Jom Kita Kawan!!

09 August 2011

Pengaruh Cerita TV kepada Anak-anak

Assalamualaikum semua, Salam Ramadhan ke 9

semalam masa suap anak-anak makan malam, aku bukak tv3 cerita KASIH ALIA tengah dimainkan...
Hazeeq sambil makan tu duduk diam jer, tak macam selalu banyak cakap... alang-alang dia khusyuk menghayati atau cuba memahami cerita tu, aku ambil peluang untuk pesan kepada dia..Membawa kepada perbualan kami kat bawah ni, sambil didengari oleh daddy yang tengah khusyuk jugak tengok TV...

Aku: Kesian budak-budak tu kene culik ngan org jahat
Hazeeq: Macam mana org tu boleh culik dia mummy
Aku: Sebabbb dia tak pegang tangan mummy daddy dia time jalan kat org ramai
Hazeeq: ooooo...sebab dia jalan tak pegang tangan. Mummy n daddy dia macam mana?
Aku: Mummy ngan daddy dia sedih lah..nangis je sebab cari anak dia tak jumpa
Hazeeq: hazeeq ngan adik ayus pegang tangan kan bila jalan kan mummy?
Aku angguk dan kata "yee, kene terus macam tu, pegang kuat2 tangan mummy ngan daddy"

pastu hazeeq diam dan tengok cerita tu dengan muka yang serius... then daddy sambung "lepas ni hazeeq tak boleh lari sana- sini tau, pegang je tangan daddy masa kita pg mana-mana tau"... anak teruna aku angguk dan kata "oookkk"

kiranya, cerita kat tv ni kadang2 boleh beri peluang pada ibubapa untuk sampaikan nasihat kat anak-anak...bukan sekadar tngok n diam jer....

4 comments:

nuRuL haNis said...

mmg betul tu. kdg2 my dotter akan mengajuk kata2 dialog terutama cerita upin ipin. "kalau tak puasa penuh..tak boleh rayer..." tapi, masih lg puasa yang yok. huhu!

Cik Puan Zura said...

nurul; upin ipin paling senang budak-budak nak ikut kan...hehehe..

fadh leyanie said...

yanie pun suka tgk cerita tu,,
budak2 mmg mudah belajar dari pemerhatian mereka,,
bahaya zaman skng kalau tak pegang tgn anak,lagi2 kat tempat ramai org..

ayu jamal said...

he he cite tu best kan..kita pown suka nengoknyer

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!