Jom Kita Kawan!!

20 June 2012

5th??????

Dalam perancangan untuk menguruskan badan yang dah beberapa tahun plus size, aku dikejutkan pulak dengan berita gembira.....

5th baby on the way... baru 4 weeks... nyaris nak minum Jamu Mak Dara... nasib baik sempat detect sebelum sampai Jamu tu....

Anyway... Mula-mula perasaan tu bercampur baur... gembira, risau, takut, macam2 ada..ada juga suara-suara suruh aku gugurkan kandungan, tapi TIDAK!!... aku terima rezeki dengan reda dan syukur... Anak-anak adalah anugerah... Bak kata En Suami, kalau boleh anak kita biar 10 org....

Episod loya2... pening2... alahan2 dah nak start.... gerak hati kali ni rasanya Pregnen Baby Boy.

08 June 2012

HOLIDAY @ GOLDEN PALM TREE - Room: Ivory Villa

Edisi jelajah kawasan berdekatan masih diteruskan.....
singgah semalam di Golden Palm Tree yang terletak di Sepang.. kira-kira 1 jam 30 minit dari rumah kami...

living room

Working & internet room

second room


master bedroom

bathroom 
bathroom








rate pernight RM1400++
bilik best, romantic
Oleh kerana bilik kami jauh, maka nak bergerak kene minta buggy service. kalau tidak memang tak sampai ke bilik...

persekitaran malam memang senyap.. aktiviti pantai seperti berbasikal, kayak, dan lain2 adalah percuma bagi yang menginap di sini. Aktiviti yang perlu dibayar plak antaranya memanah, atv, go-kart.

Room service adalah 24jam kat sini...kalau tiba-tiba lapar tu boleh lah order makan... makanan agak mahal sebab 5*, rasa boleh tahan lah... tapi desert kat sini memang best sangat...

kalau nak makan ikan bakar dan hasil laut, ada  juga gerai-gerai ikan bakar yang berdekatan... tapi selalunya memang ramai... Reception counter akan kenalkan 1 kedai ikan bakar yang memang sedap, sebelum pergi ke kedai tu, boleh call untuk buat order... jadi bila sampai tak perlu tunggu lama... kalau nasib kurang baik, kene tunggu turn untuk dapat table...

07 June 2012

HOLIDAY @ GRAND LEXIS - Room: Grand Pool Villa

Hari ke dua kami di Grand Lexis, kami telah bertukar bilik dari Deluxe Suite ke Grand Pool Villa (above sea). Kami dpat tingkat atas sebab tingkat bawah semua penuh...

Tingkat atas ni ada pool, open pool (pool tak tertutup). Saya agak gayat sebab tinggi dan nampak laut...

Bilik ni besar. Best sebab ada ruang tamu untuk anak2 berlari2...Rate satu malam adalah RM877.20 





bilik air

pool tingkat atas

atas laut, ada wifi service tapi agak slow sedikit...

HOLIDAY @ GRAND LEXIS, N9 - Room : Deluxe Suite

Lokasi Grand Lexis ni di area Lukut. Bersebelahan dengan Glory Beach Resort.

Hotel Grand Lexis ni 5*, setiap bilik ada pool sendiri. Kedalaman dalam 4 kaki..

Hari pertama kami duduk di Deluxe Suite. Yang paling murah. Rate adalah RM777.20 satu malam. Ada 2 King  Size katil.


*******************
Pool sendiri - Open roof


 ************************
Bilik Air


Ada Wifi, Room Services sampai pukul 1 pagi..Bilik ni tak view laut.

HOLIDAY @ A FAMOSA RESORT, MELAKA

assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis... sejak pindah rumah sendiri memang tak menang tangan... tambahan pula belum ada pembantu rumah... 

cuti sekolah dah nak habis... tentu ramai yang bercuti habis-habisan... aku pun sama... ambil kesempatan ni pergi bercuti... tapi di tempat yang berdekatan jer...

minggu pertama kami ke A FAMOSA RESORT di Melaka... gambar tak banyak kerana agak kurang suka dengan tempat ni... tak ada aktiviti yang menarik... kami ambil Luxury Villa sebab pergi 2 keluarga... ada 4 bilik dan 3 bilik air... ada pool sendiri...

harga villa ni mahal untuk 1 malam. dalam RM1300++ aircond kurang sejuk...nyamuk banyak...kalau sesiapa nak pergi dinasihatkan bawa ubat nyamuk... kami duduk 1 malam sahaja kat sini... room services ada tapi makanan kurang sedap...


kami tak masuk cowboy town, zoo atau water world sebab tidak menarik perhatian... 

Jejak Jari