliau tahu macam mana nak dapatkan ambulan secepat mungkin kalau berlaku kecemasan, untuk pengetahuan korang, ambulan kalau masuk area bukit jelutong kerap sesat... Arwah ayah mentua aku dulu tunggu ambulan sampai 1jam lebih, kalau ikut dari destinasi, 15 minit dah boleh sampai...

3. Cari backup pusat bersalin yang paling dekat.. kat umah aku ada, walaupun dari luar macam tak berapa nak ok, tapi kawan aku ada yg bersalin di sana, komen dia memang ok.

08 December 2011

Kalau Tetiba Emergency Macam Mana Nak Buat

Aku sekarang dah berenti kerja... jadi suri rumah fulltime..
tengah2 masa sarat ni, aku tinggal ngan anak-anak jer...

tadi sakit perut sangat, kusangka nak bersalin dah....rupanya diserang cirit birit....
pastu terfikir, kalau emergency tiba-tiba nak bersalin, macam mana nak buat ye? dengan anak-anak kat rumah....

korang rasa mcm mana patut aku buat?
nak minta tolong jiran, boleh juga tapi anak-anak sapa nak tengok sementara aku ke hospital?
risau pulak bila fikir.....

~Anak Hilang?~

Assalamualaikum semua, salam hari khamis......

Korang pernah hilang anak sekejap di pusat membeli belah tak? alkisahnya, tajuk kat atas tu bukan lah terjadi pada aku. Tapi pengunjung di Giant Shah Alam pada isnin lepas. Cuai betul ibunya sampai boleh terlepas pegang dan pandangan pada anak lelakinya yang lebih kurang berusia 3 tahun.

Nasib baik Giant Shah Alam tu tak besar mana. Kebetulan aku sekeluarga nak ke kereta kami, parking agak hujung dekat pintu keluar. Tiba-tiba nampak seorang budak lelaki kecil dalam 3 tahun berlari-lari tak tentu arah di kawasan parking. Ingatkan ada ibu atau ayahnya follow dari belakang. Tapi lepas tengok budak tu melilau macam mencari sesuatu, aku tengok tak ada sesiapa yang follow budak tu dari belakang. Kereta masa tu agak banyak nak keluar.. nyaris jugak budak tu nak kene langgar. Aku terjerit jugak lah... nak panggil budak tu, dia dah lari semula ke arah Giant...Laju dan agak melilau.

Budak cina tu dalam lingkungan 3 tahun. Tak tahu nasib dia macam mana. kemungkinan jumpa ibu bapa atau penjaga dalam Giant... Wallahualam.. Tapi bagi aku ibu bapa dia memang tak bertanggungjawap langsung. Walaupun budak tu nampak hyperactive, tapi selaku ibu bapa kene pandai kontrol. Misalnya letak di dalam stroller. Sampai rumah juga aku terfikir pasal budak tu. Niat nak tolong tapi dia tak endahkan orang ramai dan tak mahu dekati sesiapa. Hanya lari tak berhenti...

apa-apapun, harap-harap dia selamat dan ok...

06 December 2011

~Checklist Barang Nak Bawa Bersalin~

Kelengkapan barang-barang untuk dibawa ke Hospital waktu bersalin selalu saja tak lengkap. Walaupun berpengalaman bersalin banyak kali, tetapi ada juga barang yang tidak dibawa...kes bersalin awal dan lambat packing barang lah kiranya ni. Jadi kali ini aku ambil keputusan untuk packing barang-barang tersebut lebih awal.Ada juga barang yang masih belum dibeli, maka malam ini sudah kene start membeli. Checklist aku ni juga harapnya boleh dijadikan rujukan serba sedikit pada ibu-ibu yang pertama kali nak menyambut kelahiran orang baru...

Barang untuk ibu
1. Kain batik
2. Tuala
3. Tuala Wanita untuk wanita lepas bersalin
4. Stokin tebal
5. Baju sejuk
6. Peralatan membersihkan diri - ubat gigi, berus gigi, sabun dan sebagainya
7. Sedikit bekalan makan - Roti / biskut & milo segera atau susu - time makan kat hospital ikut time... kemungkinan perut akan lapar, terutama jika baby kerap menyusu.
8. Selimut - aku dulu bawa spare sebab selimut di hospital nipis...
9. pakaian dalam

Barang untuk Baby
1. Pampers
2. Stokin
3. sarung tangan
4. Minyak bayi
5. Baby blanket
6. Pakaian bayi
7. topi baby

Dah siap dah checklist aku...

so, malam ni dah boleh pergi beli... :)

04 December 2011

Tanda Nak Bersalin??

Salam pagi ahad....
aku belum tidur... teman kan hubby siapkan kerja...
lagipun esok holiday... so sesambil tengok tv boleh lah temankan hubby....
anak2 dah lama berlayar...sejak pukul 9 tadi...mujur diaorg jenis tido malam dengan lena... alhamdulillah...

dah pukul 2  pagi ni, mata masih belum kuyu... maybe sebab dah terlepas waktu tido...

aku sebenarnya sekarang ni, asyik rasa sakit kat tulang punggung...kalau baring lama, nak bangun punya lah seksa...dulu x lah seteruk ni rasanya.... kali ke 4 ni sakit tu teruk sikit... rasa menyucuk kat bahagian punggung... ada rakan2 yg pernah rasa macam ni ker? kalau nak kata dah sampai tarikh due, lambat lagi...

baby bag belum packing lagi...
better aku pack awal..mana tahu kali ke 4 ni pun lahir tak cukup bulan...hazeeq sorang je yang terlebih due...adik-adik dia semua lahir awal sebulan....

fikir balik, rasa seram sejuk nak bersalin ni...

03 December 2011

RUTIN DAH BERUBAH

Assalamualaikum semua....

apa khabar semua? lamanya aku tak menulis kat sini... sejak minggu lepas, aku memang busy yang amat... Rutin harian dah berubah sejak jadi fulltime housewife...  Banyak nak diuruskan...terutamanya aku seorang ibu yang ada anak2 kecil 3 org... 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun... oh ya, tahun depan tambah lagi sorang....jadi 4 org anak2 kecil... Memang memenatkan sebenarnya... tambah pula dengan anak2 kecil ni kene pandai main peranan sebagai ibu... selaku pendidik di rumah... walaupun kadang-kadang rasa stress, tapi lepas tu ok balik...
Kene banyak bersabar kan? Cabaran membesarkan anak-anak zaman sekarang... orang kata cabarannya x sama dengan anak-anak zaman dulu... yer ker...

lepas ni, aku kene banyak jelajah blog masakan pulak...
nak belajar menu2 menarik untuk santapan keluarga...
sekarang ni, asyik nasi tomato, nasi ayam.... anak teruna dah komen....

