Jom Kita Kawan!!

29 July 2011

SELAMAT DATANG

Bestnya dah nak puasa...
Tahun ni walaupun pregnen, aku berazam nak try puasa penuh...
3 tahun lepas berturut2 tak dapat puasa penuh kerana sarat dibulan puasa...hehehe...
Tahun ni, insyaAllah nak puasa penuh...amin...

Bila sampai bulan puasa ni, x sabar juga nak ke bazar ramadhan...
dapat tengok macam-macam makanan, lauk pauk... yang susah nak jumpa waktu hari biasa mesti senang nak jumpa.... menu yang aku tunggu2 setiap kali bulan puasa ialah NASI KERABU.... huhuhu~~ sedapnya nasi kerabu...makan dengan budu dan daging bakar.....

Oh yea, semalam dah beli buah kurma...tapi dah nak habis dah...
hehe...sedap buah kurma, sebijik 2 rasa x cukup...
tambah pula org kata ibu mengandung bagus makan buah kurma...
banyak vitamin selain bagus untuk kesihatan baby.....
aku dah test kat anak-anak...alhamdulillah...kulit bb memang jadi cantik dan susah nak kene ruam...
kawan aku plak, dia start makan kurma dari awal mengandung...anak dia punya kulit gebu n cantik sangat....

ok lah, nak lunch dulu...laparrrr....

Selamat datang Ramadhan...

28 July 2011

HAMPER - PROJEK RAYA 2011

 
 RM200.00

 RM120.00

RM120.00

RM32.00

PUTERI KESAYANGAN




lamanya tak tempek gambar anak2 kat blog ni....asyik tak sempat jer... maklumlah sekarang ni tengah nak siapkan KPI...owhhh nooo ISO datang lagik...

Alesya sekarang dah 7 bulan...dah pandai merangkak...n paling kelakar bila dia berak, dia akan bunyi Uhh Uhh...selagi x basuh selagi tu lah ada lah bunyi tu...

27 July 2011

SALAM RAMADHAN KHAS BUAT SEMUA

Assalamualaikum semua....

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan khas buat kawan-kawan...
Kalau ada salah dah silap harap dimaafkan... Pada follower ke 100 saya, nanti sebelum raya saya kirimkan hadiah anda... sorry lambat tapi saya tetap akan hantar...harap bersabar...

kepada kawan2 yang selalu mengunjungi blog saya, terima kasih...Semoga ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan untuk kita semua...

26 July 2011

PATUT TAK ISTERI DAPAT HADIAH BILA BERSALIN?

Assalamualaikum semua...

hehehe...topik rumahtangga lagik nih...korang dah makan pagi ker? aku belum sebab x ada selera..baby dalam perut ni pun belum memberontak nak makan lagi....hehehe..so kami dua-dua diet...

berbalik kepada tajuk entry, apa pendapat korang? Suami patut beri hadiah untuk isteri tak bila isteri bersalin? contohnya, 1 anak isteri dapat gelang emas ker, cincin ke...hahahaha.... permintaan yang x berapa melampau... Tapi tentu ada ibu2 kat sini yang dapat pemberian daripada suami kan setelah melahirkan permata hati... angpaw ker... huahuahua....

aku dulu, suami offer gak, nak beli barang kemas...tapi oleh kerana aku jual mahal, sampai ke hari ni x dapat...kuikuikui... ye lah, hasrat kat hati nak suami belikan buat suprise, tapi lain org lain caranya...suami aku jenis suka kalau aku pilih sendiri hadiah, terutama kalau barang kemas, tapi aku ni ntah le, jenis jual mahal or takut terpilih yang mahal...kuikuikui...jadi tak terbeli lah hadiah tersebut....

ada gak pernah tanya suami, napa x belikan terus hadiah untuk aku, katanya, oleh kerana aku agak memilih, so dia x berani nak belikan terus...takut kalau aku x berkenan dia yang kecik ati.... elelele...sebenarnya aku tahu dia segan nak pilih hadiah... yer la mana pernah dia shopping sorang2...

tapi x kisah lah...cuma kali ni anak ke 4 ni rasa mcm nak claim hadiah2 yang patut dapat tu la...hahahaha... muleh ke gitu? Tapi aku dah puas hati, walaupun tak dapat hadiah bentuk kebendaan, kucupan dan ucapan terima kasih dah memadai dan rasa hadiah beharga dari suami....

ada sapa-sapa berpengalaman dapat hadiah untuk setiap kelahiran anak? jom la share...

