Jom Kita Kawan!!

04 August 2011

Suasana Kampung Atau Bandar

Tengah-tengah merehatkan minda ni, teringat pula suasana berpuasa di kampung. Tambahan masa zaman kecil-kecil dulu...

Di kampung, menu sahaja pun dah berbeza dengan kat bandar ni... Dulu kat kampung selalu lah dapat makan kuih muih yang sedap-sedap... contohnya buah melaka..kat kampung, kelapa saja dah segar...inti gula melaka pun memang besar, kira betul2 rasa kuih lah...semalam aku terbeli buah melaka kat bazar, color dah ok, 13 biji seringgit, rasa nya tawar dan kelapa sedikit masam... menyesal beli...

Lagi menu yang sedap kat kampung dulu ialah pulut panggang... intinya memang rasa dari mula-mula kita gigit pulut tu... tapi kalau kat sini pulut lebih dari inti....inti seciput je.... harga mahal plak... Sate kampung pun walaupun kecik2 isinya tapi rasa fresh la... ada lemak2 ayam tu.... lembut x liat.... kat sini aku berapa kali beli pun semua jenis sate frozen..bau wangi dah tapi bila makan nak telan tu rasa mcm lekat je kat tekak.... huhuhu~~~ 1 cucuk 50sen...

Kalau bercerita bab suasana nak berbuka puasa tu jangan cakap lah... kat kampung best sebab boleh bertukar2 juadah dengan jiran2... sambil nak menunggu berbuka puasa kan... walaupun juadah yang kita tukar tu kita beli kat bazar tepi jalan... kat area umah aku, memang x ada lah suasana mcm tu...mungkin warga bandar sibuk balik dari kerja kan... tapi hujung minggu pun x ada nampak muka...xbest betul....

So far belum sempat nak solat tarawih kat sini... sebab keadaan x mengizinkan...tunggu anak2 besar baru nak merasa suasana solat tarawih di sini....dengar kata bacaan imamnya panjang ala-ala di Mekah...ramai makcik2 tak boleh nak buat penuh...

hari ni blur nak makan apa... nak beli kat bazar rasa mcm dah tak ada makanan yg sedap2... paling x pun kita yang sakit perut...peniaga oh peniaga...tolong la masak dengan ikhlas hati dibulan ramadhan ni... kalau sedap, mahal sikit pun org datang lagi....

Jejak Jari