27 November 2011

Gula-Gula Hati - Edisi hujung November







~ Kurang Sihat, Away From Blog ~

Assalamualaikum Semua,


Aku tak masuk blog beberapa hari ni... not feeling well... felt down masa cuci bilik air....

will be back soon....

18 November 2011

~ Korang Ada Kenal Tak??? ~

Salam Jumaat Semua rakan2 blogger......
Semoga Jumaat ni membawa keberkatan kepada kita semua....

Hari ni, rasa sakit2 kat belakang badan... terutama kat bahagian punggung/. Due lambat lagi tapi badan ni dah sakit2.... kemungkinan sebab dah anak ke 4 ker? or sebab banyak buat kerja berat yer...

acctually, bersalin dulu ke 3 org anak aku tak betul2 berpantang...makan berpantang jugalah tapi bab berurut tu x sekerap yang sepatutnya.... menyesal pulak tak ikut betul2... tapi apakan daya, sapa nak jaga anak2 kalau aku berpantang betul2? jangan tak tahu, oleh kerana aku tak ada ibu, maka berpantang semua aku lalui sendiri.... org kata lepas bersalin kene rehat secukupnya... aku tak boleh macam tu.... nanti menyusahkan orang yang berdekatan...nak berpantang di kampung suami tak bagi sebab tak nak berjauhan dengan anak-anak... maka, terlepas lah peluang nak bertungku bagai..... untuk sesiapa yang dapat berpantang 100%.... :)

kali ni, nak ambil maid...hopefully maid ni boleh diharapkan lah ye... agar dapat tengok anak2 aku kejap time aku berurut, bertungku, barut dan sebagainya... jangan maid buat hal pulak sudah...

Esok kalau aku ada menantu, aku akan tolong jaga kalau menantu dah tak ada sesiapa nak tolong... yer lah, hidup tak boleh berkira sangat... nanti susah senang menantu juga yang boleh kita minta tolong... (ehh....aku bercakap pasal diri sendiri ke ni????).... malas nak cakap lebih-lebih nanti kontroversi pula.... haha...no komen, no komen...

Tapi, itu lah kan, dunia... tak boleh nak mengharapkan org semata2...

Kali ni, dah duduk rumah sendiri, insyaAllah aku nak cover balik hari2 berpantang yang sebelum ni terlepas... kalau boleh 44 hari aku nak berurut jer...kuikuikui... masak la nak bayar tukang urut yer... tapi kalau ada sesiapa yang kenal tukang urut yang boleh menolong urut dan jaga bb sekali dalam tempoh pantang, sila lah inform aku...yang boleh tinggal sekali pun ok... bayaran akan di bincangkan...tak ada masalah....makan minum aku tanggung, pasal org berpantang still boleh memasak... :D so kalau ada sesiapa yang kenal tolong lah inform aku yer.....


15 November 2011

~ HARINI AKU ......~

Aku tapau makan, org kat kedai tengok2 ada yang jeling2 hairan...

aku pun perasan la maybe aku makeup lawo... hahahaha...

aku masuk office pun, kawan2 senyum2 jer... hairan aku..apa hal kah ini....

dah time makan, aku tapau kat warung makcik kat office ni... makcik tu slow je bisik kat aku,

"adik pakai baju terbalik hari ni..."

weh, dah 1/2 day baru aku tau aku pakai baju terbalik.... adoi..member2 office ni sampai hati tak bagitau... adoi...xkan segan nak cakap kut...

malu 12 das aku hari ni....

~ Anak Dara Aku Bukan Tomboy ~

Salam jam 11:24 pagi...

hehe... pagi ni aku memang terbabas bangun awal...

anak dara aku bangun dulu... dia telah membuat aku terkejut dan menggelabah..... sebab dia baby girl, aku target dia x lah buas seperti abang2nya....

hari ni, dia start memanjat tangga katil... fulamak...memang advance sampai ke tangga ke 5 dia daki.... pastu meraung pasal tak boleh nak turun....

nasib baik lah aku memang letak tilam kat bawah tangga katil tu....

Ni mesti dia belajar dari abang-abang.... mula-mula dia memerhati, lama2 bila dia sorang-sorang, nak test skill memanjat... oh anak daraku.... harap kau bukan lasak seperti tomboy yah....

cakap dekat en hubby, dia kata kene start beli anak patung n mainan bb girl untuk Alesya ni... biar dia jadi lembut bak puteri... eceh....

~ Ada Apa Lepas 15 Tahun Hidup Bersama??? ~

Selamat hari selasa semua...

Hehe, hari ni aku bekerja, jenguk blog sekejap... sesambil release tension kerja yang tertangguh kat office ni... Weh aku dah nak resign, xkan semua kerja masih nak tunggu aku buat lepas balik dari cuti? Macam mana nanti ek lepas aku dah berenti? Hairan betul manusia... semua nak bergantung kepada org lain untuk buat.... padahal semua followup aku ader cc kat diorg... ape derrrr... Opps... sesi luahan pasal kerja tamat sudah...


****************************************************************************

Now aku nak fokus pada tajuk kat atas tu... khas untuk suami dan isteri sahaja....

Well, lepas 10 tahun hidup bersama, sehati sejiwa.. apa yang korang harapkan dari pasangan memasing? lebih kepada more kasih sayang? understanding? or kalau bagi lelaki, nak isteri nampak muda memanjang sebab korang rasa dah biasa dengan ayat " Life start at 40's"...

