Jom Kita Kawan!!

06 December 2011

~Checklist Barang Nak Bawa Bersalin~

Kelengkapan barang-barang untuk dibawa ke Hospital waktu bersalin selalu saja tak lengkap. Walaupun berpengalaman bersalin banyak kali, tetapi ada juga barang yang tidak dibawa...kes bersalin awal dan lambat packing barang lah kiranya ni. Jadi kali ini aku ambil keputusan untuk packing barang-barang tersebut lebih awal.Ada juga barang yang masih belum dibeli, maka malam ini sudah kene start membeli. Checklist aku ni juga harapnya boleh dijadikan rujukan serba sedikit pada ibu-ibu yang pertama kali nak menyambut kelahiran orang baru...

Barang untuk ibu
1. Kain batik
2. Tuala
3. Tuala Wanita untuk wanita lepas bersalin
4. Stokin tebal
5. Baju sejuk
6. Peralatan membersihkan diri - ubat gigi, berus gigi, sabun dan sebagainya
7. Sedikit bekalan makan - Roti / biskut & milo segera atau susu - time makan kat hospital ikut time... kemungkinan perut akan lapar, terutama jika baby kerap menyusu.
8. Selimut - aku dulu bawa spare sebab selimut di hospital nipis...
9. pakaian dalam

Barang untuk Baby
1. Pampers
2. Stokin
3. sarung tangan
4. Minyak bayi
5. Baby blanket
6. Pakaian bayi
7. topi baby

Dah siap dah checklist aku...

so, malam ni dah boleh pergi beli... :)

4 comments:

Papa Mifz said...

teringat lak time maso buat checklist nak sambut kelahiran Mifz...

~Z.U.R.A~ said...

tu la papa mifz, kalo anak sulung lagi la... barang bawak banyak x ingat... baju saja dah dekat 10 pasang... haha

eda_ej said...

kalau anak 1st mmg banyak gle barang bawak.. hehehhe.. tak de pengalaman kan.. =D

~Z.U.R.A~ said...

betul tu eda... :) sekali mcm nak berkampung kat hospital jer jadinya..hehe

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!