Jom Kita Kawan!!

22 January 2014

MENU SIMPLE LAGI/ JUGA KESUKAAN ANAK-ANAK & SUAMI

Menunya udang masak merah...


Bahan-Bahan

Udang (10 ekor udang besar) - buang taik dia ya
Cili boh (4 sudu besar)
Bawang Besar (2 biji saiz sederhana Potong bulat)
Bawang Putih (1 biji je)
Lengkuas (tumbuk halus)
gula (2 sudu kecik)
garam (ikut suka)
air (1 cawan)


CARA MASAK
1. Tumis bawang besar dan bawang putih...
2. Masukkan cili boh tumis dalam 3 minit
3. Masukkan lengkuas, air dan gula
4. last sekali masukkan udang masak dalam 2 minit...

udang tu masak jap je xyah lama...kalau lama nanti liat sikit... (rasanya ramai tau)...
 

PENAWAR DENGGI

Assalamualaikum 

sejak kebelakangan ni ada kawan-kawan dan jiran yang kena denggi...
maka banyak lah yang membuat sup ketam... tapi kalau nak tahu ketam yang lebih mujarab adalah ketam nipah... 

bagi yang susah nak cari ketam nipah ni, boleh  lah cuba cari di kedai seafood fresh selalunya ada ketam nipah... sesiapa yang berdekatan shah alam, boleh lah cari di Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong... Memang ada jual sup ketam nipah.. menurut owner, memang banyak yang order sup ketam nipah untuk org yang demam denggi...saya sendiri baru tahu kerana ingin membantu seorang kawan baru yang anaknya kena demam denggi...Alhamdulillah dapat dia beli sup ketam nipah... 

tak berani lah pula saya nak letak phone no kat sini...tapi kalau ada yang nak cari boleh lah email saya: norbaizura26@gmail.com nanti saya akan beri no telefon nya... tapi kalau google ada kot...hihi...

Segala kesembuhan tu adalah datang dari Allah SWT & ketam nipah ni salah satu jalan untuk merawat sakit denggi... :)

Jejak Jari