Jom Kita Kawan!!

13 December 2012

KORANG PERNAH TAK?

Pernah rasa down satu macam?

Terutama yang berkaitan dengan duit. Zaman sekarang, duit memang penting. Terutama untuk yang sudah brkeluarga dan ada anak-anak... 

Pernah aku rasa macam ni beberapa minggu lepas.. Tapi alhamdulillah sekadar jatuh tapi belum tersungkur...

Kadang-kadang Allah nak menduga kita...
Alhamdulillah walaupun jatuh kita tetap kena berusaha mencari rezeki disamping memohon pertolongan dariNya... 

Masa kita susah, baru kita boleh menilai mana sahabat mana sekadar kawan...

Yang penting, jangan sampai kita susahkan pasangan kita dengan perangai kita yang bila tengah stress akan berubah dari manusia menjadi ala-ala beruk mokyeh... hahaha
Biar susah sama susah dan senang sama senang... Rezeki Allah luas, cuma kita yang perlu berusaha mencarinya dengan cara yang halal...

Alhamdulillah syukur...

13 November 2012

Tarikh Keramat

Tarikh keramat untuk kelahiran anak ke - 5.

29/01/2013 

lagi 7 minggu sahaja lagi... rasa cuak jugak walaupun sudah anak ke 5... rasa sakit bersalin tahun lepas pun belum hilang... haha~~

Semoga kali ni tak ada masalah juga seperti sebelum ini... 

lepas ni berehat panjang... mungkin lagi 5 tahun baru tambah lagi anak... 

walaupun orang kata zaman sekarang x payah anak ramai-ramai, tapi aku tetap nak anak ramai... paling kurang 7 orang.... InsyaAllah...

29 October 2012

Sesak Tahap Infiniti....

Salam Aidiladha semua.. (mood raya masih ada)...

Hari ni nak bercakap pasal jem...
Maklumlah baru pertama kali mengalami dan mengharungi jem ni...
Dari Sungai Petani ke Bukit Jelutong, Shah Alam.
Bertolak 4.30 petang dan kami sampai ke rumah dalam pukul 2.30 pagi..

Teruk sangat jem semalam...
ingat bertolak lambat bolehh elak jem...rupanya lagi teruk...
total time 10jam atas jalan, tu pun tak berhenti langsung... isi minyak penuh-penuh..beli makanan siap-siap...
walaupun rasa nak buang air kecil, memang tahan je semalam... untung anak-anak ada pampers... 5 kali tukar pampers...

sapa harungi jem semalam? apa story yang balik siang sebelum 3 pm ke? tak kira lah mana lokasi anda... cuber update sikit sebab aku masih terkejut lagi pasal jem semalam...lepas ni taubat tak balik time esok org dah masuk kerja...

24 October 2012

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua kawan-kawan blogger...

aku berara di shah alam tahun ini..keadaan diri sarat tak mengizinkan aku jalan jauh...

lama dah tak terima daging korban... hehehe... mesti kene pergi masjid kalau nak dapat daging korban tu... nak merasa daging korban tu tunggu anak-anak besar lah...

selamat beraya semua....

22 October 2012

Menu Bayi Ku - Aleeya


My pumpkin Aleeya yang makin tembam sekarang... makan dah macam orang besar. mesti nasi hari-hari... satu hari 3 kali.. Jadi kene lah selalu tukar2 menu dia...

paling dia suka bubur nasi campur carrot dan serbuk ikan bilis...

serbuk ikan bilis tu but sendiri.. salai ikan bilis (buang tulang) dan  lepas dah salai kisar kering sampai halus betul.. selalu buat lebih stok sebab boleh tabur atas bubur apa-apa pun sebagai perasa tambahan... memang sedap sangat...

