Jom Kita Kawan!!

17 June 2014

KUIH RAYA YANG SANGAT RARE KAT SEMENANJUNG

Assalamualaikum,

Tahun ini adalah tahun nak meniaga untuk mencari rezeki lebih bulan puasa...
Sambil letak kuih raya kat bazar ramadhan, saya juga nak promote online... Wallahualam ada tak yang baca kat blog saya ni... Tapi rezeki dari Allah, inshaa Allah ada kawan2 online yang order nanti...

Booth bazar ramadhan saya kat area bukit jelutong, shah alam...

Harga
RM27/ 40pcs
RM45/ 80pcs

Tak boleh pos ya sebab takut hancur..

07 June 2014

cuti-cuti malaysia / malacca

Cerita lama sebenarnya, awal may 2014..
Ke melaka atas urusan kerja..oleh kerana kerja sendiri maka bawak anak2 sekali...bila bawak anak2, wajiblah tido at least 1 malam...

Selalu checkin di equatorial melaka, salah satu sebabnya, kat pusat bandar dan en suami berkenanndengan nasi goreng yong chow yang memang sedap...

Oleh kerana time pergi dah penuh, maka kami beralih haluan ke hotel baru, namanya hatten hotel... sebelum ni tak pernah checkin di sini... pertama kali masuk ke ruang reception, memang cantik designnya... kami ambil bilik suite, ada ruang tamu + meja makan + katil super king..haha.. memang teruja sebab modern design..

Sapa kuat jalan2 shopping2 boleh checkin kat hatten ni sebab betul2 kat tengah bandar..turun lift dah sampai kat shopping mall..

Oleh kerana family kami besar, so memang dah spare tilam angin untuk mummy daddy and baby tido kat bawah... safe duit untuk extra bed..pandai tak??

rate hari biasa rm600++ bilik tingkat 22 specialnya ambil suite ni time checkout ada kaunter khas tak perlu ke tingkat bawah untuk checkout..

Breakfast pun di level sendiri...x ramai org sangat kata receptionist.. tapi kami tak breakfast sebab anak2 kecil2 ni bangun lambat..rugi tau breakfast free tapi kena order room services... lagipun x nak nanti ganggu org lain nak makan.. anak2 kecik lagi 5 org so kat mana pun merek berada memang bingit... haha..

Gambar tak boleh nak upload sebab update dari tab..

jom cuti-cuti malaysia 2014/ grand lexis pd

Cuti sekolah datang lagi..maka untuk menghiburkan hati anak2..mummy daddy perlu plan nak holiday ke mana... dalam malaysia sahaja berdekatan dengan shah alam... kami pilih tempat yang tak lebih dari 5jam perjalanan.

Kebanyakan hotel kegemaran anak2 dah penuh maka tak memilih sangat kali ini...rezeki dapat checkin di grand lexis pd dengan booking last minute dan booking online sahaja... hotel grand lexis ni menjadi kesukaan kami sekeluarga sebab ada private pool di setiap bilik... maka puaslah anak2 mandi sambil mummy daddy boleh monitor...

Sekarang di grand lexis pd dah ada menu baru untuk kids... sebelum ini setiap kali datang anak2 hanya makan fish & chips, tapi sekarang pihak grand lexis telah menambah menu baru..... ayam goreng + fries + drinks...ayam sangat sedap... nyum..nyum... menu ni cepat habis.. kalau salah time memang tak sempat nak rasa...

Nak pegi sini memang kena menabung...haha.. tapi bilik di sini semua ada 2 katil king...maka memang muat lah unuk family yang besar, contohnya mcm family kami...

21 May 2014

RUPA TAK CANTIK TAPI UMPPHH

Akibat tak tahan asyik nak kene beli je, maka terpaksalah belajar buat sendiri.. Nak beli mahal, buat sendiri murah sebab kos tenaga tak ada...haha..tapi memang patut mahal sebab nak membuatnya tu makan masa dan tenaga...

Maka untuk beginner macam saya ni ok la kiranya... rupanya rongak2 sikit..tapi rasa sangat sedap..  cheese tart... shell rongak tapi rangup... inti ok la, kurang manis.. tak ada blueberry jem..



Bahan-bahan

Shell
75g butter
200g tepung gandum
4 sudu tepung jagung
telur 1 biji
even vanilla
1/2 cawan gula

Filling
250g cream cheese
20g butter
1/2 cawan gula icing
1 biji telur

--------------------------------------------------------------------------

cara buat shell
1. Butter + Gula pukul hingga kembang
2. masukkan gula pukul hingga sebati
3. masukkan telur dan esen vanilla pukul hingga sebati
4. masukkan tepung jagung semua sekali , dan tepung gandum sikit demi sedikit
5. jadikan doh, sementara nak buat filling saya letakkan doh dalam peti ais

cara buat filling
masukkan creamcheese dan butter, pukul hingga sebati, kemudian masukkan gula. pukul hingga sebati dan kemudian masukkan telur... pukul hingga dapat texture halus... 

suhu oven cap ayam yang saya guna kat rumah ni :-

170, 15 minit untuk bakar shell sahaja
160, 20 minit bila masukkan filling dalam shell




15 February 2014

MEE GORENG SEDAP???

Susah nya nak buat mee goreng sedap-sedap..

dah tengok resipi & follow tapi macam tak jadi je...

kesian en suami muka frust je tiap kali makan mee goreng buatan kita ni...

sekian...

07 February 2014

SERAM RESORT TU...LEPAS NI TAK PERGI LAGI...

Assalamualaikum...