Well, aku berborak dengan seorang kawan, katanya suami nya sekarang dah tak pandang beliau... sedangkan mereka dah berumahtangga nak masuk 15 tahun.... lamanya kan....So, aku just tanya-tanya, apa yang buat dia berfikiran macam tu? dia kata sebab suami dia dah kurang berkomunikasi dengan dia... malam-malam lepas anak tidur, bila nampak sang isteri keluar bilik nak join tengok tv, suaminya macam mengeluh... macam tak suka wife bangun nak join tengok tv.. kesian wife kan... tak patut lah suami buat macam tu... walaupun dah berkedut macam mana isteri anda, tapi dia yang menemani anda ketika susah dan senang... jatuh bangun anda, sakit pening, dia lah sentiasa di sisi... tu tak termasuk tugas yang isteri lakukan demi anak-anak...bangun malam-malam tanpa menyusahkan anda yang sedap lena tidur dibuat mimpi...

aku pun tak faham kenapa suaminya bersikap dingin... tak boleh ker jadi macam orang dulu-dulu, makin lama makin sayang... tak jumpa sehari rasa gelisah..

Tapi dalam masa yang sama, aku tak salahkan suami, kebanyakan org sekarang ni, kurang menjaga penampilan bila duduk di rumah.... bila keluar rumah baru nak make up... dress up cantik2... bagi aku, kalau kat rumah pun, kene lah berhias...untuk suami sendiri... anak-anak pun nanti puji lawa... hehehe... jangan over make up sudah lah... dulu aku masa memula anak ke 2 lahir, diri ni rasa terabai kejap... nyaris2 terbabas ke lembah selekeh di mata suami.... yer lah umur muda, anak 2 masih kecik2...memang terabai sangat masa tu... oleh kerana selesa berkain batik jer, maka boleh kata sepanjang masa kat rumah hanya berkain batik... rambut ikat macam lepas berpantang, kain batik tu kira mcm berkemban lah...pastu join suami tengok tv...kan terkejut beruk beliau? hehehehe... bahaya...

kalau korang baca kes kat paper sekarang, banyak betul kes curang... kes yang sama sekali tak boleh diterima oleh orang perempuan...mana tak nya, janda bergetah banyak, anak dara terlampau pun ramai...dugaan untuk sang suami tu... jadik nak tak nak kene lah berhias untuk orang yang tersayang... tapi bila umur dah meningkat jangan plak perasan nak jadi muda... nanti jadi macam bini boss aku (chinese), baru buat pembedahan hidung....dah macam muka omputih dah... kekeke....

P/S: aku x der nak buat pembedahan, tapi makan kologen tu ok ker? ada sesapa try?

14 November 2011

~ Salam Isnin ~

assalamualaikum semua...

baru lepas kemas bilik...
hari ni aku cuti sebab anak teruna demam....
smalam bawak pergi check doktor kata tonsil dah merah sebab badan panas sangat....
so, aku dengan rela hati ambil cuti nak jaga dia...xnak lah menyusahkan orang kan... kang tinggal anak yang sakit, buat muka ketat pulak...

gara-gara bawak breakfast pagi sabtu hari tu...
terkena tempias hujan, aku plak terlalai nak terus bagi mandi lepas sampai rumah.... LALAI....erm...
hopefully demam dia ok hari ni.....

ni dah cop lappy dia nak tengok upin dan ipin plak....
layan je laa....

salam pagi isnin pada yang bekerja hari ni...
pada suri rumah, salam mengemas dan menguruskan rumah tangga.....

10 November 2011

~ Tak Tertahan Lagi ~

Aku memang dah tk tahan lagi ni...
rasa tak tentu arah sangat.... rasa makin lemah urat2 aku....
YaAllah..bantu lah aku....

Aku sebenarnya MENGANTUK tahap suria perkasa hitam ni.....
mata ni dah tak boleh nak bukak..... wah...inikah penangan untuk ibu2 mengandung...lepas lunch hour sure mata dah x boleh nak bukak.... ni tenung skrin pun mata dok terkebil2....

huarrrgghhhhh.....menguap lagi...
nak pg basuh muka lagi.... nak minum nescafe tak boleh.... diharamkan minum sewaktu pregnen ok.... doktor kata nanti ada kesan kat baby... huuuu~~~ gula2 kopiko boleh ker agaknya??


09 November 2011

~ PERMINTAAN TERAKHIR AKU ~

amboi topik...
mcm seram je dengar kan...

tak ada lah.. sebenarnya, aku semenjak 2 menjak ni rasa risau jer... selalu teringatkan kematian... dekat nak bersalin ni macam-macam perasaaan ada...

Ya Allah, panjangkan lah umur aku.... Amin...

pagi tadi aku buat permintaan dengan hubby... nak minta hubby dengan hazeeq teman aku dalam labor room... suami aku macam terkedu jer... mungkin tak sangka or takut nak kata "OK" sebab dia takut darah... hehehe....

acctually, aku memang teringin sangat nak hubby aku dengan hazeeq teman aku bersalin kali ni...entah napa kan... cerewet ker ngader ker....wallhualam....

Kematian tu adalah yang pasti kan... wajar kita mengingati kematian... tapi kalau boleh nak lah mati dalam keadaan baik dan banyak amal yang dibawa...

Tapi, buat masa aku masih nak hidup...disamping orang2 yang aku sayangi sangat2.......

04 November 2011

~ Aku Nak Share Aje Ni ~

Salam semua....

hari ni aku terpaksa cuti lagi...
personal matters... so kene ambil cuti untuk jaga anak-anak...
masuk minggu ni dah 3 jumaat aku terpaksa tuang.... semua sebab tak ada org untuk jaga anak...
walaupun dah hantar surat resign, tapi sikit sebanyak reputasi aku agak tercalar....
seriously aku tension....bukan sebab kene jaga anak...tapi sebab kerja aku banyak belum handover sblm berenti... malu juga pada boss...

so, bedasarkan pengalaman yang ada... pada bakal2 ibu, lebih baiklah serah anak pada taska atau rumah pengasuh kalau anda bekerja...jadi anda akan kurang berdepan dengan masalah terpaksa ambil cuti mengejut untuk jaga anak2...anak2 terlalu penting, jadi walau macam mana pun, kita akan sanggup berkorban dan tebal muka demi untuk mohon cuti untuk jaga anak2.... bagi aku, since aku asyik dapat surat warning tentang kekerapan aku cuti, maka aku terus hantar surat resign.... lebih baik mcm tu daripada asyik kerja 2 minggu cuti 2 minggu.....