Aleeya selalu kalau ada serbuk ikan bilis tu memang 2 mangkuk habis...

menu hari ni - bubur nasi + carot + brokoli bersama sebuk ikan bilis...

ibu pun boleh tumpang sekaki... hahha

21 October 2012

Aleeya beraya dengan Awal

 Lama dah tak tempek gambar anak-anak... banyak dah gambar diaorg dalam lappy ni...
masing-masing dah besar... sayang anak2 mummy...

Hazeeq

 Hariz

 Aleesya

Aleeya (dengan awal - raya 2012)

Baby Boy Vs Baby Girl

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis kat blog...
kadang-kadang sempat jenguk je...

Well sekarang terbaru aku tengah menjalani dugaan mengandung.. anak ke 5 sudah... and maybe will be the last...

Walaupun belum scan jantina baby, tapi gerak hati mengatakan baby ni lelaki...maka tambah lah lagi 1 hero dalam keluarga kami... kalau betul maka anak aku nanti 3 lelaki dan 2 perempuan... hehe... mesti riuh rendah rumah...

Kali ini mengandung aku jadi malas sangat... malas dari segi menghias diri untuk suami, apatah lagi time nak keluar rumah. Masuk shopping complex pun dah malas... apa lagi bercuti-cuti malaysia...hahaha.. dulu masa mengandung hazeeq dan hariz pun macam ni... suka duduk rumah je... Lain pulak masa mengandung aleesya dan aleeya, aku kaki jalan, kaki bercuti dan kali shopping.. bab bersolek jangan cakap lah... duduk rumah pun make-up...

Cabaran uruskan rumahtangga dan anak-anak sedikit meletihkan tambahan pula pembantu rumah dah berhenti kerja gara-gara ikut boyfriend bangla nya... nak cari pembantu rumah baru susah sikit sekarang, silap haribulan, duit yang kita bayar maid lebur je bila dapat maid yang teruk...

Maka buat masa ni aku lah yang uruskan segalanya... memang triple letih sebab dalam keadaan diri yang tengah mengandung.. tapi tak apa... semoga keletihan aku ni di balas dengan pahala besar oleh Allah swt... amin

10 August 2012

RAYA LAGI...

Salam semua...

ramadhan sudah tinggal seminggu lebih sahaja..
bulan penuh keberkatan yang datang setahun sekali...

persiapan raya tentu dah buat..
baju anak-anak, perabot, langsir baru... tak lupa juga kuih muih...
tahun ini planning nak buat tart nenas, tapi tak berkesempatan sebab sibuk dengan tugas harian...

baju anak-anak dah selesai..
baju mummy & daddy belum sempat..

tahun ni beraya di rumah sendiri..agaknya ada tak orang nak datang ya...

09 July 2012

Kahwin Agama????

Borak-borak dengan bibik...

bibik secara tidak sengaja menceritakan tentanng kawan-kawan dia yang berada di Malaysia, tentang kahwin agama... aku memula tidaklah faham, tetapi lepas dengar ceritanya, aku cakap dengan dia, bukan kawin agama macam tu, namanya kahwin nafsu...

Ceritanya biar diringkaskan, kawan bibik ni, di Indonesia sudah ada suami dan anak, tapi semasa bekerja di Malaysia dia "berpacaran" dan ada yang tinggal sebumbung... seperti suami isteri... malah kata dia ada yang sampai ada 2 "suami" di Malaysia dan 1 suami di Indonesia... aku terkedu dengar... cuma aku bagi tahu dia, jangan cakap kahwin agama... itu kahwin nafsu... kesian suami di kampung kan... Berdosa besar...



20 June 2012

5th??????

Dalam perancangan untuk menguruskan badan yang dah beberapa tahun plus size, aku dikejutkan pulak dengan berita gembira.....

5th baby on the way... baru 4 weeks... nyaris nak minum Jamu Mak Dara... nasib baik sempat detect sebelum sampai Jamu tu....

