Jom Kita Kawan!!

21 February 2013

MASALAH RAHIM NGERI!!

Setelah sekarang ni anak dah 5, rasa risau pulak tentang masalah kesihatan diri.. Lagi pulak bila berpantang "ala-kadar" je...

Masa di hospital ada juga dngar nurse bercakap... kalau kelahiran kerap (setiap tahun) nanti boleh mendatangkan masalah. salah satunya rahim terkeluar dari kedudukan yg sepatutnya...

maka aku dah habis pantang ni, merajinkan diri untuk buat "research" tentang penyakit ni...dan nak share juga kat sini..

Info dari Dr. Hamid Arshat (pakar sakit puan)


KEKENDURAN RAHIM


 Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.      

 Gangguan perkencingan.






Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.  
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.  
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang. 
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya. 

p/s: maka lepas ni kene buat research cara untuk elakkan masalah kekenduran rahim ni...

KHASIAT LEMON PADA WANITA



"Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan airlemon bolih bunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan dan tumbuhan2 tersebut."

Sumber rujukan: Dr. Hamid Arshat

Maka lepas ni kene lah selalu beli lemon.. Sesetengah org mengamalkan makan epal hijau. Tetapi nampaknya lemon ni lagi bagus. 

rasanya juga sesuai untuk suami yang merupakan perokok kurang tegar.. 


13 February 2013

KUCING BIRU & POPCORN

Assalamualaikum.

Mood kepeningan gara-gara melayan cerita kucing biru sepanjang hari... Oggy & The Cockroaches...
Anak-anak suka betul tengok cerita ni.. sampai kacau daku nak tengok tv... baru nak melayan rancangan masakan...nasib baik la ada rakam episod-episod sebelum ni... kalau tak maka sehari suntuk la dengar rengekan anak-anak nak tengok oggy...

kadang-kadang sampai kita pun dah terikut layan cerita oggy ni...baby tv pun dah tak boleh lawan... penangan oggy ni memang dasyat...walhal kartun tu tak ada suara pun...tak apa lah...mengalah sekejap sambil jenguk-jenguk blog...lama dah tak masuk sini membebel... (membebel ni ada ke yg baca)... Kadang-kadang nak buat kerja pun senang juga, bukak oggy, buat susu maka menapak lah semua depan tv..sempat la kita nak basuh kain, sidai kain, memasak n kemas rumah... :) cuma time berita jam 8 nak kena berebut pulak.. mummy & daddy nak tengok berita, anak-anak nak tengok oggy... sudahnya, beralih pulak tengok oggy kat laptop... barulah boleh ambil alih hak nak tengok tv... hahaha

Niat dihati nak buat popcorn hari ni... tapi cari bahan utamanya tak jumpa di sekitar Bukit Jelutong ni..sampai ke TTDI Jaya pun masih tak ada yang jual...Sebenarnya popcorn ni hubby yang request dari kelmarin... kesian dia bila kedai-kedai sekitar sini x jual bahan utamanya...


06 February 2013

RECOVER GAMBAR YANG TER DELETE

Salam,

Ada satu petang saya terima panggilan dari seorang adik ni bertanyakan  tentang software yang boleh recover balik gambar yang dah terpadam.

Ayoyoh.. so sorry ye adik, akak baru sempat jenguk blog ni.. almaklumlah busy bertambah pula tengah cuti bersalin... ampun ye dik, lambat tolong...

ni link yang ada nama software yang akak guna dulu tu... http://www.myluvprince.blogspot.com/2011/09/dah-berhaya-recover-gambar-raya.html

good luck ya... nak call tapi no aritu akak x save...


Jejak Jari