Hari ini ingin menceritakan tentang pengalaman bercuti ke Langkawi sempena cuti Chinese New Year baru-baru ini... Kisah agak seram kerana saya dan keluarga yang alami sendiri...

Memandangkan percutian ni last minit plan, maka tempat penginapan lain di langkawi kebanyakannya dah penuh... maka kami pun membuat keputusan tinggal di satu resort yang harga nya murah tak padan dengan keluasan bilik...

kami ambil 4 bilik...masa mula-mula masuk kawasan resort tu nampak macam suasana kampung... seronok sebab banyak pokok-pokok...nyaman je... bila masuk bilik keadaan boleh tahan tapi kurang memuaskan dari segi kebersihan - habuk dan bilik air agak kotor... 

Masa merehatkan diri, anak bongsu asyik nak berada dekat dengan saya..tak terfikir apa-apa tapi rasa bilik macam lain macam...jadi ambil keputusan untuk buka surah yasin dan baca ayat kursi banyak kali... tujuan nak pagar bilik tu dari makhluk2 lain..kemudian kami keluar ke pantai cenang dan singgah makan sekitar waktu maghrib, kemudian terus balik ke resort untuk berehat..

Nak dijadikan cerita, masa tengah tengok berita (tak solat kerana datang bulan), kat langsir di penjuru bilik aku nampak bayang-bayang hitam..tapi tak tegur dan buat tak tahu...lama juga lah pandang kat situ sebab nak pastikan apa yang kita lihat tu betul atau tak... maka bila dah confirm bayangan hitam saya terus buka surah yasin dan baca ayat kursi... Alhamdulillah tak ada yang kena kacau... sebenarnya kami pun silap kerana berada di pantai hingga waktu maghrib... (moga jadi teladan)

Malam tu pulak, time orang tengah tidur, aku terbangun dalam pukul 2 pagi sebab nak buat susu anak dan salin pampers...lagipun masa tidur pun memang tak lena...tidur-tidur ayam... masa nak but susu tu, sekali lagi aku nampak bayang hitam tu sedikit tinggi berdiri di tempat masak air dan berlalu masuk bilik air... masa tu memang takut tapi gagahkan diri bangun buat susu anak2 sambil mulut baca ayat kursi.. kalau melayan perasaan terkejut dan takut maka nanti akan tersasul untuk baca ayat kursi atau doa menghalau syaitan..alhamdulillah memang tak ada apa2 lagi lepas tu....cuma rasa seram amat...

Esok pagi baru inform suami tentang apa yang terjadi... maka suami kata lepas ni kejut dia dan jangan tunjuk berani... hhihihi...bukan nak tunjuk berani...cuma takut kene marah pulak kejut org tengah tidur lena sebab kepenatan...


sebenarnya, bilik kami menghadap sawah padi dan ada pokok tinggi2...pokok ketapang ke apa nama pun tak tahu..tapi pokok tu memang meredupkan dan menyeramkan... hihi...suasana nya seram...

Malam ke dua ada benda cuba ganggu anak sulung..macam ada benda melekat di lehernya...menangis2 dalam tidur secara tiba-tiba sambil meracau "pergilah..pergilah sana"... memang panic sebab seorang diri kat bilik sebab suami keluar ke bilik lain sekejap...memang gelabah masa tu...lepas tu baca ayat kursi 3 kali dan hembus kat muka anak... dia menangis tapi tak buka mata...lepas tu saya azan dan call suami suruh balik bilik... bila suami masuk bilik anak ok dan sambung tido... ntah kenapa...

mungkin benda tu marah sebab saya pagar ke wallahualam...


22 January 2014

MENU SIMPLE LAGI/ JUGA KESUKAAN ANAK-ANAK & SUAMI

Menunya udang masak merah...


Bahan-Bahan

Udang (10 ekor udang besar) - buang taik dia ya
Cili boh (4 sudu besar)
Bawang Besar (2 biji saiz sederhana Potong bulat)
Bawang Putih (1 biji je)
Lengkuas (tumbuk halus)
gula (2 sudu kecik)
garam (ikut suka)
air (1 cawan)


CARA MASAK
1. Tumis bawang besar dan bawang putih...
2. Masukkan cili boh tumis dalam 3 minit
3. Masukkan lengkuas, air dan gula
4. last sekali masukkan udang masak dalam 2 minit...

udang tu masak jap je xyah lama...kalau lama nanti liat sikit... (rasanya ramai tau)...
 

PENAWAR DENGGI

Assalamualaikum 

sejak kebelakangan ni ada kawan-kawan dan jiran yang kena denggi...
maka banyak lah yang membuat sup ketam... tapi kalau nak tahu ketam yang lebih mujarab adalah ketam nipah... 

bagi yang susah nak cari ketam nipah ni, boleh  lah cuba cari di kedai seafood fresh selalunya ada ketam nipah... sesiapa yang berdekatan shah alam, boleh lah cari di Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong... Memang ada jual sup ketam nipah.. menurut owner, memang banyak yang order sup ketam nipah untuk org yang demam denggi...saya sendiri baru tahu kerana ingin membantu seorang kawan baru yang anaknya kena demam denggi...Alhamdulillah dapat dia beli sup ketam nipah... 

tak berani lah pula saya nak letak phone no kat sini...tapi kalau ada yang nak cari boleh lah email saya: norbaizura26@gmail.com nanti saya akan beri no telefon nya... tapi kalau google ada kot...hihi...

Segala kesembuhan tu adalah datang dari Allah SWT & ketam nipah ni salah satu jalan untuk merawat sakit denggi... :)

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!