Jom Kita Kawan!!

23 March 2013

KHASIAT GARAM SELAIN UNTUK MASAK - Info Menarik

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah

21 March 2013

Bila Anak Jatuh.......

Pengalaman pertama anak jatuh sampai luka besar... sambil sedang berehat lepas makan, dikejutkan dengan tangisan anak sulung, Hazeeq.. jatuh semasa lari2 di tangga... maka luka lah sudah kaki dia....ingatkan tak ada apa-apa sebab dia senyap je...

 lepas husband tengok terus dia menjerit "YA ALLAH LUKA"... aku pun memang terkejut amat... rasa berdebar je dada... sebenarnya luka tak dalam mana... tapi sebab 1st time dia luka teruk sampai darah macam tu... 

Kalut kami anak beranak bersiap nak bawak dia pergi klinik... dalam masa tu lagi teruk dia nangis bila dengar kami nak bawa dia ke klinik... terus cakap tak sakit... aku dulu-dulu masa kecik memang kalau luka macam tu tak ada pergi klinik... biar lah baik sendiri jer...maklumlah masa kecil-kecik dulu terabai dek kerana tak ada ibu kandung... huhuhu~~~

Macam tu lah bila dah jadi ibu bapa ni kan... memang gelabah sangat bila sesuatu jadi kat anak-anak... walaupun jatuh sikit...Tapi hazeeq petang hari yang sama dia terus lari-lari join adik Hariz dia... ada lah duduk diam kejap dalam 1 jam. Tapi bila adiknya umpan, terus dia join lari-lari walaupun terjengket-jengket...

semoga Allah sentiasa melindungi anak-anakku... Amin...

10 March 2013

MANIK LAGI...









sapa nak tempah boleh email saya yer.. adik saya yang jahit ni.. tapi kene cepat sebab bulan 5 dah x ambik tempahan... tq

06 March 2013

TUDUNG MANIK UNTUK DIJUAL

Limited - saya tolong adik jual



kalau berminat email saya: zura@snzss.com.my 
atau sms 0123274636

Tq

Jejak Jari