Jom Kita Kawan!!

17 July 2013

MENU NI SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP

Start bulan puasa ni, macam-macam menu kita lihat...
mula lah berangan nak masak masakan yang sama...hakikatnya tak pandai... walaupun resepi ada tapi still macam tak jadi...

seperti biasa, setiap kali bulan puasa, hubby request 1 masakan sejenis sambal yang aku selalu buat tiap kali bulan puasa... bukan apa, sambal ni senang dan sedap untuk makan untuk apa2 lauk bersama nasi...

org panggil sambal tokok.. macam2 resepi kalau google... tapi resepi aku simple je...

bahan-bahan:
ikan bilis (tumbuk bagi hancur sikit)
belacan (bakar dulu)
bawang besar (tumbuk)
cili padi (tumbuk) sikit je sebab anak2 x boleh makan pedas sangat
garam
gula
minyak sikit

cara selalu buat:
tumbuk bawang, belacan, cili padi sampai lumat, lepas tu masukkan ikan bilis, tumbuk sampai hancur sikit
lepas tu panaskan minyak dan goreng semua bahan tumbuk dan masukkan garam + gula...

siap...

selalu kat umah ni buat banyak sebab boleh makan dengan roti atau buat perencah nasi goreng...makan dengan bubur pun sedap...

rasanya ramai yang suka sambal ni kut??

2 comments:

ct rahani said...

sambal tokok.. sedapnya zura.. lama x buat..

Siti Sarah.Zakaria said...

best tu sis zura..biasa saya goreng ikan bilis mcm tu je x tumbuk..pastu gaul dengan cili padi & bawang besar..happy blogwalking ;)

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!