Susah nya nak buat mee goreng sedap-sedap..
dah tengok resipi & follow tapi macam tak jadi je...
kesian en suami muka frust je tiap kali makan mee goreng buatan kita ni...
sekian...
Jom Kita Kawan!!
15 February 2014
07 February 2014
SERAM RESORT TU...LEPAS NI TAK PERGI LAGI...
Assalamualaikum...
Hari ini ingin menceritakan tentang pengalaman bercuti ke Langkawi sempena cuti Chinese New Year baru-baru ini... Kisah agak seram kerana saya dan keluarga yang alami sendiri...
Memandangkan percutian ni last minit plan, maka tempat penginapan lain di langkawi kebanyakannya dah penuh... maka kami pun membuat keputusan tinggal di satu resort yang harga nya murah tak padan dengan keluasan bilik...
kami ambil 4 bilik...masa mula-mula masuk kawasan resort tu nampak macam suasana kampung... seronok sebab banyak pokok-pokok...nyaman je... bila masuk bilik keadaan boleh tahan tapi kurang memuaskan dari segi kebersihan - habuk dan bilik air agak kotor...
Masa merehatkan diri, anak bongsu asyik nak berada dekat dengan saya..tak terfikir apa-apa tapi rasa bilik macam lain macam...jadi ambil keputusan untuk buka surah yasin dan baca ayat kursi banyak kali... tujuan nak pagar bilik tu dari makhluk2 lain..kemudian kami keluar ke pantai cenang dan singgah makan sekitar waktu maghrib, kemudian terus balik ke resort untuk berehat..
Nak dijadikan cerita, masa tengah tengok berita (tak solat kerana datang bulan), kat langsir di penjuru bilik aku nampak bayang-bayang hitam..tapi tak tegur dan buat tak tahu...lama juga lah pandang kat situ sebab nak pastikan apa yang kita lihat tu betul atau tak... maka bila dah confirm bayangan hitam saya terus buka surah yasin dan baca ayat kursi... Alhamdulillah tak ada yang kena kacau... sebenarnya kami pun silap kerana berada di pantai hingga waktu maghrib... (moga jadi teladan)
Malam tu pulak, time orang tengah tidur, aku terbangun dalam pukul 2 pagi sebab nak buat susu anak dan salin pampers...lagipun masa tidur pun memang tak lena...tidur-tidur ayam... masa nak but susu tu, sekali lagi aku nampak bayang hitam tu sedikit tinggi berdiri di tempat masak air dan berlalu masuk bilik air... masa tu memang takut tapi gagahkan diri bangun buat susu anak2 sambil mulut baca ayat kursi.. kalau melayan perasaan terkejut dan takut maka nanti akan tersasul untuk baca ayat kursi atau doa menghalau syaitan..alhamdulillah memang tak ada apa2 lagi lepas tu....cuma rasa seram amat...
Esok pagi baru inform suami tentang apa yang terjadi... maka suami kata lepas ni kejut dia dan jangan tunjuk berani... hhihihi...bukan nak tunjuk berani...cuma takut kene marah pulak kejut org tengah tidur lena sebab kepenatan...
sebenarnya, bilik kami menghadap sawah padi dan ada pokok tinggi2...pokok ketapang ke apa nama pun tak tahu..tapi pokok tu memang meredupkan dan menyeramkan... hihi...suasana nya seram...
Malam ke dua ada benda cuba ganggu anak sulung..macam ada benda melekat di lehernya...menangis2 dalam tidur secara tiba-tiba sambil meracau "pergilah..pergilah sana"... memang panic sebab seorang diri kat bilik sebab suami keluar ke bilik lain sekejap...memang gelabah masa tu...lepas tu baca ayat kursi 3 kali dan hembus kat muka anak... dia menangis tapi tak buka mata...lepas tu saya azan dan call suami suruh balik bilik... bila suami masuk bilik anak ok dan sambung tido... ntah kenapa...
mungkin benda tu marah sebab saya pagar ke wallahualam...

Subscribe to:
Posts (Atom)