haha, ya nampaknya ni sesi meluahkan perasaan tension aku.... entry ni kejap je...nanti aku akan delete...tak tahu nak luahkan pada sapa...nak luahkan dekat hubby takut emosi dia turut tension... yer lah...kadang2 masalah macam ni sang suami nak tahu ker? aduan2 sang isteri.... mungkin pada nya banyak lagi benda lain nak difikirkan....jadi lebih baik aku pendamkan ajer....

tak sabar betul nak pindah tinggal dirumah sendiri... jadi kalau anak2 nak ke ruang tamu x mengganggu orang nak berehat... biasalah anak2 aku 2 hero ni sedang nak membesar...jadi lasaknya tu memang menguji kesabaran...buat masa ni aku kurung je dalam bilik...kalau x ada org kat umah baru aku bawak keluar....nak jerit ker, nak lompat ker...aku tak lah larang sangat....nak larang lebih2 nanti terbantut pulak pembesaran....itu tak boleh, ini tak boleh....kan rasa terkongkong budak2 tu nanti...

salam aidil adha semua...tahun ni aku beraya haji di bukit jelutong jer...tak dapat nk balik kg sebab ada hal nak kene siapkan sebelum menjelang minggu hadapan....

03 November 2011

02 November 2011

~ Berat Badan Turun Tapi Masih Obesiti ~

Aku dah nak bersalin.....tinggal lagi 2 bulan...
Kejap je masa berlalu....

Kali ni aku memang kurang makan sangat...
bukan jaga makan tapi selera memang kurang...
hopefully baby pun kecik lah...x besar sangat macam Alesya dulu...jenuh aku nak push...

Jantina baby ni, ari tu check-up doc kata baby girl... jadi cukup lah anak aku 2 lelaki 2 perempuan...... tutup kilang n fokus pada ekonomi keluarga pulak...

umor tahun depan pun dah 30tahun...
anak 4 org masih kecik2 nih... insyaAllah aku leh manage bila dah benti kerja ni...
walaupun bekerja sendiri kat umah, maka aku kene lah amik maid...aku masak dia kemas...hahahaha

~ X SEMPAT ~

assalamualaikum semua...

lamanya x masuk sini...
x sempat....masa dah suntuk...
sebab jadual teramat busy sebelum menjelang bulan 12 ni...

sempat blogwalking ajer kat blog kawan2 lain...tapi x komen....
Pada yang jengah kat sini.... thank you very much.....

updates  pasal scrapbook, sebenarnya belum start.... belum boleh start... sekarang tengah fokus kat benda lain dulu... gambar yang 600 keping pun belum cuci.... nampaknya ada lagi nak tambah gambar....yer la, tiap minggu ada jer gambar baru aku snap... anak2 pun jap je membesar kan..... kuikuikui...

facebook kat office aku da kene block..kalau x boleh la amik gambar anak2 tempek kat sini....

baca metro hari ni, ada produk baru dari maxis....
namanya KiddyTrack.... khas untuk ibubapa nak mengesan kedudukan anak2... agak menarik ni...tapi kalau letak kat dalam beg x boleh nak kesan anak2 gak - budak2 bukan 24jam bawak beg.... but boleh try dulu kan... aku esok hazeeq n adik2 pun memang plan nak pasang benda2 mcm ni... tapi aku ngan hubby oleh kerana dok tengok CSI dulu, ada 1 episod yang mana ada sistem GPS yang ditanam bawah kulit anak... tu lagi advance.... kuikuikui... di mana sahaja boleh kesan...

haruslah berkunjung kat maxis centre hujung minggu ni nak tanya detail pasal produk ni....call customer service tp lambat sangat org nak jawap...




24 October 2011

~ EDISI SCRAP BOOK ~

Ehem2...
semangat tengah nak buat scrap book ni...
barang2 dah dibeli... tapi belum snap gambor...

hazeeq punya tema merah, hariz tema biru n Alesya tentula tema pink (standard untuk girl)...
Hazeeq oleh kerana dia suker angry bird jadi aku beli le warna merah2...

hariz sebab dia memang aku suka kalo dalam kaler biru...tu pasal aku buat tema biru...

Alesya tema pink ada manik2 sikit... jenuh la aku nak membuatnya....

last2, total gambar nak kene cuci kat kedai ada dalam 600 keping... huahuahua.......
ada sesapa bukak kedai cuci gambar dak? kot2 leh bagi diskaun? ayoyo~~~ pemsan

~ MATA BELUM LELAP ~

Sambil-sambil menemani suamiku yang tengah mencipta logo syarikat kami... aku belum mengantuk.... so luangkan masa kat sini sekejap....

hari ni hujan dari petang hingga ke malam...nasib baik dah bawa anak2 jalan2 pagi tadi... jadi petang duduk di rumah.... oleh kerana lama x pegang kamera DSLR aku...dah berhabuk dah pun..... jadi, masa yang terluang aku snap gambar anak-anak......










sekian untuk hari ini...

jumpa lagi esok...

20 October 2011

~ IDEA NAK BUAT: SCRAPBOOK ANAK-ANAK ~


Idea nak buat scrapbook ni memang dah lama dah..... masa pregnen alesya dulu...tp tak terbuat-buat.... asyik tertangguh jer....

Skrg ni rasa nak buat balik lah... at least nanti org datang umah boleh tengok kan.....

so, kene prepare 4 scrapbook.... 1 anak 1 scrapbook..... haaa....atas tu sample2... agak2 aku nya tangan ni lembut tak buat benda2 seni ni....hahaha...

korang tahu kat mana ada barang2 nak buat scrapbook ni? nak beli yg dah siap selalu x cukup page.... gambar anak2 punya lah banyak...

~ PENGUAT SEMANGAT IBUBAPA~

Masa bujang-bujang dulu, tak terfikir nak bekerja kuat dengan target nak hidup senang...
Rasa cukup lah kalau semua keperluan diri dapat dibeli...

Bila dah kawin, pun tak terfikir nak bekerja kuat sangat...
Rasa cukup lah kalau mampu membeli barang-barang sendiri dan suami...maklumlah baru berdua...
duit yang ada pun berjoli aja.....

