Jom Kita Kawan!!

30 January 2012

Tersentuh Hati

Masa berjalan ke Mydin petang tadi, aku ternampak seorang makcik tua tengah berjalan sambil membawa bungkusan keropok ikan untuk dijual. Muka makcik tu nampak keletihan, agaknya dah seharian dia cuba menjual keropok tersebut..Oleh kerana aku nak cepat membeli barang, maka aku jalan agak laju melintasi makcik tu...

Masa keluar dari Mydin, nampak makcik tu masih ada kat sana.. sambil meminta org untuk membeli. Aku sambil lalu disapa oleh makcik tu, agak tersentuh dengan ayat nya "tolong lah dik, beli satu pun jadi lah" tapi aku time tu hanya senyum kat makcik tu... sebab tengah bawak barang di kanan kiri, tengah dukung Alesya ditangan kanan. Maka memang tak berhenti bila disapa makcik tu... tapi sempat lihat mukanya semasa senyum tu...muka keletihan. Bila masuk kereta baru rasa bersalah amat, berapa lah sangat harga keropok tu kalau nak dibeli, berbanding tiap2 petang aku beli ayam uncle bob yang beharga RM5.50 setiap satu...

Masalahnya, aku dah banyak kali beli keropok-keropok tersebut...semuanya belum tergoreng... penuh dalam kainet dapur...Tapi masa menceritakan pada hubby, hubby pesan, tak salah kalau beli satu...anggap satu sedekah... erm... insyaAllah aku beli klau jumpa dia lagi...

Sekurangnya makcik tu gigih mencari rezeki, walaupun dengan cara payah macam tu, sekurang2 nya dia tak meminta sedekah tanpa berusaha terlebih dahulu...maka kita kena bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang kan... tak perlu merungut kalau income sedikit sebaliknya terus berusaha memperbaiki keadaan.

28 January 2012

OUR 2012 NEWLOOK!!! CUTE TAK??









BICARA SEORANG SUAMI

Bila hubby tengok perempuan cantik tak bertudung, panjang saja jelingan nya...tambah pula kalau cantik, freehair dan seksi... sebagai isteri memang rasa macam tertusuk kat hati...

jadi bertanyalah kepada hubby, kalau dia suka lihat benda2 mcm tu, kenapa x izinkan isteri berpewatakan seperti itu...maka hubby pun jawap, walaupun dia suka apa yang dilihatnya, tapi TIDAK mungkin dia akan membenarkan aku berpewatakan sedemikian kerana apa yang tak patut dilihat oleh orang lelaki lain, tak mungkin dia benarkan isterinya menayang sesuka hati....

Aku terus terdiam... abis, kalau mcm tu kat rumah lah aku kene bersolek, pakai seksi2 dan kene buat rambut lawa2... Alhamdulillah suami aku berfikiran mcm tu...syukur...

p/s: DALAM HATI TETAP X PUAS HATI SEBAB DIA SUKA TENGOK PEREMPUAN SEKSI.... APA NAK BUAT????

27 January 2012

PESANAN NURSE DAN DOC LEPAS BERSALIN

Yang dinasihatkan kepada aku:-

1. Jangan stop breastfeed terlalu awal.

2. Cepat2 pakai perancang kehamilan. Time sesuai ialah setelah rahim kecut - selepas 40 hari mcm tu

3. Jangan takut nak cuci tali pusat bb dengan ubat yang hospital bagi... baby nangis sebab ubat tu sejuk bukan sebab sakit...

4. Lain kali kalau mengandung lagi, jangan minum AIR SELUSUH, biar bersalin sendiri.. katanya air selusuh akan menyebabkan bb keluar awal dari sepatutnya sedangkan pintu (jalan keluar bb) belum terbuka banyak...

5. Jangan takut buang air besar walaupun selepas bersalin sebab nanti akan jadi penyebab buasir.

25 January 2012

Cabaran Baru, Kuatkan Azamku

Assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis kat sini. Kesibukan melampau sejak bersalin. Ditambah pula berebut lappy dengan putera-putera gara-gara mereka nak tengok upin dan ipin...

Macam mana cuti baru2 ni? Mesti banyak aktiviti best2 kan. Aku macam biasa melakukan aktiviti bersama anak2 tersayang. Sejak dapat anak ke 4 ni, bertambah waktu berjaga... kurang sudah waktu tidur... hehehe...

Balik kampung baru-baru ni memang mencabar... dengan anak2 yang masih kecik dengan kerenah masing2... hujur anak sulung agak matang sikit... lagipun dia duduk didepan dengan daddy... kuranglah meragam...kami kat belakang macam ikan sardin...hehe.. nasib baik time tido diaorg tak meragam... lama gak la memasing tido... tapi time jaga sekali gus... memang pening...bukan merungut dengan anak2..mungkin mereka xselesa... kereta persona kami tu kecik aje... maka aku dah pasang angan2... tahun ni nak tukar kereta... mohon pada Allah rezeki kami ada...

Cabaran bila kembali ke rumah... macam biasa oleh kerana kami tak jadi pindah lagi, maka anak2 banyak kene abiskan masa berkurung di dalam bilik...atau erti kata lain tingkat atas sahaja...kalau turun ke tingkat bawah, nanti abis bersepah dan mengganggu org nak berehat... maka aku "terpaksa" mengurung mereka sementara nak pindah ke rumah baru.... sekali lagi aku mohon pada Allah semoga kami dapat rumah yang dicari secepat mungkin... amin...


06 January 2012

~bukan Plan Aku~

Bila org tahu tarikh lahir anak aku yang ke 4, org dok tanya memang plan ke aper? aku bersalin normal, mana boleh plan-plan.... kalau melalui pembedahan mungkin boleh lah dikatakan plan... kalau ikut aku, nak bersalin bulan 1... sekurangnya sama bulan dengan hubby... Tapi tak kisah lah apa tarikh lahir anak-anak...yang penting mereka lahir dengan sihat walafiat....

malam krismas tu, aku terkejut jugak.. rasa sakit nak bersalin tu aku rasa sejak pukul 10.. kalau nak tahu macam mana aku boleh agak aku nak bersalin, tandanya perut sakit macam nak buang air besar, tapi ulang alik toilet 10 kali still tak berak... tu maknanya dah nak bersalin...

aku sampai kat hospital, jalan dah buka 5cm, terus masuk bilik bersalin... mujur ada sorang doktor tunggu...saat anak aku keluar, sorang pun tak jangka dan tak ready...siap pesan kay aku jangan push lagi sebab jalan belum buka sepenuhnya...masalahnya diaorg belum check bukaan yang terbaru... oleh kerana aku memang dah yakin anak aku nak keluar, aku terus push... memang sah2 dah sampai masa untuk push....nasib baik aku tak tahan ikut arahan diaorg... alhamdulillah senang je anak ke 4 keluar... tak kene gunting tapi still kene jahit sebab ada luka di dalam..... nurse tu jahit tak letak ubat bius.... sakit giler.......

nanti sambung cerita, anak2 dah bangun dari tidur....

Jejak Jari