Jom Kita Kawan!!

17 June 2011

BARANG UNTUK IBU DAN BAYI

Kadang-kadang kan, time dekat nak bersalin ni mcm keliru sedikit apa nak dibawa ke hospital..aku yang dah banyk kali bersalin ni pun leh x ingat..pasal hubby yang pack kan...kalau korang x check abis lah...suami ni kadang2 macam2 benda dia taruk dalam beg...kuikuikui...tapi x apa lah, niat dia nak menolong kan...sapa suruh kita tak buat sendiri...tu la, manjaa kunun...hukhuk..

pada 1st time mommy tu leh la buat rujukan..

Untuk Ibu:-

1. Kain batik - 2 helai cukup dah
2. Tshirt - 2 helai gak
3. Baju Sejuk (malam kat hospital sejuk gila) -selimut nipis
4. Stokin tebal - bawak lah dalam 3 pasang spare...
5. Tuala mandi
6. Maternity Pad - best pakai brand Pureen
7. underware (untuk pakai maternity pad)
8. Biskut Kering - untuk  bekalan kat sana at least perut x masuk angin sementara tunggu makanan hospital
9. Plus Air Panas
10. Milo / Susu - untuk cicah ngan biskut la


Untuk Baby

1. Baju baby -
2. Stokin Baby
3. Selimut baby
4. Sarung tangan
5. napkin sikit / tuala bb
6. pampers - bawak lebih - satu pek kecik untuk newborn pun ok...
7. topi kepala baby
8. Minyak angin - untuk sapu lepas dia mandi n masa tukar pampers... kasi dia sentiasa warm

ada lagi tak tertinggal ek?

4 comments:

Andrik McVean said...

hi..i have followed your blog and i hope you can follow me back...i will be waiting you on my blog yeah..cheers

Puan Kutu said...

huhu byknya list..dulu ms nak bersalin pegi sehelai sepinggang ja.sadis!keke...

Cik Puan Zura said...

PK~ hehe...sehelai sepinggang tu kes xsempat nak pack ker..hehe...

Cik Puan Zura said...

Hi Andric, followed you...thanks

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!