Bila dah ada anak sulung, masih di takuk sama... cuma terfikir nak berbisnes tapi tak betul-betul berusaha untuk start bisnes or cari side income... maklumlah...baru bertiga... hehe

selang beberapa tahun...anak dah nak masuk 4...baru terkejar2 untuk membuka bisnes.... rasa mcm masa tak cukup... kalau boleh esok dah nak ada syarikat sdn bhd sendiri.... rasa macam tak sabar2...berkobar2...Kalau boleh sebelum anak-anak masuk sekolah, sudah nak ada semuanya....kadang2 macam angan-angan jer... jadi atau tidak belum pasti...

anak-anak lah punca kekuatan ibu bapa...
punca ibu bapa berusaha gigih kearah memantapkan ekonomi keluarga...
untuk kesenangan anak-anak... tak mahu anak-anak ketinggalan dalam kesenangan hidup..
yang penting, tak mahu anak-anak rasa apa kesusahan ibubapa masa kecik-kecik dulu...

Rezeki Allah tu luas sesuungguhnya...
Bila tertutup satu jalan, tak bermakna semua jalan dah tertutup untuk kita...
Harus ada usaha...baru dapat hasilnya...

Dalam masa yang sama,
tak mahu juga anak-anak terlalu mewah dengan kebendaan...
tapi bila duit dalam tangan melimpah ruah,
rasa tak sampai hati kalau tak dapat penuhi kehendak anak-anak....

18 October 2011

~ Satu Hari Yang Gembira ~

Semalam, aku dipenuhi dengan soalan2 dari suami dan anak teruna sulung....



macam hari bertemu pelanggan pulak rasanya... Tambah pelanggan kecik tu yang macam mesin pertanyaan yang tak boleh nak berenti bertanya...kecuali time dia tido baru sunyi...harharhar.... budak2 nak membesar memang soalan banyak kan... maka mummy nya kene lah prepare jawapan yang munasabah...sebab jawapan yang kita beri tu nanti dia ingat sampai ke sudah....

anak no 2 baru berlajar bercakap...  asyik sebut kapal terbang je...minum susu sebut "nak lerk" apa yang leh kait ngan susu pun x tau...haha..so kalau dengar dia merengek sebut "lerk...lerk.." maknanya nak susu... wahaha...


Alesya plak... sekarang dah nak berjalan...gigi baru tumbuh 2 batang... budak ni good jer mood dia.... jarang buat perangai...kecuali bila lapar or ngantuk.....

Hubby plak sekarang semangat nak join business shipping... dia dah nampak bidang shipping ni boleh buat income...cuma kene rajin...sekarang aku dok bagi tutorial kat dia la... terangkan semua berkaitan bidang shipping... so far nampak dia memang semangat.... so boleh lah dia join aku berenti kerja..haha...

best duduk rumah..layan anak2...buat tugas sebagai ibu dan isteri... memang satu hari yang menggembirakan.....so, memang tak menyesal nak berhenti kerja ni... berkobar-kobar lagi ada lah....


17 October 2011

~ STEM CELLS BABY, SAPA ADA BUAT? ~

Salam singgah petang,

Kali ni pregnen, aku terfikir pasal StemCell ni...

Ada sesapa dah buat? ada buat sedikit research tapi x ada info pasal cost in details....

Anyone???

Bawah ni petikan tentang Stemcells ni yg di ambil dari blog: http://www.stemlife.com/malaysia/blogs/englishblog.html 

“Orang ramai terutama ibu bapa perlu membuang jauh-jauh sangkaan anak mereka tidak akan diserang penyakit bahaya seperti leukemia dan beranggapan mereka akan sihat sepanjang hayat. Jangan berbicara mengenai barah, bagaimana dengan penyakit kronik lain yang sering kelihatan menyerang kanak-kanak seperti celebral palsy atau talasemia?


“Ia tidak bermakna kita meminta anak mendapat penyakit tetapi jika itu berlaku, kita sudah bersedia menghadapinya. Jadi, tiada ruginya menyimpan darah tali pusat kerana besar manfaatnya kepada anak itu sendiri atau mungkin juga kepada adik beradiknya.



“Kemajuan pesat dalam bidang perubatan sudah menunjukkan kajian potensi bagi merawat penyakit seperti cerebral palsy dan diabetes type I dan sudah membuktikan penyakit seperti leukemia, talasemia serta anemia berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat,” tegas Pengarah Eksekutif Syarikat Bank Darah Tali Pusat Pertama, Prof Dr Aw Tar Choon.



Bagi tujuan itu, amat penting ibu bapa mendapatkan penerangan sejelas-jelasnya mengenai prosedur pengambilan dan penyimpanan darah tali pusat yang dijamin tidak menyakitkan, jauh sekali membahayakan ibu dan bayi.



Syarikat yang ditemubual adalah syarikat perbankan darah tali pusat pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Ia juga syarikat swasta yang pertama menyediakan sel stem daripada darah tali pusat untuk pemindahan tulang sum-sum bagi tujuan rawatan leukemia pediatrik dan syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Institusi penyelidikan untuk mengkaji sel stem dewasa dari saluran darah untuk kegunaan dalam rawatan masalah berkaitan darah, sakit jantung, ulser kaki dan kecederaan serta trauma bersukan.


Syarikat Kami kini, katanya mempunyai lebih dari 30,000 pelanggan rakyat tempatan dan 10 peratus daripada jumlah itu ialah orang Islam.



“Saya sedar kebanyakan orang Melayu masih agak was-was mengenai perkara ini. Kebanyakan mereka membasuh dan menanam uri serta tali pusat selepas bayi dilahirkan. Namun kesedaran di kalangan mereka mengenai kebaikan menyimpan darah tali pusat semakin tinggi dan semakin ramai orang Melayu menggunakan khidmat kami termasuk golongan selebriti.



“Malah di Emiriah Arab Bersatu, bank darah tali pusat sudah ditubuhkan beberapa tahun lalu di Sharjah atas pembiayaan kerajaan,” katanya. Beliau juga berkata, orang Melayu perlu lebih prihatin mengenai perkara itu kerana kesukaran mendapatkan penderma bersesuaian jika berdepan masalah kesihatan



“Orang Cina misalnya boleh mencari penderma bersesuaian di Taiwan atau Amerika Syarikat tetapi orang Melayu sukar berbuat demikian. Sumber mereka agak terhad. Jadi, lebih baik bagi mereka membuat persediaan awal dengan menyimpan darah tali pusat.