Anyway... Mula-mula perasaan tu bercampur baur... gembira, risau, takut, macam2 ada..ada juga suara-suara suruh aku gugurkan kandungan, tapi TIDAK!!... aku terima rezeki dengan reda dan syukur... Anak-anak adalah anugerah... Bak kata En Suami, kalau boleh anak kita biar 10 org....

Episod loya2... pening2... alahan2 dah nak start.... gerak hati kali ni rasanya Pregnen Baby Boy.

08 June 2012

HOLIDAY @ GOLDEN PALM TREE - Room: Ivory Villa

Edisi jelajah kawasan berdekatan masih diteruskan.....
singgah semalam di Golden Palm Tree yang terletak di Sepang.. kira-kira 1 jam 30 minit dari rumah kami...

living room

Working & internet room

second room


master bedroom

bathroom 
bathroom








rate pernight RM1400++
bilik best, romantic
Oleh kerana bilik kami jauh, maka nak bergerak kene minta buggy service. kalau tidak memang tak sampai ke bilik...

persekitaran malam memang senyap.. aktiviti pantai seperti berbasikal, kayak, dan lain2 adalah percuma bagi yang menginap di sini. Aktiviti yang perlu dibayar plak antaranya memanah, atv, go-kart.

Room service adalah 24jam kat sini...kalau tiba-tiba lapar tu boleh lah order makan... makanan agak mahal sebab 5*, rasa boleh tahan lah... tapi desert kat sini memang best sangat...

kalau nak makan ikan bakar dan hasil laut, ada  juga gerai-gerai ikan bakar yang berdekatan... tapi selalunya memang ramai... Reception counter akan kenalkan 1 kedai ikan bakar yang memang sedap, sebelum pergi ke kedai tu, boleh call untuk buat order... jadi bila sampai tak perlu tunggu lama... kalau nasib kurang baik, kene tunggu turn untuk dapat table...

07 June 2012

HOLIDAY @ GRAND LEXIS - Room: Grand Pool Villa

Hari ke dua kami di Grand Lexis, kami telah bertukar bilik dari Deluxe Suite ke Grand Pool Villa (above sea). Kami dpat tingkat atas sebab tingkat bawah semua penuh...

Tingkat atas ni ada pool, open pool (pool tak tertutup). Saya agak gayat sebab tinggi dan nampak laut...

Bilik ni besar. Best sebab ada ruang tamu untuk anak2 berlari2...Rate satu malam adalah RM877.20 





bilik air

pool tingkat atas

atas laut, ada wifi service tapi agak slow sedikit...

HOLIDAY @ GRAND LEXIS, N9 - Room : Deluxe Suite

Lokasi Grand Lexis ni di area Lukut. Bersebelahan dengan Glory Beach Resort.

Hotel Grand Lexis ni 5*, setiap bilik ada pool sendiri. Kedalaman dalam 4 kaki..

Hari pertama kami duduk di Deluxe Suite. Yang paling murah. Rate adalah RM777.20 satu malam. Ada 2 King  Size katil.


*******************
Pool sendiri - Open roof


 ************************
Bilik Air


Ada Wifi, Room Services sampai pukul 1 pagi..Bilik ni tak view laut.

HOLIDAY @ A FAMOSA RESORT, MELAKA

assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis... sejak pindah rumah sendiri memang tak menang tangan... tambahan pula belum ada pembantu rumah... 

cuti sekolah dah nak habis... tentu ramai yang bercuti habis-habisan... aku pun sama... ambil kesempatan ni pergi bercuti... tapi di tempat yang berdekatan jer...

minggu pertama kami ke A FAMOSA RESORT di Melaka... gambar tak banyak kerana agak kurang suka dengan tempat ni... tak ada aktiviti yang menarik... kami ambil Luxury Villa sebab pergi 2 keluarga... ada 4 bilik dan 3 bilik air... ada pool sendiri...

harga villa ni mahal untuk 1 malam. dalam RM1300++ aircond kurang sejuk...nyamuk banyak...kalau sesiapa nak pergi dinasihatkan bawa ubat nyamuk... kami duduk 1 malam sahaja kat sini... room services ada tapi makanan kurang sedap...


kami tak masuk cowboy town, zoo atau water world sebab tidak menarik perhatian... 

