Jom Kita Kawan!!

08 October 2011

~ Mimpi Mainan Tidur Atau Petanda ~

Assalamualaikum dan salam sabtu...

Hari ni mood agak kurang bagus kat office ni... macam biasa lah..kerja hari sabtu...x pernah ikhlas...

Eh! nak bercakap pasal mimpi...
Semalam aku mimpi bb dalam perut ni kepala nya dah keluar...hohoho~~~ mengucap aku... macam real yer siap aku leh rasa kepanasan kepala bb... (BB baru nak keluar ke dunia kalo pegang kepala nya kan suam2 gitu, doktor selalu bagi sentuh untuk kuatkan semangat ibu nk "push" bb keluar)...

apa agaknya maksud mimpi tu kan...
atau hanya mainan perasaan sebab aku asyik tangguh nak checkup latest bb kali ni....
Ya Allah, semoga bb selamat dalam perut ni..... i luv u bb....abang2 dan kakakmu x sabar nak jumpa...mummy n daddy too...

Mimpi ni org kata mainan tidur.. tapi kalau mimpi2 di waktu tertentu ianya membawa makna, petanda sebagai peringatan...

contohnya, dulu sebelum arwah adikku meninggan (kira2 7 hari sebelum beliau meninggal), aku bermimpi selepas solat zohor... bermimpi ibu arwah (ibu tiri aku) bertanyakan kepada aku " kalau ijoi mimpi tulang selangka patah apa maknanya ye angah" ... dalam mimpi tu aku x jawap, tetapi arwah yang jawab "maknanya org hidup dah tak lama lah mak"... aku terus terjaga lepas tu... dan terus diserang demam panas... maka benar, seminggu selepas tu, awrah nazak dan meninggal... Al-fatihah.....lepas tu aku sedikit sebanyak agak mempercayai bahawa mimpi bukan semuanya mainan tidur...

Sama lah kalau tengah kesempitan wang di tengah2 bulan...... sebelum menduduikan anak2 tidur aku selalu baca al-fatihah dan ayat kursi (banyak kali hingga 1 jam kdang2 nak bagi anak2 betul lena)... maka kadang2 kita selaku ibu ni, hatta bapa pun, bila agak kesempitan wang perkara pertama ialah macam mana nak memenuhi keperluan anak-anak....... memang termimpi2.... selalunya mimpi yang datang lepas tu ialah mimpi berkaitan lautan atau sungai bah..... memang selang sehari dua, aku atau suami menerima durian runtuh yang tak pernah di sangka.... Alhamdulillah.... durian runtuh tu tidak lah dapat macam tu sahaja, setelah lama berusaha tapi x sangka dapat waktu betul2 tengah kesempitan wang....

Semalam, oleh kerana aku x sempat makan gara2 terlena sekali semasa mendodoikan anak2....maka aku terjaga segala makanan dan lauk dah "clear"...dalam pukul 10mlm... jadi aku agak hot semalam.... kelaparan amat...maka secara x sengaja aku bersikap kurang ajar dengan suamiku... hingga suamiku terasa hati... Ya Allah...rasa bersalah sangat....maka aku pun buat lah air nescafe ais untuk ambil hati beliau... tapi x terpancul perkataan MAAF dari mulut aku.... maka tidur malam tu aku mimpi dipanah petir.....waaaaaa....takut dan terkedu aku... terus bangun malam2 dan cium dahi suami aku....

sesungguhnya bukan semua mimpi mainan tidur...

ada juga mimpi yang memberi peringatan kepada kita...

3 comments:

ibuintan said...

tahniah Zura... bila tarikh bersalinnya tu?

moga selamat semuanya, insyaallah jangan risau.. mimpi mainan tidur

Puan Kutu said...

setuju..kadang2 manusia boleh berubah sekelip mata hanya kerana mimpi..mimpi tu juga kadang2 medium perubahan yg lebih baik. Allah boleh beri petunjuk dlm mimpi..kadang2 mainan tidur..

aNaYaNa said...

betul..bukan semua mimpi mainan tidur..tengok pada keadaan..kadang2 mimpi tu jadi petunjuk..setengah orang bermimpi yang indah2 bermakna ada perkara buruk akn berlaku..wallahualam..

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!