25 July 2011

SUAMI ~ PERLUKAH JELES DENGAN ANAK?

Assalamualaikum semua...

Apa khabar & selamat hari isnin..hehehe

Tajuk hari ni, perlu kah suami jeles dengan anak sendiri?

Perkara ni selalu terjadi masa dapat anak sulung kan...aku sendiri pun pernah alami perkara ini...kadang2 kita sebagai isteri tak nampak kan...sehinggalah terluah sendiri dari mulut suami...perkara yang sedikit kelakar tapi perlu diberi perhatian...

dalam kes aku dulu, masa dapat anak sulung, oleh kerana terlalu over excited, aku asyik fokus kat anak2 jer..oleh kerana kita baru dapat anak, maka naluri keibuan kita ni memang mencengkam jiwa lah...Suami kadang-kadang sukar nak terima kan..dalam tak sedar beberapa perlakuan kita yang mungkin membuat suami rasa terabai bila dapat anak...antaranya yang pernah berlaku pada aku....

1. Tengah berborak dengan suami, kita lintang pukang lari bila dengar anak merengek - walaupun kadang2 cuma anak terjaga dari tidur... tinggal suami terpinga-pinga...

2. Akan terkurang berborak dengan suami selagi anak belum tido.. kita akan berborak dengan anak walaupun anak tu belum faham apa yang kita borak...Lepas anak tido, kita pun tido sebab letih, jadi tinggal suami tengok tv sorang-sorang...

3. Nak pergi kedai pun nak bawak anak...kalau anak tinggal sekejap je, kita dah nak balik awal2...suami ajak minum2 dulu, lepak2 kejap kita dah nak balik....kepala dok teringat anak-anak jer...

sebenarnya bila dah jadi seorang ibu ni, aku baru sedar, naluri x boleh lebih kepada 1 pihak jer... kene sama rata antara naluri keibuan dan naluri seorang isteri...dulu bila suami komplen, rasa macam terkilan jugak lah sebab kita fikir suami tak faham kita sibuk melayan anak... tapi bila fikirkan semula, rasa kesian dan bersalah sangat sampai buat suami rasa macam tu kan...

sekarang anak dah 3 ni, memang mencabar...hehehe...dengan kerenah anak2 yang masih kecil dan suami tersayang...Tapi itu memang dah tugas kita sebagai seorang ibu dan isteri...tugas sebenar seorang wanita...Sebab itu org perempuan senang nak dapat pahala kan...

SEDAP HINGGA MENJILAT SUDU


Harga RM4.50

Nak post pasal 1st time mkn nasi lemak sedap mcm ni kat area shah alam ni..or selangor ni...
lauk dia pun banyak...daging + paru...

22 July 2011

Entry: Kalau Nak Mummy Join, Uh Uh dulu

selamat pagi semua...semoga semua kawan2 sihat walafiat...

Entry pagi ni entry tentang anak teruna sulung lagi...hehehe.. oleh kerana perkara ni dah 3 kali jadi, rasa mcm lucu sedikit...

