Jom Kita Kawan!!

21 February 2013

MASALAH RAHIM NGERI!!

Setelah sekarang ni anak dah 5, rasa risau pulak tentang masalah kesihatan diri.. Lagi pulak bila berpantang "ala-kadar" je...

Masa di hospital ada juga dngar nurse bercakap... kalau kelahiran kerap (setiap tahun) nanti boleh mendatangkan masalah. salah satunya rahim terkeluar dari kedudukan yg sepatutnya...

maka aku dah habis pantang ni, merajinkan diri untuk buat "research" tentang penyakit ni...dan nak share juga kat sini..

Info dari Dr. Hamid Arshat (pakar sakit puan)


KEKENDURAN RAHIM


 Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.      

 Gangguan perkencingan.






Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.  
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.  
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang. 
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya. 

p/s: maka lepas ni kene buat research cara untuk elakkan masalah kekenduran rahim ni...

6 comments:

MaMa3HerOO said...

Aduh.ngeri pulak tgk..tq share info psl ni..

Zura said...

welcome..untuk panduan kan... ngeri

attyfir said...

salah satunya kalo ikut org melayu zura..urut ngn bidan naik kan rahim..leh tahan gak sakit..tp tgk orglah.kalo tahan sakit.takde apa pun.

Zura said...

ye ke kak atty.. :D saya haritu pun leh tahan gak sakitnya time bidan urut lepas bersalin tu..

yanmaneee said...

golden goose shoes
lebron shoes
birkin bag
golden goose outlet
vans outlet
off-white
moncler jackets
supreme clothing
yeezy shoes
off white hoodie

Unknown said...

v0u09g1e31 b3u48g9t43 a4j34c9q94 r6g15y2k72 i4m96p5t20 z1i36w0e23

Jejak Jari