Jom Kita Kawan!!

02 April 2011

buat apa cari yang haram sedangkan yang halal didepan mata

Kenapa ngan tipik kat atas tu?
Apa yang aku nak ceritakan ni tentang kes sebenar (member aku sendiri)... dek kerana hari-hari aku dengar kisah dia, aku rasa nak kongsi dengan korang... wanita khasnya....

kadang2 kita sebagai seorang perempuan dah cuba sehabis baik untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita... walaupun kadang2 ada gak kekurangan...mana ada manusia yang sempurna 1002% kan.... kalau korang kata ada memang aku tak caya....

berbalik pada kisah kawan aku tu...dia ni anak 1 baru... age about 32 mcm tu... tapi x nampak mcm dah 30an umur dia...suami dia mcm nak terjebak main kayu 3. dengan sapa korang nak tau? dengan student IPTS..kenal di chat chanel di TV Swasta (xleh sebut chanel mana)...kira dah lama lah diaorg dok ber sms n mms...ingatkan perkara biasa.... tapi makin lama makin curiga... mcm ada yang xkena dengan perlakuan suaminya.... org kata sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jugak kan...bedebukkk mcm tu...
Suami dia ni join chatting kat tv tu time wife dia dah masuk tido... yer la, org ada anak...mestilah tido awal kan..siang kerja, malam jaga anak....lantas kesempatan bini tido awal tu suami dia guna untuk tujuan tak baik....bila dah sekali dapat MMS Lucah, lelaki sure tergoda kan...kan.... lama-lama ketagih...

Allah nak tunjuk tu senang jer, korang pk kan, isteri ni taat pada suami, ikhlas jaga makan minum suami, solat tak tinggal...selalu doa untuk kebahagiaan rumahtangga dia, sedangkan suami sebaliknya....solat memang solat tapi still x leh tepis godaan syaitan (syaitan kat sini ialah perempuan jalang tersebut)....lalu kantoi dengan senang bila student pempuan ni tiba2 MMS memalam buta...time tu kebetulan isterinya jaga n bukak MMS tu...korang tau la kan bila baca mesej /MMS lucah untuk suami korang/ kekasih korang ker.... mesti rasa kecewa amat kan....marah, sedih...rasa nak mengamuk... kan....

sekarang ni, member aku tu... dalam proses kaunseling... dia ngan suami dia, sama2 hadiri sesi kaunseling tu... and suami luahkan dia buat mcm tu sebab wife dia dah tak layan dia mcm dulu masa baru kawin..... HEK ELEH.... tak ada sikap tolenransi betul.... dah ada anak tentulah masa wife dia agak terbatas kan... nakuruskan anak yang kecik, yang kencing berak pun taktahu nak bagitau..... bagi aku ALASAN semata-mata... Kene lah fikir rasional... jangan sebab mcm tu pun nak dijadikan batu loncatan supaya korang boleh cari lain...walaupun takat MMS/ SMS Lucah, jangan ingat pasangan tak rasa kecewa... yer la... korang tgk barang pempuan lain, n perempuan lain tu tengok barang korang... isteri mana yang boleh terima? kalau aku yang kene....memang xleh diselamatkan umah tangga... aku memang pantang pada benda2 ni...

aku boleh hidup dengan org tersayang dalam KEMISKINAN.... tapi x boleh hidup walau sesaat dalam KECURANGAN...

pikir dulu sebelum nak buat sesuatu yang boleh melukakan hati isteri/pasangan anda...memang manusia makin lama makin tua, berusia... tapi jangan jadikan alasan untuk buat benda x senonoh dengan pasangan muda yang rata2 hanya mahukan keseronokan semata-mata...yang hidup sudah senang dengan anda ialah isteri anda... buat apa cari yang haram sedangkan yang halal didepan mata...

p/s:- panjang sikit pasal aku memang pantang bab curang ni.... n lagi 1 bab POLIGAMI... uihhh idaklahhhh



2 comments:

Melur Jelita said...

Salam Kenal cik puan kembang semangkuk jelita...

Farhan Zulhusmi said...

ujian untuk mereka kan....
InsyaAllah.Allah akan bagi kekuatan kepada hubungan mereka..amin......

Jejak Jari