“Malah dengan berlakunya perkahwinan campur dalam masyarakat kita, sewajarnya penyimpanan darah tali pusat perlu diberi pertimbangan serius,” katanya.



Prof Aw berkata, banyak faedah menyimpan darah tali pusat berbanding mengambil sel stem pada peringkat dewasa kerana selain selamat dan tidak menyakitkan, ia bebas daripada sebarang penyakit seperti Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS) atau influenza manakala risiko penolakan juga rendah.



“Orang dewasa yang tidak berkesempatan menyimpan darah tali pusat masih boleh menjalani kaedah pengambilan sel stem tetapi prosesnya panjang dan kosnya lebih tinggi.


“Jadi, untuk apa kita membazirkan wang jika kaedah penyimpanan darah tali pusat tersedia pada kos jauh lebih murah, kaedah pengambilan yang langsung tidak menyakitkan dan dijamin selamat.



“Jangan mensia-siakan kepesatan teknologi perubatan dengan mengambil ringan kepentingan menyimpan darah tali pusat. Jika tidak kerana anak sendiri, fikirkan apa ia boleh buat kepada orang lain.



“Bagi saya itu juga satu bentuk sumbangan kepada masyarakat. Kajian awal ke atas sel stem dewasa menunjukkan ia sudah hampir sampai ke peringkat mampu merawat penyakit hati dan kardiovaskular. Saintis masih berusaha keras menjalankan kajian lanjut sebelum boleh mengumumkan kejayaan mereka.



“Namun seperti saya tegaskan tadi, proses dahulu kala pengambilan sel stem dari tulang sum-sum adalah proses menyakitkan dan mahal. Darah tali pusat juga terbukti dapat memberi kesan sama dengan sel stem tulang sum-sum dalam merawat banyak penyakit berkaitan system darah kanak-kanak. Jadi, saya tidak nampak sebab untuk kita memandang remeh perkara ini,” katanya.



Syabas BH. Saya berharap pihak media akan sentiasa melaporkan perkembangan terkini dalam bidang sel stem yang rancak dipraktikkan di seluruh dunia.

Apa pendapat korang????

~ Sangat Teringin Tapi...Melepas ~

Aku sangat teringin nak makan Quarter Pounder .... wahhh.... memang x leh tahan...dari semalam nak makan tapi area Bukit Jelutong tak ada McD Delivery...... tension sekejap.... alih2 hari ni store berdekatan TUTUP pulak!!!! hampehnyer......

pastu,



semalam teringin nak makan SATAR...... isi ikan tu... sedapnya.... tapi round2 around the planet tak jumpa la...pasar malam pun x ada jual...haduiiiii......meleleh la air liur anak dalam perut nih.....

15 October 2011

~ LAMANYA TAK KE SINI ~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN-KAWAN...

LAMANYA TAK MASUK SINI...
BUSY SANGAT-SANGAT KEBELAKANGAN NI...

AKU CUTI SEMINGGU MINGGU LEPAS... IBU SAUDARA HUBBY MENINGGAL... SAKIT KANSER PANGKAL RAHIM....MUDA LAGI...DALAM 51 TAHUN..... MARI KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH.... TERIMA KASIH....

AKU INGAT LEPAS BERSALIN NANTI...DAH ABIS TEMPOH PANTANG AKU NAK PG BUAT CHECKUP LAH.... DULU DOKTOR ADA CAKAP, PAP SMEAR PENTING UNTUK SEMUA WANITA... KALAU MCM AKU BERSALIN NORMAL DAH NAK MASUK 3 KALI NANTI NI RASANYA DAH PATUT BUAT.... ERM...ADA SESAPA YANG PERNAH BUAT UJIAN PAP SMEAR TAK? SAKIT KE? LAMA TAK? HADOI...KALAU ADA GENG YANG NAK PG BUAT UJIAN NI KAN BEST..TAK LAH GERUN SANGAT............ADA TAK YANG NAK PERGI RAMAI2 BUAT UJIAN NI? JOM3... HUHUHU~~

AKU LAGI SEBULAN DAH X KERJA...KEBELAKANGAN NI SIBUK SETUP COMPANY DENGAN SUAMI....BERKAITAN DENGAN SHIPPING.....ALANG2 AKU ADA PENGALAMAN BIDANG SHIPPING, RASANYA AKU AKAN BEKERJA DARI UMAH NANTI....DOAKAN AKU BERJAYA YER.... HUBBY PUN TERUJA NAK MASUK BIDANG SHIPPING...... SERONOK PULAK BILA FIKIR KAMI AKAN SAMA-SAMA BEKERJA...... ALHAMDULILLAH.....

08 October 2011

~ Mimpi Mainan Tidur Atau Petanda ~

Assalamualaikum dan salam sabtu...

Hari ni mood agak kurang bagus kat office ni... macam biasa lah..kerja hari sabtu...x pernah ikhlas...

Eh! nak bercakap pasal mimpi...
Semalam aku mimpi bb dalam perut ni kepala nya dah keluar...hohoho~~~ mengucap aku... macam real yer siap aku leh rasa kepanasan kepala bb... (BB baru nak keluar ke dunia kalo pegang kepala nya kan suam2 gitu, doktor selalu bagi sentuh untuk kuatkan semangat ibu nk "push" bb keluar)...

apa agaknya maksud mimpi tu kan...
atau hanya mainan perasaan sebab aku asyik tangguh nak checkup latest bb kali ni....
Ya Allah, semoga bb selamat dalam perut ni..... i luv u bb....abang2 dan kakakmu x sabar nak jumpa...mummy n daddy too...

Mimpi ni org kata mainan tidur.. tapi kalau mimpi2 di waktu tertentu ianya membawa makna, petanda sebagai peringatan...

contohnya, dulu sebelum arwah adikku meninggan (kira2 7 hari sebelum beliau meninggal), aku bermimpi selepas solat zohor... bermimpi ibu arwah (ibu tiri aku) bertanyakan kepada aku " kalau ijoi mimpi tulang selangka patah apa maknanya ye angah" ... dalam mimpi tu aku x jawap, tetapi arwah yang jawab "maknanya org hidup dah tak lama lah mak"... aku terus terjaga lepas tu... dan terus diserang demam panas... maka benar, seminggu selepas tu, awrah nazak dan meninggal... Al-fatihah.....lepas tu aku sedikit sebanyak agak mempercayai bahawa mimpi bukan semuanya mainan tidur...