24 April 2012

Pengarang Jantung Hati





buah hati pengarang jantung... sekejap je kalian membesar.... Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada anak-anak kesayangan ku... Panjangkan lah umur mereka, dan berilah kesenangan dalam setiap langkah hidup mereka.. Kurniakan hidayahmu... pelihara anak-anakku dari perkara yang tidak baik...Panjangkan umurku dan suami serta insan-insan terpenting dalam hidup anak-anak ku, supaya mereka dapat membesar disamping kami yang sangat menyayangi mereka... Amin...

11 April 2012

HILANG? LESAP?

Assalamualaikum,

Lamanya berjauhan dari blog. Sejak bekerja sendiri masa memang tidak mencukupi. tugas sebagai ibu, isteri dan boss memang memenatkan... bukan 100% kudrat diperlukan, lebih dari 200% rasanya.

Nyaris lupa diri sendiri ada blog. Mujur ada kenalan jauh yang menjadi silent reader blog aku ni yang bertanya khabar diri aku dan blog...

Cuaca mendung hari ni, maka sambil melayan kerenah anak-anak yang tak mahu tidur petang ni, sempatlah meluangkan masa di sini...selalu surf internet untuk tengok menu masakan sahaja... maklumlah sekarang hari-hari masak sendiri... berlainan dengan dulu, hari-hari beli...

oh ya, maid aku belum dapat.. Kerajaan malaysia masih bekukan kemasukan maid kan.. lambatnya... tak larat buat sorang2 ni... tapi yang hairan, buat kerja seharian memang keletihan sangat, tapi badan tak jugak kurus... pelik betul... mungkin sebab aku cover balik time makan kah? susahnya nak control... lagipulak bila  kita masak sendiri, lauk pauk tu rasa sedapnya.. hahahaha... (perasan sedikit)....

lama x aktif kat dunia maya ni.. dulu rajin juga jenguk2 blog kawan2... maka sekarang dalam alam maya pun dah kurang kawan- kawanku...haaaaaaaa

28 February 2012

BAJU UNTUK PLUS SIZE


Nanti saya upload gambar baju untuk plus size... target nak jual untuk raya...but husband kata jual dulu online then tempah juga yang lain untuk jualan di bazar....

kalau ada kakak-kakak, adik-adik nak tempah jahit manik,,, sila lah sms saya : 0123274636. 
terus terang, yang jahit ni adik saya (full time jahit manik) dan memang jahitan kemas dan cantik... Bulan 6 dah tutup order ya... 

Antara hasil kerja beliau macam di bawah ni:-






Tq...

Pinggang Patah

Pinggang patah?

bukan patah betul.... patah rasa2 aje....
sebab keletihan menyapu umah baru sambil mendukung anak dara.... dia tak mahu duduk langsung.. hadui...

minggu ni bz sikit... busy mengemas rumah...minggu depan dan pindah masuk.... letih lah kalau tak ada bibik..... huhu~~

sangat tak sabar nak pindah masuk dan mencuba skill memasak... maklumlah dah 5 tahun tak memasak... buku masakan dah beli 2 dah... harap2 la sedap masakan ku... maklum lah, tinggi diri cakap dengan husband "mummy masak lagi sedap dari yang kat kedai makan"...

Disamping tu, tak sabar nak menanti ketibaan kain dari Ummi ros... sian ummi terpaksa pos dari KLIA... Ingat nak jumpa Ummi tapi x berkesempatan sebab memunggah barang-barang...

ok lah nak tidur petang kejap...letih sangat nanti petang dah nak bersihkan rumah pulak....

