Jom Kita Kawan!!

21 May 2014

RUPA TAK CANTIK TAPI UMPPHH

Akibat tak tahan asyik nak kene beli je, maka terpaksalah belajar buat sendiri.. Nak beli mahal, buat sendiri murah sebab kos tenaga tak ada...haha..tapi memang patut mahal sebab nak membuatnya tu makan masa dan tenaga...

Maka untuk beginner macam saya ni ok la kiranya... rupanya rongak2 sikit..tapi rasa sangat sedap..  cheese tart... shell rongak tapi rangup... inti ok la, kurang manis.. tak ada blueberry jem..



Bahan-bahan

Shell
75g butter
200g tepung gandum
4 sudu tepung jagung
telur 1 biji
even vanilla
1/2 cawan gula

Filling
250g cream cheese
20g butter
1/2 cawan gula icing
1 biji telur

--------------------------------------------------------------------------

cara buat shell
1. Butter + Gula pukul hingga kembang
2. masukkan gula pukul hingga sebati
3. masukkan telur dan esen vanilla pukul hingga sebati
4. masukkan tepung jagung semua sekali , dan tepung gandum sikit demi sedikit
5. jadikan doh, sementara nak buat filling saya letakkan doh dalam peti ais

cara buat filling
masukkan creamcheese dan butter, pukul hingga sebati, kemudian masukkan gula. pukul hingga sebati dan kemudian masukkan telur... pukul hingga dapat texture halus... 

suhu oven cap ayam yang saya guna kat rumah ni :-

170, 15 minit untuk bakar shell sahaja
160, 20 minit bila masukkan filling dalam shell




No comments:

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!