Hazeeq ni suka sangat main game xbox... kira tv kat umah dia kongker dari kul 5 petang sampai time dia tido kul 930 malam...secara tak langsung aku ngan suami jadi org x tengok berita...kuikuikui... mengalah je ngan anak...

sambung citer, hazeeq kalau main game Toy Story 3 tu, nak ajak org join..supaya dia leh tembak kita dalam game tu... dah macam game serang hendap jadiknya...kadang2 angin gak, tapi kelakar... so last 3 week dia ada ajak aku join, kebetulan MIL kata dia nak buang air besar tapi dok kepit kaki tahan-tahan...so, dah bukak kan game kat dia, aku pun buat2 tak nak join...sekali dia paksa aku join, aku cakap "Kalau nak mummy join, hazeeq berak dulu, kalau tak tak mau main ngan hazeeq".... ater nyer, dalam sekelip mata aku masuk bilik, tetiba bau busuk...rupanya dia betul2 buang air besar... wahhh..lepas basuh tu, dia claim balik janji aku...so aku pun main la game ngan dia sampai kul 8 selang seli layan adik2 dia...

x lama lepas tu, hari yang lain perkara yg sama jadi gak...aku ulang sama mcm kat atas, suruh dia berak dulu baru nak join.... guess what??? betul2 dia teran...adoi... kali ke 2 tu baru naik hairan sikit2 jer....

Then semalam, nampak dia dok terkepit2 kali kat depan tv.... sebelum dia cakap apa2 aku direct je test ayat "Klau tak berak mummy xmau main"... kekekekeke....mcm biasa la... dia pun berak...

abis citer kat hubby, rasanya lepas ni dia akan tahan berak sampai aku balik keje...semata2 nak ajak mummynya join main game..... pk balik kelakar dan x patut plak... macam2 kerenah budak2 sekarang...
yang kelakarnya tu lepas tu hazeeq siap cakap "haaah, baru lega perut hazeeq niiii".....

anak-anak...

21 July 2011

"Kalau Sayang Mummy, Hazeeq Cakaplah"

Malam semalam,

macam biasa time nak tidurkan anak-anak aku baca surah alfatihah, ayat kursi dan zikir.

Semalam masa tengah dodoikan anak2 bertiga tu, hazeeq anak sulung aku dalam diam menangis tersedu-sedu, perlahan...Terkejut aku, risau dia sakit atau kenapa... tanya-tanya dia asyik lap air mata sambil peluk kuat2... hairan dan tak sedap hati sebab selalunya dia tak pernah macam tu....

jadi aku tanya dia, "kenapa hazeeq nangis, kalau sayang mummy hazeeq cakaplah"... dia sambil sedu-sedu tu menjawap, "Hazeeq tak nak mummy sakit, hazeeq tak nak mummy lain"... glupp!! glupp!! terkejut lah sedikit...kenapa tiba-tiba buah hati aku sorang tu boleh berfikiran macam tu?

Aku pun cerita kat hubby, hubby senyap je mula-mula...aku terlepas cakap. "ntah2 umur mummy dah x panjang agaknya sampai hazeeq boleh rasa macam tu????", guess what, hubby aku marah sebab cakap macam tu..mungkin dia pun tak boleh nak berfikir benda-benda macam tu... ntah lah kan...

wallahualam....mungkin agaknya anak aku bermimpi sekejap agaknya... sampai berfikiran macam tu sekali...

Ajal maut di tangan Allah....

20 July 2011

Dekat Seminggu Dah

Assalamualaikum....

apa kabar semua? harap semua kawan2 sihat..

dekat seminggu jugaklah x update kat sini.....bukan apa, tak sempat langsung nak berblog...Hari ni pun nak menghilangkan rasa mengantuk ni, jadi jenguk dan menulis sikit kat sini...menu hari ni sedap betul lah...

ikan pari masak asam pedas dengan tempoyak dan juga ulam pegaga..... simple tapi combinasi lauk yang x sarat dan bercampur2....makan kat SS19 subang jaya....kalau ada yng berdekatan, boleh lah try kat medan selera kat sana...memang sedap lauk2 dia...ikan pari setiap kali makan rasa sedap...tak ada bau macam sesetengah kedai....

beratnya mata ni...rasa memang nak kene tido kejap ni....ibu mengandung ni, mengantuknya lain macam...basuh muka pun kejap je tahan...lepas tu tengok skrin pun dah kabur2....

nak blogwalking jap...jalan2 kat blog kawan2...

