Jom Kita Kawan!!

13 February 2013

KUCING BIRU & POPCORN

Assalamualaikum.

Mood kepeningan gara-gara melayan cerita kucing biru sepanjang hari... Oggy & The Cockroaches...
Anak-anak suka betul tengok cerita ni.. sampai kacau daku nak tengok tv... baru nak melayan rancangan masakan...nasib baik la ada rakam episod-episod sebelum ni... kalau tak maka sehari suntuk la dengar rengekan anak-anak nak tengok oggy...

kadang-kadang sampai kita pun dah terikut layan cerita oggy ni...baby tv pun dah tak boleh lawan... penangan oggy ni memang dasyat...walhal kartun tu tak ada suara pun...tak apa lah...mengalah sekejap sambil jenguk-jenguk blog...lama dah tak masuk sini membebel... (membebel ni ada ke yg baca)... Kadang-kadang nak buat kerja pun senang juga, bukak oggy, buat susu maka menapak lah semua depan tv..sempat la kita nak basuh kain, sidai kain, memasak n kemas rumah... :) cuma time berita jam 8 nak kena berebut pulak.. mummy & daddy nak tengok berita, anak-anak nak tengok oggy... sudahnya, beralih pulak tengok oggy kat laptop... barulah boleh ambil alih hak nak tengok tv... hahaha

Niat dihati nak buat popcorn hari ni... tapi cari bahan utamanya tak jumpa di sekitar Bukit Jelutong ni..sampai ke TTDI Jaya pun masih tak ada yang jual...Sebenarnya popcorn ni hubby yang request dari kelmarin... kesian dia bila kedai-kedai sekitar sini x jual bahan utamanya...


No comments:

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!