22 February 2012

BUAT LAH DENGAN IKHLAS

"BILA BERSEDEKAH, BIARLAH DARI IKHLAS HATI.. JANGAN DI FIKIR TENTANG JUMLAH YANG DI BERI.. WALAUPUN SEDIKIT, MAKNANYA BESAR PADA YANG MENERIMA... "

lama tak menulis kat blog... memang terlalu sibuk dengan urusan harian mencari client dan juga menguruskan anak-anak dan rumah tangga...

dah berhabuk bersawang blog yang tak seberapa ni.... agaknya bila lah boleh menulis kembali... sempat blogwalking di beberapa blog...tapi tak berkesempatan nak mengomen....


ada hutang lama belum tertunas... hadiah kepada follower bertuah... insyaAllah minggu depan akan di poskan.... maaf yer akak keep on delay....



30 January 2012

Tersentuh Hati

Masa berjalan ke Mydin petang tadi, aku ternampak seorang makcik tua tengah berjalan sambil membawa bungkusan keropok ikan untuk dijual. Muka makcik tu nampak keletihan, agaknya dah seharian dia cuba menjual keropok tersebut..Oleh kerana aku nak cepat membeli barang, maka aku jalan agak laju melintasi makcik tu...

Masa keluar dari Mydin, nampak makcik tu masih ada kat sana.. sambil meminta org untuk membeli. Aku sambil lalu disapa oleh makcik tu, agak tersentuh dengan ayat nya "tolong lah dik, beli satu pun jadi lah" tapi aku time tu hanya senyum kat makcik tu... sebab tengah bawak barang di kanan kiri, tengah dukung Alesya ditangan kanan. Maka memang tak berhenti bila disapa makcik tu... tapi sempat lihat mukanya semasa senyum tu...muka keletihan. Bila masuk kereta baru rasa bersalah amat, berapa lah sangat harga keropok tu kalau nak dibeli, berbanding tiap2 petang aku beli ayam uncle bob yang beharga RM5.50 setiap satu...

Masalahnya, aku dah banyak kali beli keropok-keropok tersebut...semuanya belum tergoreng... penuh dalam kainet dapur...Tapi masa menceritakan pada hubby, hubby pesan, tak salah kalau beli satu...anggap satu sedekah... erm... insyaAllah aku beli klau jumpa dia lagi...

Sekurangnya makcik tu gigih mencari rezeki, walaupun dengan cara payah macam tu, sekurang2 nya dia tak meminta sedekah tanpa berusaha terlebih dahulu...maka kita kena bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang kan... tak perlu merungut kalau income sedikit sebaliknya terus berusaha memperbaiki keadaan.

28 January 2012

OUR 2012 NEWLOOK!!! CUTE TAK??









BICARA SEORANG SUAMI

Bila hubby tengok perempuan cantik tak bertudung, panjang saja jelingan nya...tambah pula kalau cantik, freehair dan seksi... sebagai isteri memang rasa macam tertusuk kat hati...

jadi bertanyalah kepada hubby, kalau dia suka lihat benda2 mcm tu, kenapa x izinkan isteri berpewatakan seperti itu...maka hubby pun jawap, walaupun dia suka apa yang dilihatnya, tapi TIDAK mungkin dia akan membenarkan aku berpewatakan sedemikian kerana apa yang tak patut dilihat oleh orang lelaki lain, tak mungkin dia benarkan isterinya menayang sesuka hati....

Aku terus terdiam... abis, kalau mcm tu kat rumah lah aku kene bersolek, pakai seksi2 dan kene buat rambut lawa2... Alhamdulillah suami aku berfikiran mcm tu...syukur...

p/s: DALAM HATI TETAP X PUAS HATI SEBAB DIA SUKA TENGOK PEREMPUAN SEKSI.... APA NAK BUAT????

27 January 2012

PESANAN NURSE DAN DOC LEPAS BERSALIN

Yang dinasihatkan kepada aku:-

1. Jangan stop breastfeed terlalu awal.

2. Cepat2 pakai perancang kehamilan. Time sesuai ialah setelah rahim kecut - selepas 40 hari mcm tu

3. Jangan takut nak cuci tali pusat bb dengan ubat yang hospital bagi... baby nangis sebab ubat tu sejuk bukan sebab sakit...