14 July 2011

ALERT!!! - PENTING NIH

Jalan2 kat blog yang ada dalam bloglist, jumpa entry ni dari blog glemer BICARA MAK DARA...

Gambar ini telah disiarkan oleh Encik Bob Mahbub. Dibawah adalah yang telah ditulis oleh encik Bob Mahbub.


Kepada Rakan2 semua,

Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal. Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)Tinggi : lebih kurang 110cmPakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).Mohon disebarkan.

Mari kita bersama sama menyebarkan gambar adik Najmi Haqiemi ini dan berdoa mudah mudahan adik Najmi dapat kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat


Read more: http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/07/kanak-kanak-hilang-mari-kita-bantu.html#ixzz1S48MOnZL

CINCIN TERMAHAL DI MALAYSIA - RM75 Juta

Assalamualaikum semua......

Salam petang khamis... dah makan ke? (sambil menggigit ayam goreng kunyit - merujuk kepada gambar dibawah... ngeeee~~)


Bukak2 internet terbaca berita kat yahoo malaysia... fuyooo... ada berita hangat pasal cincin yang beharga RM75juta.... saya copy paste Linknya http://my.news.yahoo.com/sprm-digesa-siasat-cincin-rm73-juta-rosmah-030357766.html 

Benar atau tak rasanya????

13 July 2011

NASI GORENG BELACAN.. TOLONG LAH SEDAP

fuhh tajuk hari ni berkisar pada apa yang saya dok cari tapi sampai hari ni belum dapat.... dah seminggu ni order NASI GORENG BELACAN kat kedai makan area umah ni....tapi 1 pun tak ada yang berperisa BELACAN.... adoi...semalam dengan harapan kedai ni boleh buat NASI GORENG BELACAN yang sedap lagi KAW... tapi hancur, dia salah buat letak cili api belungguk-lungguk (maknanya berlambak)... dah rupanya macam nasi goreng cili padi kaw plak... Tak pasal2 semalam kene ceret beret... owhhh kecewanya saya dan bb dalam perut ni.....

Today, order kat cafe sebelah office ni "NASI GORENG BELACAN KAW". Please doakan nasik itu sedap dan berperisa BELACAN... nanti jap lagi nak snap gambarnya...oleh kerana kekecewaan semalam, pagi ni perut dah di kosongkan.... nak ngap lunch ni banyak2... selera mak badak hari ni, makan kat cafe Nasi Goreng Kampung, tapau NASI GORENG BELACAN..............uihhh kalau hubby tau ni sure kene sound Hippo Lunch ni...SHHHH sudah...

huhuhu~~~

MEMANG WORDLESS WEDNESDAY HARI NI....

Wordless Wednesday kat office today...

Today HR Manager mengamuk apa ntah. Asyik nak marah-marah. Aku pun kena tempias... wah, macam dah lebih-lebih pulak tu...

dah 5tahun aku kerja sini. Aku makin rasa x ada hati nak sambung kerja kat sini.... Well, since aku memang nak resign tahun ni, rasanya macam nak resign today onwards......

Pelik kan, majikan ni kadang2 macam tak nampak apa yang kita sumbang pada syarikat....tapi setakat salah kecil2 terus nampak...n naik angin... mana boleh buat macam tu kan...kita ni yang makan gaji, hanya mampu bersabar je lah...tambahan pula dalam bekerja ni memang tak boleh lari daripada menjadi mangsa keadaan.

Tapi majikan kena fikir juga, kalau kebajikan dan perasaan pekerja tak dijaga, jangan salahkan org bila ada yang resign...Well, sekarang jimat banyak duit sebab tak payah hire banyak staff...1 staff uruskan 1 department... tunggu je lah bila surat sampai nanti... jangan baru nak offer itu dan ini...

Hairan kan, kadang-kadang boss besar tak ada apa sangat, yang manager-manager ni yang over...