Sama lah kalau tengah kesempitan wang di tengah2 bulan...... sebelum menduduikan anak2 tidur aku selalu baca al-fatihah dan ayat kursi (banyak kali hingga 1 jam kdang2 nak bagi anak2 betul lena)... maka kadang2 kita selaku ibu ni, hatta bapa pun, bila agak kesempitan wang perkara pertama ialah macam mana nak memenuhi keperluan anak-anak....... memang termimpi2.... selalunya mimpi yang datang lepas tu ialah mimpi berkaitan lautan atau sungai bah..... memang selang sehari dua, aku atau suami menerima durian runtuh yang tak pernah di sangka.... Alhamdulillah.... durian runtuh tu tidak lah dapat macam tu sahaja, setelah lama berusaha tapi x sangka dapat waktu betul2 tengah kesempitan wang....

Semalam, oleh kerana aku x sempat makan gara2 terlena sekali semasa mendodoikan anak2....maka aku terjaga segala makanan dan lauk dah "clear"...dalam pukul 10mlm... jadi aku agak hot semalam.... kelaparan amat...maka secara x sengaja aku bersikap kurang ajar dengan suamiku... hingga suamiku terasa hati... Ya Allah...rasa bersalah sangat....maka aku pun buat lah air nescafe ais untuk ambil hati beliau... tapi x terpancul perkataan MAAF dari mulut aku.... maka tidur malam tu aku mimpi dipanah petir.....waaaaaa....takut dan terkedu aku... terus bangun malam2 dan cium dahi suami aku....

sesungguhnya bukan semua mimpi mainan tidur...

ada juga mimpi yang memberi peringatan kepada kita...

05 October 2011

~ Seronok Kalau Banyak Duit ~

Seronok kan kalau banyak duit..
mak selalu kata, duit tak menjamin kebahagiaan...betul tu...
tapi zaman sekarang kalau x ada duit memang susah nak teruskan hidup...terutamanya kalau dah ada anak-anak kan... sebab tu org sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit lebih...

aku dalam nak berenti kerja ni, risau juga kalau menyusahkan hubby nak sorang2 cari income... maka start sekarang ni aku  nak kene cepat2 cari cara untuk dapatkan extra income. Anak dah 4 nih...huhuhu~~~ tapi aku yakin rezeki tu ada dimana-mana... hatta menjual nasi lemak kalau ikhlas buat dan sedap, tentu boleh menjana income yang banyak...cuma kene rajin berusaha kan... hehehehe..

beruntung pada anak2 yang dah dilahirkan dalam keluarga yang berduit... masa depan insyaAllah cerah kan...




04 October 2011

~ Boleh ke ni ~


Mood aku sama mcm dalam gambar kat atas...nak nangis... kerja bertambah2 berlungguk...dah x nampak rupa meja... haih mentang2 lah aku dah hantar surat berenti kerja, xkan nak aku siapkan kerja macam robot kot... kot yer pun bagi lah aku siapkan yang mana penting dulu....

nak compile drawing pun aku...nak cari certs yang korang tak jumpa pun aku...abis staff lain buat apa? aku tengok asyik main facebook ajer...main internet n pergi toilet berjam2....memang patut la aku nekad nak berenti... tawar hati nak kerja sini....

hujung minggu ni nak jumpa owner rumah...nak bayar deposit dan ambil kunci rumah...boleh lah start beli perabot dan masukkan perabot sedia ada...
hah!! nk kene cari lori plak....banyak kerja nak kene buat bila pindah ni... harap2 jangan lah aku bersalin awal tahun ni...kalau tak memang kelam kabut lah nampaknya....2 tahun berturut2 aku bersalin x cukup bukan...awal sebulan dan awal 2 bulan.... hope tahun ni bersalin cukup2 bulan lah...hehehehe....

kan best kalo kenal mana2 blogger yang ada buat bisnes perabot ni....x yah nak terjah kedai ke kedai...nak beli kat ikea xmampu lah....membazir plak rasa sebab kos pemasangan tu tinggi sangat... lagipun, nak cari perabot biasa jer...janji selesa dan cantik....

Erm, nak tanya sikit...kalau ada sudi nak jawap... kalau nak beli peti ais brand apa yang bagus dan x berapa mahal yer?? buntu lah... ingat nk beli LG tapi ada org kata LG x bagus...tak tahan lama.... macam mana yer?? korang pakai brand apa? ada yang boleh rekomen x? plss.... :)

mesin basuh dah pilih... pilih yang biasa janji leh basuh baju...kuikuikui... baju hubby ingat nak basuh tangan...takut rosak baju dia nak pakai kerja....untuk baju harian ni basuh guna mesin biasa dah okey....

lepas dah hantar barang2 ni... rasa lah lega sikit... baru tenang nak tempuh alam persediaan untuk bersalin.....hahahahaha...


03 October 2011

~ Aku Dah Jumpa dan Dah Confirm~

Assalamualaikum...

dah jumpa apa? hehhehe...dah jumpa rumah baru untuk keluarga kecik aku...
kat area kota kemuning... walaupun tak seberapa, tapi rasanya tak sabar sangat nak pindah...

ada sesapa warga kota kemuning dak kat sini...hehehe...kot2 la boleh buat kawan...hehehe... rumah ni umah townhouse...kat area Lagoon Villas, kota kemuning....selesa lah untuk kami 5 beranak nak tinggal... berkenan rumah townhouse ni sebab security agak ketat dan hanya ambil warga malaysia untuk jadi guard...

kalau ok kat situ, ingat lepas 2 tahun nak beli....huhu~~

semalam nak snap gambar tapi segan pasal owner tu ada...dok tanya itu ini... kalau agent je aku memang dah snap2 dah...anak2 pun suka rumah tu sebab mcm selesa jer... bilik 4 + 1 ada stor room, barhroom ada 3...2 atas 1 bawah....

so, mula planning nak cari side income dari rumah... kalau ok hubby bagi green light untuk terus jadi surirumah sepenuh masa... best2... kerja kemas umah aku gantung pada main lah kot...kerja uruskan anak2 dan memasak aku take over...wah2... lepas ni penuh la blog aku pasal aktiviti memasak kan... ntah sempat x kan nak update blog yang x seberapa ni...maklumlah nanti bulan 1 ada new member dalam family kami.... baby baru la... hohoho~~~ insyaAllah boleh......

tadik dah confirm dengan owner kami nak masuk pindah bulan 11 ni... tapi start duduk bulan 12 sebab bulan 11 tu nak siapkan pemasangan aircond dan perabot2... ada sapa2 kat sini buat bisnes jual aircond? saya nak beli dalam 5 aircond 1HP... kalo ada sila lah contact saya yer...huhu~~

30 September 2011

~ Selangor Vs Singapore ~ sapa nak tiket free??