4. Lain kali kalau mengandung lagi, jangan minum AIR SELUSUH, biar bersalin sendiri.. katanya air selusuh akan menyebabkan bb keluar awal dari sepatutnya sedangkan pintu (jalan keluar bb) belum terbuka banyak...

5. Jangan takut buang air besar walaupun selepas bersalin sebab nanti akan jadi penyebab buasir.

25 January 2012

Cabaran Baru, Kuatkan Azamku

Assalamualaikum semua...

lamanya tak menulis kat sini. Kesibukan melampau sejak bersalin. Ditambah pula berebut lappy dengan putera-putera gara-gara mereka nak tengok upin dan ipin...

Macam mana cuti baru2 ni? Mesti banyak aktiviti best2 kan. Aku macam biasa melakukan aktiviti bersama anak2 tersayang. Sejak dapat anak ke 4 ni, bertambah waktu berjaga... kurang sudah waktu tidur... hehehe...

Balik kampung baru-baru ni memang mencabar... dengan anak2 yang masih kecik dengan kerenah masing2... hujur anak sulung agak matang sikit... lagipun dia duduk didepan dengan daddy... kuranglah meragam...kami kat belakang macam ikan sardin...hehe.. nasib baik time tido diaorg tak meragam... lama gak la memasing tido... tapi time jaga sekali gus... memang pening...bukan merungut dengan anak2..mungkin mereka xselesa... kereta persona kami tu kecik aje... maka aku dah pasang angan2... tahun ni nak tukar kereta... mohon pada Allah rezeki kami ada...

Cabaran bila kembali ke rumah... macam biasa oleh kerana kami tak jadi pindah lagi, maka anak2 banyak kene abiskan masa berkurung di dalam bilik...atau erti kata lain tingkat atas sahaja...kalau turun ke tingkat bawah, nanti abis bersepah dan mengganggu org nak berehat... maka aku "terpaksa" mengurung mereka sementara nak pindah ke rumah baru.... sekali lagi aku mohon pada Allah semoga kami dapat rumah yang dicari secepat mungkin... amin...


06 January 2012

~bukan Plan Aku~

Bila org tahu tarikh lahir anak aku yang ke 4, org dok tanya memang plan ke aper? aku bersalin normal, mana boleh plan-plan.... kalau melalui pembedahan mungkin boleh lah dikatakan plan... kalau ikut aku, nak bersalin bulan 1... sekurangnya sama bulan dengan hubby... Tapi tak kisah lah apa tarikh lahir anak-anak...yang penting mereka lahir dengan sihat walafiat....

malam krismas tu, aku terkejut jugak.. rasa sakit nak bersalin tu aku rasa sejak pukul 10.. kalau nak tahu macam mana aku boleh agak aku nak bersalin, tandanya perut sakit macam nak buang air besar, tapi ulang alik toilet 10 kali still tak berak... tu maknanya dah nak bersalin...

aku sampai kat hospital, jalan dah buka 5cm, terus masuk bilik bersalin... mujur ada sorang doktor tunggu...saat anak aku keluar, sorang pun tak jangka dan tak ready...siap pesan kay aku jangan push lagi sebab jalan belum buka sepenuhnya...masalahnya diaorg belum check bukaan yang terbaru... oleh kerana aku memang dah yakin anak aku nak keluar, aku terus push... memang sah2 dah sampai masa untuk push....nasib baik aku tak tahan ikut arahan diaorg... alhamdulillah senang je anak ke 4 keluar... tak kene gunting tapi still kene jahit sebab ada luka di dalam..... nurse tu jahit tak letak ubat bius.... sakit giler.......

nanti sambung cerita, anak2 dah bangun dari tidur....

Jejak Jari