12 July 2011

SEBELUM RAYA NI....

Pejam jelik pejam celik (cuber buat tengok)

dekat nak puasa dah...dan tk lama nak raya... so, sebelum nak shopping baju raya, nak kene settle hutang2 siap2kan....Kebetulan pulak roadtax nak renew sebelum raya. so, kira2 nak kene buat siap2.... betul2 mati 31 hb August. "beraya" betul tahun ni...

Haruslah utamakan settle utang dulu kan...baru boleh nak pk pasal nak beli kelengkapan raya..nanti lepas raya pening dah nak bayar... selalu kalau raya mesti terover budget...Baju raya untuk mummy dah x yah beli...tempah aje, RM40 je 1 pasang.... Tinggal baju daddy dengan anak2 jer...Then expenses untuk minyak, tol, duit raya untuk bebudak kecik, n duit hotel...

Nampaknya kene buat kira2 balik ni.... takut terover belanja lepas raya nak kacau duit simpanan pulak....

Lagipun lepas raya nak pindah...huhuhu~~~

HAPPY 7 MONTH BIRTHDAY

1 hari

7 Bulan



11 July 2011

KORANG BUAT APA HARI TU???

Assalamualaikum korang....

Amacam hari sabtu aritu? ada yang keluar ke KL ke?

Saya macam biasalah...hari sabtu kerja...nasib baik masa nak pergi ke Glenmarie jem sikit je..Tapi time nak balik...azabnya!!!! daripada 15 minit boleh sampai rumah, sampai 1 jam baru sampai....bukan jauh Glenmarie ke Bukit Jelutong.... Oleh kerana dapat agak jalan nak ke Glenmarie akan jem sabtu ari tu, awal2 lagi saya dah call teksi...selalu hubby ambil...kali ni terpk tentu jem teruk.... betul apa yg difikirkan...... dari Giant Shah Alam nak ke Glenmarie jem sesangat...NKVE jangan cakap, lepas tol sambung sampai ke Klang jem tuh... Hangin wooooo

Jadinya, sabtu ari tu sampai malam kami tak keluar...hari ahad tu nasib baik lah ok.... lepaskan gian nak berjalan...Pemandu teksi yg saya naik hari sabtu ari tu siap menyumpah Bersih 2.0. Kesat lah gak kata2 dia...saya setakat mengiya dan sengeh je..tapi memang ramai la kiranya yang melepak dalam jem jer..Org yang nak cari makan bawak bas ke bawak lori ke bawak teksi ke semua terbantut lah... Dari boleh kejar 3 trip, 1 trip je dapat...kan...

Kenduri kawin kawan saya pun tak boleh nak attend...sian dia, tarikh nk kawin tu kan dah rancang awal....kira nasib tak baik jatuh sama tarikh dengan perhimpunan tersebut...hehehe...

Minta-minta lah lepas ni dah tak jadi macam ni.... tak pernah tengok jalan sesak sampai mcm tu...

08 July 2011

KALAU LAH BETUL ESOK HARINYA!!!!

salam setang semua... :)
Hmm..harini tak abis2 bercakap pasal BERSIH 2.0. Apa pendapat korang?

Bagi saya, pendapat sendiri, perhimpunan ini sedikit sebanyak menyusahkan orang ramai...terutamanya org yang tak ingin terlibat langsung dengan BERSIH 2.0 ni. Dua tiga hari ni , jalan asyik sesak dek kerana ada sekatan jalan raya. Memang menyakitkan hati...

kalau betul jadi esok di Stadium Merdeka ni, akan mendatangkan kerosakan harta benda awam.... dan ratusan longgokan sampah atas jalan/ padang.... kerosakan harta benda awam tu boleh claim dari pemimpin dan penyokong BERSIH 2.0 tak? agak2nya boleh ke? ataupun kerajaan juga yang betulkan...

