Jom Kita Kawan!!

18 August 2011

TAK SANGKA KAN....

Semalam berborak dengan suami...Kebetulan anak2 tidur awal semalam....

borak dengan suami, tak sangka anak kami dah nak masuk 4... Ya Allah.... aku tanya suami, rasa happy tak? or rasa malu sebab anak2 dekat jaraknya... then suami kata malu apa...bukan kitaorg menyusahkan sesiapa...rezeki Allah nak bagi... tapi lepas bb lahir, aku dan suami decide nak tutup kilang terus... Doktor tak bagi aku tutup kilang..dia cadangkan aku pakai IUCD....

Tahun depan aku dah 30tahun dah.... maybe masa dah sampai untuk aku jadi surirumah sepenuh masa...sambil2 aku jalankan business online kan....sekarang ni material belum cukup dek kerana tukang jahit baju tak dapat nak siapkan tempahan aku sebelum raya...so, nampaknya aku akan start semuanya lepas raya....

Aku bukan apa..sikitpun tak rasa sedih dgn kehadiran org baru ni... aku cuma takut time nak bersalin nanti...terpaksa menyusahkan MIL aku untuk jaga kejap anak2 aku.... minta2 lah kali ni lahir tak lama duduk di hospital....mcm Alesya haritu aku duduk kat hospital sampai 5 hari... tak tahan rindu kat anak2 teruna satu hal....lagi satu tak nak menyusahkan MIL aku....

Planning nak pindah rumah sendiri pun masih berjalan ni..cuma tak dapat nak pilih tempat lagi....walaumacam mana pun, kami tetap nak pindah dan ambil pembantu rumah untuk jaga anak2...sementara aku nak berenti kerja ni kene pastikan dah start apa2 business... kesian kat suami kalau dia sorang-sorang nak cari income....

Dah lama duduk dengan MIL..dah sampai masa MIL berehat pulak.... Sampai bila aku nak harapkan bantuan MIL dalam hal penjagaan anak2 aku... So macam mana berat sekalipun aku nak berenti, aku kene kuatkan semangat...Rezeki ada kat mana-mana...Cuma kita kene berusaha nak dapatkan rezeki tu... jadi walaupun aku dah x bekerja kelak, aku akan berusaha guna kemudahan internet.... InsyaAllah sikit2 lama2 jadi bukit kan.....yang penting aku dapat jaga sendiri anak2....bestnya....

15 comments:

EdaManAli said...

a'aa...ank kan rezeki, terima seadanya...esok2 dh tua, seronok laa ank2 ramai, b'gilir2 jge mak ayah diorg...

take care...

nuRuL haNis said...

Mmg seronok dapat jaga anak. Sekurang2nya kita tahu perkembangan dorang dan cara kita corak mrk, amat berbeza kalau org lain jaga anak2 kan?

nuRuL haNis said...

Mmg seronok dapat jaga anak. Sekurang2nya kita tahu perkembangan dorang dan cara kita corak mrk, amat berbeza kalau org lain jaga anak2 kan?

Hanis Azla said...

setiap anak membawa rezeki utk kita.. Bagusnya nak jd surirumah sepenuh masa.. asalkan ada perkara yg kita boleh buat sebagai pendapatan sampingan mmg tak jadi masalah utk kita ddk di rumah pun kan.. anak2 juga boleh membesar di depan mata..

Zura said...

Eda, betul tu...nanti bila dah tua anak2 ramai kita pun tak sunyi...

Zura said...

Nurul, betul tu...sekurang2nya kita corak anak2 dengan cara kita sendiri..bukan dengan cara org yang menjaga..

Zura said...

kak hanis, tu lah memang habis fikir dah dan confirm nak jadi suri rumah sepenuh masa...dapat luangkan masa dengan anak2..jadi ibu sebenuhnya...best nyaaa..pendapatan sampingan tu sekurangnya dapat bantu suami jana income keluarga kan kak...

attyfir said...

kty dulu pun pakai iucd..alhamdulillah okeh..jer

tp lor ni dah tutup kilang terus.

Puan Kutu said...

alhamdulillah moga niat nak buat bisnes utk cari pendapatan lebih berjaya..Amin..:)

Zura said...

kak atty, nampaknya nak try gak la iucd..rsa rugi plak saya nak tutup kilang awal... kuikuikui

Zura said...

Puan kutu, tq...amin ya rabbal alamin

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza pun age 29 anak dah 4 org. yg ke 5 je dpt masa umur dah 36. itu pun selepas tiba2 hubby teringin nak tambah. kalau boleh elak pregnant masa umur melepasi 35... sgt letih.

NzA said...

setiap anak dikurniakan rezeki..InsyaAllah, moga zura brtmbah murah rezeki....

Zura said...

ye ke kak liza?
baru cadang nak tambah masa umur 35 keatas untuk anak ke 5...hehehe

Zura said...

kak NzA~ tq amin kak....

Jejak Jari