Jom Kita Kawan!!

19 February 2010

luahan hati

bila aku nak kurus ni... kenapa selalu sangat diet sekerat jalan... tension umur dah meningkat tapi badan masih tembam lagi...banyak kekurangan kalau badan besar ni...paling aku takut kalau suami sendiri satu hari nanti dah x suka... Ya Allah...

banyak baca tip2 untuk kurus tapi x boleh nak follow 100%... macam mana nak buat ni...
any idea?

jus mate 5 tu ok ker? story sikit..... nak kurus cepat ni...

help me!! help me!!.....

11 February 2010

Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Telefon Bimbit


Assalamualaikum wrbth...salam sejahtera semuaJumpa lagi dengan anda semua..kali ni x kurang menariknya info yang saya nak kongsi kan ngan anda..mungkin sesetengah dari anda semua dah ada yang tahu pasal info ni..tapi saya tetap nak kongsikan juga dengan anda yang belum tahu..Saya rasa info ni penting juga disaat kita dalam kecemasan..mana la tahu kadang2 kita kena kejer luar daerah kemudian x der line pulak..ini lah pentingnya info ni..mei la sama2 kita baca n fahami kemudian kita try buat..betul ker x info ni..info ni saya dapat dari salah satu kiriman emel yang masuk ke inbox saya..jom try..PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN...
(Yang ni saya dah cuba..ok)- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
(Yang ni dah cuba..tapi mcm x berkesan..mybe utk satu2 jenis kereta yang berbeza kot)..- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah menc mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
(Yang ni pun dh cuba juga..tapi x berkesan..mybe tgok jenama hp kot..hehe)- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
(Yang ini memang berkesan..dh cuba dh)- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

WALLAHUALAM..

p/s: saya dapat info ni dari blog seorang blogger ni..Rasa terpanggil nak kongsi info kat sini...


10 February 2010

Hazeeq jeles

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

harap semua sihat yer...hari ni busy betul..kene naik turun nak scan documents. dah la scanner lambat macam siput..sambil2 scan ni jenguk blog kejap...

Hari ni rasa pening2 jer...macam nak pitam pun ader...rasanya kurang darah kut...orang kata kalau kurang darah merah leh pitam kan..huhu~~ so tadi lunch makan la paru sebab orang kata paru boleh tambah darah...betul ke ek...asyik ikut org kata jer kan...kaakaka..

ni dah nak balik ni...tak sabar nak jumper anak2... hazeeq sekarang dah makin garang dia...kuat jeles ngan adik dia.. pantang kalau balik kerja x layan dia dulu...nanti mesti dia buat perangai...huhu~~ adik pulak isnin hari tu pg cucuk 4 bulan ( ikut carta lama), berat badan dia naik sikit jer...tapi tak la sampai masuk level tak cukup zat tu...hehe... maybe minum susu soya dia x berapa nak naik kut... ingat nak tukar susu lembu tapi doc kata baik jangan sebab dia alah dengan susu lembu... berat dia kategori slim sekarang ni..abang nya dulu kategori obesiti...ahahahahaha... takpe lah janji sihat kan...

09 February 2010

Assalamualaikum semua

Assalamualaikum... lama betul tak menulis kat blog ni... busy gile dengan kerja.. al maklum lah..nak main internet kene naik tingkat lagi satu - my desk yang ada internet. kat bilik kerja ni khas untuk kerja tak ada internet service...tu yang malas nak update tu... selalu jenjalan kat blog orang jer... hehehe
apa khabar semua? masih tak lewat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010...hehe semoga tahun ini membawa kemurahan rezeki untuk kita semua...amin...
Today happy sebab boss tak masuk..jadi boleh lah main internet kejap..haha... Minggu depan dah busy gila nak kene siapkan ISO. Bulan 3 ni ada external audit...aduiii pening betul... azam tahun lepas nak buat KPI tiap2 bulan...tapi tak boleh jugak...now kene buat KPI untuk 8 bulan lepas punyer... alamak..pening..pening... (pitam jap)
lama jugak tak letak gambar anak2 kat sini..nanti lah..dah snap banyak tapi belum sempat nak upload... ader ke org nak tengok..hahaha...

Anyway, tahun ni tahun berusaha untuk cari extra income. Kalau ada blogger yang nak cari Corporate gift atau door gift boleh lah hubungi saya... kat bawah ni ada flyers... harga boleh dirunding ok... So far alhamdulillah income boleh tahan...yang penting kene rajin berusaha kan.. Kalau ada yang berminat tu boleh la email saya ok..nanti baru boleh bagi contact no...

Sekian dulu untuk hari ni...nak pg makan ni..lapar sangat tadi breakfast sikit...hehehe

bye2 all..jumpa lagi...






Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!