Saya tengok budak2 kat kedai makan dok borak pasal ni...remaja melayu mungkin kerja kilang... bagaikan sokong dengan penuh semangat untuk ke stadium esok... bagi saya, apa yang korang buat ni akan menyebabkan huru hara dalam negara... elok2 aman nanti jadi macam negara-negara bergolak pulak....bagus ker? saya bukan x sokong, kalau niat mereka betul, buat cara aman..hantar memorendum tu dengan cara2 yan betul...bukan nak buat perhimpunan mcm tu... menyusahkan lah...esok sure 1 hari kene duduk rumah gara-gara BERSIH 2.0... bagi saya, ia menyusahkan...merosakkan aktiviti bersama keluarga...

bagi anak-anak melayu, jangan taksub nak menentang tanpa berpikir, pemimpin melayu tersebut yang menyokong 100% aktiviti ni, pernah berkata beliau akan mamastikan hak sama rata kepada rakyat... dimana hak bumiputera sama rata... ingat, tanah melayu ni siapa yang patut pertahankan kalau bukan kita sendiri?

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

Karya Dato' Dr. Usman Awang

balik ni sure jem lagi....... arrrghhhh!!!!

Salam Jumaat semua

assalamualaikum

salam jumaat semua...salam ukhwah...

Semalam pagi, anak teruna kene selsema, agak teruk juga lah... macam biasa...sebelum nak ke office, saya dah tumbuk kunyit hidup untuk dapatkan airnya dan sapu kat atas hidung anak.... alhamdulillah semalam balik kerja selsema dia dah hilang.....

bukan sekali buat mcm ni....setiap kali anak-anak baru kene selsema, memang itu je lah cara untuk nak ubat...sebab anak2 saya ni susah sangat nak makan ubat...baik anak no 1, no 2...no 3 belum kene lagi...kalau kene pun mungkin guna cara sama.... makan ubat klinik pun lambat baik.... kalau guna petua org lama2 ni, 2 hari confirm hilang... biasalah...kalau selsema kesian anak2 nak tido makan pun x selesa....susah nak bernafas...bila nafas ikut mulut, bibir jadi kering dan luka....

kalau anak2 demam lagi lah mati kutu... ubat memang dah x bagi dah walaupun bawak pg klinik untuk doctor check... kalau doktor sahkan demam biasa, balik nya tu saya sapu lah air daun bunga raya putih kat atas dahi anak2 dan rambut...insyaAllah cepat juga lah baik...nak hilangkan panas dalam badan tu... selain ubat yang masuk ikut punggung tu, kene lah guna cara tradisional...

susah hati kan bila anak sakit.... kerja pun tak boleh nak fokus...malam tido memang dah tak lena....
hati pun gundah gulana.....

07 July 2011

-NTAH-

B-L-U-R

*Hari ni rasa blur sikit...tak tahu nak menulis apa...so, apa lagi jom blogwaking....

05 July 2011

GULA-GULA HATI!!!!





SENTIASA MANIS TAK PERNAH PAHIT......

REZEKI ALLAH TENTUKAN

Rezeki Allah tu seluas lautan yang tak ada penghujungnya...


Pintu rezeki sentiasa ada... cuma kita perlu berusaha untuk dapatkan rezeki tersebut..Doa tanpa berusaha tak ada maknanya. Doa disertai usaha yang kuat pasti akan membuahkan hasil yang diinginkan. Jika kehidupan susah, jangan disalahkan takdir, tapi salahkan diri sendiri yang lupa dan alpa...


Org selalu kata, orang kata bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin.. orang kaya kuat berusaha, walaupun dah ada banyak duit... Rezeki tu Allah beri sama rata, kuat berusaha lebihlah hasilnya...Ustazah pernah cakap dulu, Sesiapa yang berusaha pasti Allah akan berikan rezeki...Walaupun dia beragama lain. Bezanya jika kita nampak cara rezeki tu di berikan pada golongan beriman dan golongan tidak beriman tentu kita akan memilih untuk mendapatkan rezeki dengan cara beriman...


