Jom Kita Kawan!!

20 August 2011

~ Elak Bayi Tersedak Susu, Pengalaman sendiri... ~

baru-baru ni ada kes melibatkan bayi meninggal dunia sebab tersedak susu kan...
Perkara ni amat merisaukan dan menyedihkan...
jadi aku pun search cara untuk elakkan bayi dari tersedak.... banyak artikel dan panduan...
tapi bedasarkan pengalaman sendiri...Alhamdulillah, terima kaish Ya Allah kerana anak-anakku tak mengalami perkara ini....

Anak-anak aku sekarang ketiga-tiganya masih menyusu botol.... hazeeq alhamdulillah dah besar jadi insyaAllah aku doa x akan ada masalah untuk tersedak susu... Hariz pun sama.... Alesya yang baru 8 bulan ni selalu aku bagi susu semasa dia tidur dalam buai...Bila aku baca kes2 tersedak susu ni jadi risau juga... jadi walaupun dia minum dalam buai (memang tabiat macam tu bila masuk time tido)... aku akan make sure aku akan jenguk dia sekejap2....duduk dekat sikit untuk dengar kalau2 dia batuk. walaupun baby ni kadang2 dia batuk untuk tarik perhatian kita, tapi sebagai ibu kita mesti boleh agak jenis batukan dia... batuk manja, batuk buat2 atau betul2 batuk kerana sedang minum susu...

Pengalaman aku sendiri...dulu aku beli puting ikut age anak-anak.. so, hariz ada juga tersedak sedikit sebab puting susu tu saiz agak besar walaupun khas untuk age dia masa tu...lepas tu aku terus tukar kepada puting yang lebih kecil...supaya dia minum susu aliran susu yang keluar tu tak laju sangat..Alhamdulillah sampai sekarang memang tak tersedak..hazeeq pun sampai sekarang aku guna puting untuk umur 1 tahun (lubang 3) .. lubang kecik2 jer... Alesya aku still gune puting 3months walaupun umur dia dah 8 bulan...untuk hariz pulak masih guna puting M (lubang sederhana) walaupun salesgirl kat kedai kata age dia patut pakai puting saiz L or XL.... tapi aku x beli....sebab lubang susu tu besar sangat..so, aku rasa saiz puting susu juga penting....

cuma time tido malam, memang aku agak tido2 ayam....untuk pastikan ketiga-tiga anak-anak minum susu sampai habis baru aku tido lena.... sementara nak tunggu mereka habiskan susu pukul 3 atau 4 pagi tu, aku tak akan tido lena balik.... sebab risau kan mereka tersedak susu...memang kebiasaan aku bangun pukul 3 atau 4 pagi untuk tukar pampers dan buat susu untuk mereka...bila minum susu time mereka tengah tido, memang kita kena monitor...kalau anak-anak dah tak minum aku make sure alihkan botol dari mulut sebab takut ada susu bertakung dalam mulut mereka...

tu je tips yang aku dapat dari pengalaman aku.... memang risau kan... aku doakan semoga kehilangan bayi sebab tersedak susu akan berkurangan....pada yang telah mengalami, takziah diucapkan..semoga terus tabah....

Ya Allah panjangkan lah umur anak-anakku, suami ku, umurku, keluarga-keluarga ku dan seluruh umat islam didunia ini....

3 comments:

Adzriel @ Liza AB said...

kdg2 mereka dah berhati2 tapi perkara nak jadi. cukup menakutkan kak liza. nampak kecil tapi kesannya melibatkan nyawa baby. mohon Allah selamatkan anak2 kita.

NzA said...

mmg kena hati2 cz malang xbrbau...

Puan Kutu said...

memang kena hati2 sbb kes tersedak susu niedh byk berlaku.moga kita semua dijauhi dr segala malapetaka..

Jejak Jari

Terima Kasih, Datang Lagi Yea!!