Oleh kerana company aku adalah main sponsor untuk bola sepak selangor, maka aku ada lah dapat sedikit tiket free...

tapi x dapat nak pg..dan suami pun x minat bola...

sapa nak 3 tiket free boleh cepat2 sms aku 0123274636... perlawanan esok malam... kalau korang nak esok mai amik kat opis aku...

~ free jer ~

~ Aku Bebas ~

Hari ni, macam yang aku agak, aku dapat notice sebab bad attendance... wah... terkedu jugak lah dan padan muka jugak lah... nak salah kan company pun x boleh sebab memang kedatangan aku teruk bulan ni...

Jadi, aku pun terus lah menulis Surat Berhenti Kerja berkuatkuasa hari ini... jadi bulan november aku last day kat sini... alhamdulillah, rasa tenang sangat... nanti nak kene cari lappy satu untuk update blog dari umah... kalau ada masa lah kan...

sapa kat sini surirumah sepenuh masa?? selalunya apa korang buat untuk cari side income yer...

29 September 2011

~ Assalamualaikum semua, apa cerita?? ~~

Assalamualaikum...
lamanya tak masuk sini... x sempat nak menulis or jenguk blog kawan2...
cuti panjang dari minggu lepas... anak2 sakit sekaligus 3 org... then diikuti oleh adik ipar sakit hingga kene tahan kat ward, mak mentua tido kat hospital sebab nak jaga adik ipar...jadi cuti pun meleret-leret..

Sepanjang cuti kali ni, sempat berborak dengan hubby... aku rasa confirm lah nak berhenti kerja tahun ni...maka last aku kerja sini hingga bulan 12 sahaja...alhamdulillah... sebelum ni 50-50 nak berenti, tapi kali ni suami dah beri galakan untuk aku berenti dan jadi surirumah sepenuh masa... dengan bersyarat.... aku kene start business apa2 sambil2 duduk rumah... jadi dalam kepala terpk nak cepat start PLUS SIZE butik online aku...tapi material belum cukup nih..sambil2 tu maybe nak jual makan2..lauk pauk...nasi campur... bukan aku jaga, ambil pekerja cambodia seorang...

Oh ya, kalau ada sesiapa nak cari maid cambodia yang boleh berbahasa melayu dan beragama islam, boleh lah inform saya... kebetulan sekarang join dengan kawan untuk bekalkan pekerja asing... charge tak semahal agency pekerja asing... harga confirm di RM4500. Termasuk permit sekali.... Kami buat ni sah punya ya, bukan secara tipu2.... sebarang pertanyaan boleh email saya di snz_enterprise@ymail.com

Oh ya, gambar2 raya yang dah recover semula dah ada.... tapi tak dapat nak upload banyak2 yer...takut kang berat plak page ni...hehe



 hazeeq badmood jer raya pertama...asyik main PSP jer...

 masa ni alesya ngan hariz tido.... diaorg time tido mesti kene tido kalau tak bad mood...








hariz baru bangun tido, terus makan kerepek...

gambar mummy dengan hariz banyak yang x pakai tudung... jadi tak leh nak letak sini...hehe..raya ari tu semua anak2 aku x sihat...diserang selsema...jadi mood diaorg beraya kurang, kecuali hariz jer...dia suka tawaf umah atoknya...hehe..hazeeq plak, asyik ngan PSP....geng dengan daddynya....



22 September 2011

~ Dah Berjaya Recover Gambar Raya ~

Alhamdulillah, akhirnya berjaya recovery.

Banyak software yang tipu...dia dah scan balik tapi bila nak recover nanti kene beli software.

hanya satu software yang free 100%, Nama software: Zero Assumption Recovery.

tapi abis segala gambar dahulu kala di scannyer...yang mana dah delete semua dia recover balik...

21 September 2011

~ DOA KAN SAYA YER ~

Harini aku datang kerja dengan rasa berat hati...
Sebab apa?
Sebab hazeeq demam...start semalam... demam agak teruk sampai menggigil badan..pagi ni dah ok sikit...suam2...
Hazeeq ni semalam nak bawak pg jumpa doktor tapi dia punya takut sampai menangis dan menggelupur (meronta-ronta tahap x boleh nak handle)...
Jadi aku beli ubat sirap panadol.... lepas makan nampak ok... tak berapa panas badan dia.... tapi time tidur suhu macam naik semula... risau betul...
Oleh kerana semalam aku dah ambik cuti, maka hari ini aku kene kerja..tak dapat cuti sudah... dek kerana cuti annual leave pun dah habis...

Dalam tengah buat kerja ni, hati gundah gulana...
nasib baik call rumah tadi, MIL kata ok dah sikit cuma dia merengek jer..xsedap badan kot...

kawan2, tolong doakan anak saya sembuh ya... risau jugak sebab dia lama x demam.. semalam sampai terketar2 plak...

Tq

12 September 2011

~ Gambar Lepas Raya ~

Pagi ni baru berkesempatan nak cuba recover image yang dah terdelete...tengah download software... mula2 tadi dah cuba link yang ke 3, tapi software tu tak boleh direct read dari camera...card reader pulak tak bawa... so now progress tengah tun link ke 2. Korang ada yang dah cuba tak?






Gambar Mak Mentua dengan anak2ku... ni gambar masa kat hotel kami menginap.... raya ke 4 ni...
















sesambil tu, nak letak gambar anak2 ...fotoshot semalam dalam bilik jer...kuikuikuikui.... jom layan...

Jejak Jari