Jika ingin mencari keuntungan dalam masa anda makan gaji dengan majikan, pastikan tak ada buat perkara-perkara "undertable"...demi kepentingan sendiri...Sedangkan duit tersebut anda perlu beri anak dan isteri makan. Juga, jangan salahkan org lain kalau "usaha" anda tu tak berjaya sebab rezeki yang tidak halal, tak akan kekal lama...malah kita akan rasa lagi susah...

04 July 2011

BUKAN UNTUK RAYA DAH!!!

Korang dah beli baju raya untuk anak-anak?


aku dah beli last 3 weeks tapi dah x leh jadikan baju raya dah...
sebab? tak muat dah....seluar ok, tapi baju2 semua dah muat2 ngan anak2.....cepat membesar kan diaorg... huhu~~~ nampak gayanya kene beli lagi sekali lah lepas ni....


untuk mummy pun kene beli lagi..pasal perut dah makin besar...kalau boleh raya ni nak pakai baju besar...cover sikit biar org x perasan pregnen ke 4...bukan malu, cuma malas nak mendengar org bercakap..kesian anak2 lah... cukup belanja kah.... glupp.... last2 tuan punya badan dah x ada mood nak raya.... aku bukan ape, x suka kena perli...walhal kemengandungan aku x ada kene mengena dengan mereka...hehehe...lagipun aku dah nak resign...apa masalah kalau aku nak pregnen pun.... insyaAllah anak2 tak akan tersisih lah....so far sama rata aku layan...buat salah kene marah...buat baik kene puji...xada beza pun...


mana nak cari kan jubah yang besar2...kuikuikui...yg ada kat shopping compleks ni banyak untuk org slim tau...kesian ibu mengandung ni...nak beli baju raya kat modern mum, seksi plak kata hubby....
ada saiz besar tapi kain plak x sedap...


jadi en hubby senang, baju raya dia dah tau nak beli kat mana.... selesa semua kain2 nye....


masalah lagi satu, nak cari kasut raya....waaa...udah la kaki bukan saiz cinderella....susah ooo nak cari kasut...xper2...susah sangat beli kasut selipar jer....

MONDAY BLUES

Assalamualaikum semua,


Apa khabar? beberapa hari ni x jenguk blog.... kesuntukan masa dan keadaan.....
harap semua kawan2 blogger sihat...


dua tiga hari ni badan rasa x sedap aje.. mungkin sebab tengah mengandung...tidur malam pun rasa panas je, sedangkan aircond on sampai suhu minimum....atau mungkin cuaca memang panas kan...


Sabtu hari tu amik cuti..emergency leave... best lah dapat luangkan masa dengan anak-anak....selalunya sabtu kene keje... aktiviti memang penuh kalau dengan anak-anak..ada je benda baru nak diajak buat... tapi anak sulung sekarang ni suka sangat main game...sampai 2 3 jam boleh main game aje..mummy nak join kene kejap2 sebab sambil melayan adik-adik.... sian hazeeq...nasib baik hazeeq ok kan...hhehehe


persediaan nak jadi suri rumah sepenuh masa selepas ni...kene belajar join aktiviti anak2...dan ajak anak-anak buat aktiviti baru..buat masa ni terhad sebab masih tinggal dengan ibu mertua...lepas raya ni insyaAllah dah duduk rumah sendiri jadi anak-anak ada ruang sendiri untuk buat aktiviti....sekarang ni terhad sebab takut anak-anak aku ganggu time org nak berehat...hehehe~~ kan tak manis...


Hujung minggu lepas, tak banyak aktiviti luaran....sebab hubby busy siapkan kerja freelance nya...jadi tak boleh nak ganggu...nanti kalau tak siap dia tak cukup rehat pulak.... cuma kesian hubby, makan nak kene beli...nanti lah dear, kita duduk rumah sendiri boleh mummy masak ape saja yang mampu...


dah berapa tahun x masak ni.... ntah skill ada ke dah ilang...

Jejak Jari